SJ-2207: Cincin...cincin...cincin...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2207: Cincin...cincin...cincin...

:salam

Ana sedikit terkeliru dgn pemakaian cincin menurut sunnah Rasulullah SAW...berdasarkan hadith yg pernah ana temui, dikatakan cincin sunnah dipakaikan pd jari manis...(kalau tak salah, kalau tersilap harap betulkan...)

Dan bagaimana bentuk cincin yg dipakai Rasulullah SAW secara lebih spesifik...

Dan benarkan sekiranya lelaki memakai cincin pd jari telunjuk atau jari hantu adalah meniru kaum Nabi Luth (homosex) b'dasarkan 13 nasihat Baginda kpd Saidina Ali KW...

Apakah hukum sekiranya kita memakai cincin jari telunjuk & hantu ? Krn baru2 ini wujud perbalahan hanya krn m'bincangkan ttg p'kara furu' ini...

Sekian...wassalam... :cool: :) :cool: :)

Re: SJ-2207: Cincin...cincin...cincin...

:wassalam
Jawab:
1. Tangan kiri atau tangan kanan?
Khilaf fiqhi: ada dua pendapat
a. Cincin sunnah pada tangan kiri
Dikatakan amalan Khulafa' arRasyidin dan ahlil Bayt (alBaihaqee, alAdaab), dibantah oleh alhafeez Asqalani (Fathul Bari, 1-/227) yg menyatakan hadis ini mursal (sumber tabi'in)
Imam Ahmad, Malik dan Syafi'iy (semuanya raa) menyukai pada tangan kiri (Manaqib Imam Syafi'iy, 2/287)
alBaghawi, Syarhus Sunnah, pada mulanya Nabi saw pakai cincin pada tangan kanan, kemudian menukar pada tangan kiri.

b. Sunat pada tangan kanan:
Imam Jalaludin asySyuyuti, alHawi, 1/76) dan Imam alMuhaqqeeq, alMuhaddith Nasiruddin alAlbani (Irwa', 3/399), banyak hadis sahih yg memihak kepada kanan. Menjadi sifat nabi saw yg mengkanankan semua aspek pemakaian baginda.
Ahkam memilih pendapat Imam Nawawi (syarah sahih MUslim), tidak makruh pada tangan kiri, bahkan harus memakai cincin pada tangan kiri atau tangan kanan. WA

2. Jari yg lebih utama: kelingking, manis atau hantu
Kesepakatan ahli Hadis dan pentahqeeq menetapkan yg paling utama : jari kelingking dan seterusnya jari manis. Makruh pada jari yg lain.
Dalil: Muslim dari Anas; Muslim, Abu Daud, Termidzi, anNasa'iy dari Ali bin Abi Talib ra.
3. Bentuk dan rekabentuk cincin Nabi saw.
Diperbuat dari perak dan tertera cop mohor, Muhammad RasuluLlah saw dan ia telah hilang. Maka rupanya yg sebenar tidak dapat diterangkan (alBaihaqee, alJami')
Kita berpendapat rekabentuk itu terpulang pada citarasa masing2 dan tidak ada kesunnahan mengikut rekabentuk dan design cincin baginda asalkan logamnya ialah perak. WA