[Dunia Buku] [BARU TERBIT] Wasiat Agung 4 Khalifah

Primary tabs

Tajuk Buku: Wasiat Agung 4 Khalifah
Penulis: Abu Ahmad Muawiyah
Halaman: 1190m/s
Harga: RM140.00 (hardcover)
ISBN: 978-967-308-212-4
60 wasiat Abu Bakar As-Siddiq. 60 wasiat Umar bin al-Khattab. 60 wasiat Uthman bin Affan. 60 wasiat Ali bin Abu Thalib

  Antara kandungan buku ini:
Imam Nawawi menerangkan bahawa yang dimaksudkan "Khulafa ur-Rasyidin" adalah para khalifah yang empat iaitu; Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abu Thalib Radhiallahu 'anhum. Imam Ibnu Daqiqil 'Ied juga menjelaskan bahawa mereka adalah keempat-empat khalifah tersebut berdasarkan ijma' ulama.

Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khulafa ar-Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam. Perlantikan mereka dibuat secara syura atau perbincangan para sahabat atau khalifah sebelumnya.

Syaikh Uthaimin mengatakan, "...Dan termasuk di dalamnya adalah para khalifah/pengganti nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dalam hal ilmu, ibadah dan dakwah pada umatnya, dan sebagai pemimpin mereka ialah empat orang Khalifah iaitu Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abu Thalib Radhiallahu 'anhum."

Khalifah merupakan sebuah kedudukan yang sangat agung dan sebuah tanggungjawab yang begitu besar. Kerana dengan jawatan tersebut, seorang khalifah berkewajipan untuk mengurusi dan mengatur semua urusan kaum muslimin. Adanya khalifah ini merupakan kewajipan yang sifatnya fardhu kifayah. Sebab urusan umat manusia tidak dapat berjalan dengan baik kecuali dengan adanya khalifah. Adapun hukum mengangkat khalifah adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam sebagaimana fatwa Imam Ibnu Taimiyah, Ibnu Katsir dan Ibnu Qayyim al-Jauziyah, iaitu selama khalifah itu belum ada di mana-mana negeri umat Islam...





Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan