:salam
saya ingin kepastian.. dari mana asal usulnya masyarakat melayu islam di malaysia suka sangat baca surat yasin dalam setiap majlis mereka.. contohnya..:
1.setiap malam jumaat
2.tahlil arwah
3.sambut tahun baru
4.majlis doa selamat
5.majlis sambutan (sebarang sambutan)
(sekadar beberapa)
saya pernah terbaca dalam kitab al Umm sendiri menyatakan kita kena baca surah al kahfi pada malam jummat...bukannya yasin...
emm.. dari mana ye asal perbuatan masyarakat islam di malaysia ni yee.??
ada sapa2 boleh bg tau ::?:
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Setakat yang saya cari, belum ketemu lagi kajian yang dilakukan mengenai asal usul amalan Yasinan dikalangan masyarakat Melayu. Ada beberapa artikel yang ditulis dilaman web Indonesia dengan mengaitkan amalan Yaasinan dan Tahlilan ini kepada sejarah penyebaran Islam di Tanah Jawa itu sendiri. Dikatakan amalan-amalan ini merupakan penerapan budaya Islam dikalangan orang-orang Jawa yang pada masa itu berlatar belakangkan budaya Hindu-Buddha
Penyebaran dakwah Islam dilakukan melalui metod ‘dakwah kultural’. Nama yang dikaitkan dengan metod ini ditujukan kepada seorang yang bernama Sunan Kalijaga, yang dikenali sebagai salah seorang dari Wali Sembilan, dan beliau dikenali sebagai budayawan. Sunan Kalijaga melihat masyarakat Jawa pada masa itu diwaktu malamnya akan menghabiskan masa mereka dengan bermain daun terup, minum minuman, majlis tari menari, dsb.
Beliau telah berusaha mengkahwinkan budaya ini dengan menggantikan majlis-maslis tersebut dengan ritual bacaan Yaasin dan Tahlil. Sedikit demi sedikit dilaksanakan sehinggalah ia menjadi apa yang kita lihat sekarang ini. Dikatakan bahawa majlis-majlis bacaan Yaasin dan Tahlil ini sangat efektif pada masa dulu didalam penyebaran agama Islam. Barangkali mungkin budaya yang diamalkan di Tanah Jawa itu diamalkan didalam budaya orang Melayu di Malaysia ini.
Amalan ini dikuatkan lagi dengan riwayat-riwayat yang mereka bawa bagi menunjukkan bahawa surah Yaasin ini mempunyai banyak sekali fadhilat bagi mereka yang membacanya. Misalnya didalam sebuah riwayat, “Yasin lima quriat lahu”, maksudnya : Yaasin itu dibaca sesuai dengan NIAT orang yang membaca. Sudah tentu riwayat ini menjadi dalil kepada apa-apa yang kebaikkan yang dipohon, hendaklah membaca surah Yaasin, termasuklah membaca Yaasin pada mana-mana Majlis yang berkaitan dengan agama. Perbincangan mengenai beberapa hadith-hadith surah Yaasin boleh dilihat didalam tautan yang berikutnya (jawapan Ustaz Alitantawi) :-
Hadeeth Fadhilat Yaasin
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=37749
Dalil mengenai amalan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat diriwayatkan dari Abu Sa'ed al-Khudri bahawa nabi :saw bersabda :-
Perbincangan mengenai hadith ini boleh diikuti pada tautan berikut (Jawapan Ustaz Abu Umair) :-
SJ-05-0371 : baca surah al-kahfi mlm jumaat??
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36340
Sekian, wassalam
خيرالأمين