Salam,
Merujuk perkataan "iqamah"
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=9&t=39024
1- adakah sekiranya saya berura-ura (belum tentu) untuk menetap di sesuatu tempat tu bagi sesuatu urusan yg sementara saja(say 1-2 tahun), maka hilang status musafir, sekalipun saya belum pasti tinggal di situ buat sementara waktu
2- apa maksud fiqh dari segi bermuqim dan bermastautin. adakah kalo saya mengaji di sesuatu tempat bagi tempoh jangka masa 1-2 tahun dikira bermuqim?
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Untuk menjawab pertanyaan anda, maka disini kami bawakan tiga definasi istilah watan :-
1. al-Watan al-Asli (والوطن الأصلي)- tempat dilahirkan atau tempat hidup berkelamin, atau tempat kehidupan buatnya, dan tidak akan pindah. ( هو الذي ولد فيه أو تزوج، أو لم يتزوج وقصد التعيش فيه، لا الارتحال عنه.)
2. al-Watan al-Iqamah ( وطن الإقامة) - tempat yang niat untuk didiami dalam tempuh setengah bulan (15hari) atau lebih (موضع نوى الإقامة فيه نصف شهر فما فوقه).
3. al-Watan al-Sukna (وطن السكنى ) - tempat yang niat untuk didiami dalam tempoh kurang dari 15 hari. Ulama' tidak mengambil kira perubahan tempat tinggal didalam kes ini. (وهو ما ينوي الإقامة فيه دون نصف شهر، وهذا لم يعتبره المحققون في حالة تغيير الوطن .)
Scenario yang cuba kami misalkan - Misal kata anda menetap dan tinggal di Kuala Lumpur (KL). Melanjutkan pelajaran post-graduate di Johor Baru (JB) dan tinggal di Majidi dalam tempoh lebih dari setengah bulan :-
- KL adalah al-Watan al-Asli anda. Jika pulang dari JB untuk balik KL. Anda tidak mempunyai ruhsah untuk memendikkan solat di KL.
- JB adalah al-Watan al-Iqamah anda. Anda tidak boleh memendikkan solat semasa berada di JB.
*al-Watan al-Asli tidak terbatal walaupun anda mempunyai al-Watan al-Iqamah, walaupun al-Watan al-Iqamah ini mempunyai sifat sementara.
- Katakan anda mendapat pekerjaan di JB dan tinggal disana. Anda telah berniat untuk menetap di JB dan tidak berniat untuk berpindah, maka dengan itu berlaku dua keadaan :-
1. al-Watan al-Asli anda telah berubah dari KL ke JB, walaupun ibu-bapa anda masih berada di KL.
2. a-Watan al-Asli anda yang baru adalah di JB.
Berikut adalah tautan yang menunjukkan dalil perubahan didalam al-Watan al-Asli -
Apabila anda bermusafir ke KL, kerumah saudara atau ibu bapa anda, anda mempunyai ruhsah untuk memendikkan solat. Tempoh rusahnya, anda boleh merujuk kepada tautan di bawah :-
SJ-06-0102 : Bab Jamak & Qasar lagi..(tempoh masa ruhsah).
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=96&t=38444#p157633
Jawapan 1 : Tempoh 1-2 tahun berada di JB menunjukkan anda berada di al-watan al-Iqamah, dan ruhsah musafir anda telah terbatal.
Jawapan 2 : Secara istilahnya, bermukim boleh bermaksud al-Watan al-Iqamah, dan bermastautin bermaksud al-Watan al-Asli. Bermukim juga kadang-kala bermaksud kedua-dua watan asli dan watan iqamah. WA.
Sekian, wassalam
Rujukan : Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - jld 2 . cet ke3. Daar al-Fikr, 1989, ms 341.
خيرالأمين