SJ-13-0533 : Tidur kena tindih

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0533 : Tidur kena tindih

Assalamualaikum

saya zhy, ingin bertanya mengenai satu peristiwa yang mungkin bagi saya yang lemah ini utk jelaskan. Saya pernah mengalami satu kejadian dimana ketika tidur, ada sesuatu yang duduk diatas saya, kemudian badan saya tidak dapat bergerak..seolah2 ada sesuatu yang menekan saya..tapi mata saya celik dan sedar tetapi badan saya kaku dan d tekan..jadi..saya ingin bertanya kepada panel al-ahkam.pada ketika, surah yang dapat saya baca hanya surah al-fatihah dan al-ikhlas

1.apakah sebenarnya yang berada diatas badan saya ketika itu?adakah ianya jin kerana tedapat yang mengatakan bahawa ianya adalah jin besar..WA

2.adakah bersesuaian surah yang baca itu?

:wassalam

SJ-13-0533 : Tidur kena tindih

:salam

Tidak dapat dipastikan apakah bendanya yang berada diatas badan saudara pada ketika itu.Mungkin juga ianya memang jin atau syaitan yang bertujuan mengganggu dan menakut-nakutkan saudara atau sebagainya.

Walaubagaimana pun , Rasulullah saw menyuruh umatnya agar membaca Ayatul Kursi [b/] dan 3 Qul [b](Al-Ikhlas , Al-Falaq dan An-Nas) sebagai senjata yang paling ampuh untuk menghindar dan mengelakkan diri daripada terkena gangguan jin dan Syaitan.In sya Allah apabila diamalkan dan dibaca pada setiap kali selepas solat fardhu dan juga ketika sebelum tidur akan dapat memelihara saudara daripada kejahatan jin dan syaitan.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com