salam...saya ingin bertanya tentang isu boikot...seperti yang sedia maklum,boikot barangan amerika dan yahudi adalah perlu sebagai signal bantahan kepada mereka berkenaan isu palestin...soalannya,kfc adalah salah satu produk amerika,namun baru-baru ini johor corporation telah membeli KFC Malaysia,singapura dan brunei...iaitu sebanyak 94%,manakala 6% lagi masih milik amerika sebagai royalti jenama KFC tersebut...dan dalam perjanjian tidak boleh ditukar kepada nama lain jika mahu membeli KFC francais ini..soalnya...apakah perlu di boikot atau tidak?
Sumber Rujukan Islam Anda..
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
- Melakukan urusan muamalat dengan orang kafir pada prinsip asal adalah HARUS, kecuali dalam beberapa masalah yang diperselisihkan.
- Perbuatan boikot terhadap produk musuh-musuh Islam adalah salah satu cara memberi tekanan ekonomi kepada mereka. Maka perlu dilihat kepada sejauh mana maslahah dan mafsadah yang terhasil daripada tindakan tersebut.
- Jika ia membawa maslahah yang besar kepada Islam dan umatnya, maka tidak salah melakukan boikot malahan dituntut pula. Tetapi jika maslahahnya kecil sedangkan mafsadahnya lebih besar daripada maslahah, perlu kepada aplikasi kaedah 'mengelak mafsadah mesti didahulukan daripada mencapai maslahah'. (Al-Muqata'ah al-Iqtishadiyyah Haqaqatuha Wa Hukmuha)
- Dalam kes yang saudara ajukan, perlulah dilihat kepada timbangan antara maslahah dan mafsadah. Adakah tindakan boikot KFC Malaysia lebih menjurus kepada maslahah atau memberi kesan negatif kepada ekonomi orang Islam sendiri.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com