salamoalaykum W.B.T
saya ada terbaca dari satu buku tapi tak ingat nama ape tajuknya.
ada disebut bahawa sunat semasa tashahhud, melihat jari telunjuk.
Adakah betul hadith tersebut?maksud saya adakah terdapat nya hadith yang menceritakan keadaan yang sedemikian?
terimakasih
:wassalam
Bismillahirrahmamrnirrahim....
Mungkin maksud anda ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin al-Zubayr daripada Nabi s.a.w. bahawa “sesungguhnya baginda s.a.w. apabila duduk dalam tasyahhud (tahiyyat), baginda akan meletakkan tapak tangan kiri di atas paha kiri dan menunjukkan dengan jari telunjuk, matanya tidak melampaui isyarat jari telunjuknya”.
Hadis ini direkodkan oleh Abu Dawud (990), al-Nasa’i (1275), di tashihkan oleh al-Nawawi dalam Sharh Muslim (5/81).
Kata al-Nawawi : “Dan yang sunnahnya ialah matanya/pandangannya tidak melebihi paras isyaratnya, dan padanya"
:aklam