:salam
Saya ingin tumpang bertanya pada tuan mengenai bab solat.
17. 110. Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu dan janganlah pula merendahkannya [870] dan carilah jalan tengah di antara kedua itu". [870] Maksudnya janganlah membaca ayat Al Qur'an dalam shalat terlalu keras atau terlalu perlahan tetapi cukuplah sekedar dapat didengar oleh ma'mum.
Berdasarkan tafsiran ayat diatas yang saya petik dari database al-quran yg membawa maksud menurut pada kefahaman dan apa yang telah saya pelajari adalah wajib mengucapkan/menyebut ayat2 al-quran di-dlm solat samada secara bersendirian atau berjemaah sekurang-kurang-nya dapat di-dengar oleh diri sendirian atau makmun.
Pada kebiasaan di-tempat saya(tempat lain saya tak pasti) solat berjemaah pada waktu zohor dan asar iman dan makmun membaca secara berasingan atau dapat di-dengar diri sendiri.
Bagaimana ayat di-atas dapat saya/kami fahami dengan suasana solat berjemaah fardu zohor dan asar.
Terimakasih pada tuan-tuan ,semuga Allah mem-rahmati tuan-tuan sekelian
Wa'alaikumusalam
a. Makna ayat Al-Quran [17:110]
Merujuk kepada surah Al-Isra' ayat 110 yang sdr kemukakan, adalah baik kita merujuk kepada tafsir yang dibuat oleh ulama'-ulama' tafsir. Menurut bekas pengerusi Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyah Saqar bahawa , ulama tafsir mengatakan :apa yang dimaksudkan dengan 'bi Solatika' ([="#800000" size="3"]ÈöÕóáÇóÊößó) disini ialah 'berdo'a' ([="#800000" size="3"]ÇáÏÚÇÁ). Dalilnya terdapat pada permulaan ayat iaitu {[="#800000" size="3"]Þõáö ÇÏúÚõæÇú Çááøåó Ãóæö ÇÏúÚõæÇú ÇáÑøóÍúãóÜäó ÃóíøÇð ãøóÇ ÊóÏúÚõæÇú Ýóáóåõ ÇáÃóÓúãóÇÁ ÇáúÍõÓúäóì } "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna". Dan syarat do'a ini terletak diantara kuat (yg boleh membangunkan orang tidur, menggangunya atau menyebabkan riya') dan perlahan (atau bisikan yg tidak dapat didengar).
Jalalain didalam mentafsirkan ayat ini sebagai Nabi saw menyeru agar mendo'a kepada Allah swt dengan menyebut Nama-nama Allah yang baik-baik.
"Dan katakan kepada mereka:"[="#800000" size="3"]ÇõÏúÚõæÇ Çááøóå Ãóæú ÇõÏúÚõæÇ ÇáÑøóÍúãóä - Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman" iaitu mana-mana nama nya atau serunya dengan berkata : Ya Allah Ya Rahman dan "[="#800000" size="3"]"ÃóíøðÇ" - mana-mana" bermaksud dengan syarat, "[="#800000" size="3"]"ãóÇ" - apa" bermaksud tambah kepada mana-mana kepadanya, "[="#800000" size="3"]ÊóÏúÚõæÇ - kamu berdo'a" - bermaksud kebaikan yang ditunjukkan keatasnya, "[="#800000" size="3"]"Ýóáóåõ - maka kepada mereka" bermakna keatas nama-nama Allah yang mempunyai nama-nama yang baik."
Terdapat juga Hadith yang merujuk kepada ayat diatas sebagaimana yang dikeluarkan Bukhari dan Muslim yang merujuk kepada tegahan membaca Al-Quran secara kuat didalam solat takut-takut didengari oleh kaum musyrikin pada masa dahulu yang boleh membahayakan keselamatan para sahabat. Cerita sepenuhnya dijelaskan seperti dibawah ini.
b. Pembacaan secara sir (perlahan/senyap) dan jahr (kuat).
1. Sila lihat penerangan Sheikh THTL didalam : SJ-1063: Sejarah Solat-Sir dan Jahrnya .
2. Sheikh Atiyah Saqr menyatakan perkara ini sebagai :
"Hikmah disebalik menjadikan solat Zohor dan Asar dengan bacaan secara sir boleh dijejak dari segi situasi pada awal orang Islam di Mekah dahulu. Pada masa waktu tersebut, umat Islam terdedah kepada pembunuhan dan penyiksaan. Maka mereka diarah bersolat secara senyap-senyap bagi mengelakkan penyiksaan oleh kaum-kaum musyrikin yang selalu mengancam mereka. Pagi pagi hari pula (subuh) apabila semua orang di Mekah sedang tidur maka orang Islam bolehlah bersolat secara kuat. Dan juga setelah terbenam matahari, kaum Quraish biasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti sosial dan perayaan dimana mereka biasanya akan meminum arak atau sebagainya, maka masa itu yang sesuai bagi umat Islam melakukan solat secara kuat.
Maka jelaslah bahawa pembacaan secara sir dikedua-dua solat iaitu Zohor dan Asar adalah semata-mata kerana mengelakkan di ancam bahaya oleh kaum musyrikin pada amsa itu. Setelah penghijrahan ke Madinah berlaku, umat Islam tidak lagi diancam bahaya. Walaubagaimana pun, hukum pembacaan secara sir bagi solat Zohor dan Asar masih dikekalkan sebagai ingatan bagi semua orang Islam, dimana pada satu hari mereka menyembah Allah didalam keadaan ketakutan. Ia juga boleh menggalakkan semua orang Islam memuji Allah dengan kemenangan yang telah dikurniakan kepada mereka. Allah telah memberim kita peringatan yang jelas didalam firmannya :
"Dan ingatlah ketika kamu masih berjumlah sedikit lagi tertindas di mukabumi (Mekah), kamu takut akan orang-orang menculik kamu, maka Allah memberi kamu tempat menetap (Madinah) dan dijadikannya kamu kuat dengan pertolongannya dan diberinya kamu reski dari yang baik-baik agar kamu bersyukur." [Al-Anfal:26].
========
Rujukan :
1. Tafsir jalalain. Al-Quran. Al-Harf.
2. Sheikh Atiyah Saqr. Fatwa Islam Online. http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=30071
3. THTL. SJ-1063: Sejarah Solat-Sir dan Jahrnya .
wallahu'alam
wassalam
خيرالأمين