SJ-05-0467 : Solat Sebelum Habis Laungan Azan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0467 : Solat Sebelum Habis Laungan Azan

Salam.

Adakah dibolehkan solat setelah mendengar azan dan terus dilakukan solat tanpa menunggu laungan azan habis. Minta penjelasan.

SJ-05-0467 : Solat Sebelum Habis Laungan Azan

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Apabila sudah masuk waktu, maka sah sembahyang serta merta samada ketika azan dilaungkan, ataupun tidak ada orang melaungkan azan pada awal waktu. Kerana masuk waktu solat ditetapkan dengan tanda-tanda yang telah diterangkan dalam sunnah seperti terbit fajar, gelincir matahari. Tugas muazzin ialah memberitahu kepada orang ramai tentang masuknya waktu.

Walaubagaimana pun, bagi orang lelaki tidak wajar melakukan demikian kerana mereka dituntut bersolat secara berjemaah bersama imam.

Bagi wanita pula, sebaik-baiknya menunggu sehingga selesai azan kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menggalakkan menjawab azan, dan berdoa selepas azan dengan doa yang masyhur.

Wallahu A'lam.