SJ-04-0104 : Berkumur Semasa Mandi Janabah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0104 : Berkumur Semasa Mandi Janabah

:salam

Adakah mulut dan di dalamnya (gigi/ lidah dsbnya) termasuk dalam anggota hadas yang mesti disampaikan air keseluruhannya?

Terima kasih.

SJ-04-0104 : Berkumur Semasa Mandi Janabah

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Masalah berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung semasa mandi janabah, termasuk dalam masalah khilaf.

Punca khilaf, kerana hadis Ummu Salamah yang bertanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tentang cara mandi janabah, tidak menyebut tentang berkumur. Iaitu:

íÇ ÑÓæá Çááå Åäí ÇãÑÃÉ ÃÔÏ ÖÝÑ ÑÃÓí ÝÃäÞÖå áÛÓá ÇáÌäÇÈÉ ¿ ÞÇá áÇ ÅäãÇ íßÝíß Ãä ÊÍËí Úáì ÑÃÓß ËáÇË ÍËíÇÊ Ëã ÊÝíÖíä Úáíß ÇáãÇÁ ÝÊØåÑíä

Ummu Salamah berkata: "Wahai Rasulullah, aku wanita yang mengikat jalinan sanggul kepalaku. Adakah aku patut meleraikannya untuk mandi janabah?".
Baginda bersabda: "Tidak. Cukup hanya dengan kamu mencurahkan air atas kepalamu sebanyak tiga ceduk, kemudian kamu menuangkan air ke atas kamu, maka kamu sudah menjadi suci".
Direkod oleh Muslim (no: 330).

Sementara hadis Maimunah r.a. yang menceritakan sifat mandi janabah baginda, menyebut baginda berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung.

æÖÚÊ ááäÈí Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ãÇÁ ááÛÓá ÝÛÓá íÏíå ãÑÊíä Ãæ ËáÇËÇ Ëã ÃÝÑÛ Úáì ÔãÇáå ÝÛÓá ãÐÇßíÑå Ëã ãÓÍ íÏå ÈÇáÃÑÖ Ëã ãÖãÖ æÇÓÊäÔÞ æÛÓá æÌåå æíÏíå Ëã ÃÝÇÖ Úáì ÌÓÏå Ëã ÊÍæá ãä ãßÇäå ÝÛÓá ÞÏãíå

Kata Maimunah: "Aku meletakkan air kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam untuk mandi. Lalu baginda membasuh tangannya dua atau tiga kali. Kemdian, menuangkan atas tangan kirinya lalu membasuh bahagian sulit. Kemudian, baginda mengesat tangannya pada tanah. Kemudian, baginda berkumur dan istinsyaq, membasuh muka dan dua tangannya, kemudian mencurahkan ke atas badannya. Kemudian, baginda beralih tempat lalu membasuh dua kakinya".
Direkod oleh Bukhari (no: 254).

Ada ulama yang mengatakan hadis Maimunah r.a. adalah perincian dan tafsiran kepada hadis-hadis yang umum yang tidak menyebut berkumur. Natijahnya, hukum berkumur adalah wajib.

Dan ada ulama yang mengatakan hadis Maimunah yang menyebut berkumur hendaklah difahami bahawa ia sunat, bukannya wajib. (Bidayah al-Mujtahid 1/40)

Oleh kerana khilaf antara sunat dan wajib, lebih aula ia dilakukan untuk keluar daripada khilaf ulama, lebih terjamin dari sudut menunaikan tanggungjawab syarak, dan bertepatan dengan sunnah baginda.

Wallahu A'lam.