Assalamualaikum…
Bagaimana pendapat panel al-Ahkam mengenai hadis yang menerangkan sewaktu Baginda Rasulullah S.A.W. sedang solat, 2 cucu Baginda datang memanjat belakang Baginda sewaktu Baginda sedang sujud sehinggakan Baginda tidak sampai hati untuk bangun daripada sujudnya kerana terlalu sayangkan cucu-cucunya itu (Hasan & Husin)
:wassalam
Jawab:
Hadis itu dikeluarkan oleh Syaikh Ahmad Abdul Rahman Albanna: Fath alRabbani tartib alMusnad Imam Ahmad: 3/118 dari Syadad bin alHad alLaythi ra. Hadis dgn konteks yg sama dikeluarkan oleh Imam Syafi'iy ra dalam Musnadnya/50 dari Abu Qatadah ra, di mana Nabi saw mendukung Umamah, anak Zaynab ketika solat.
Dari dua hadis ini, Syekh Muhd Abid alSindi, Tartib alMusnad Imam Syafi'iy (Darul Kutub alIlmiyah): 1/116, bahawa harus mendukung kanak2/bayi semasa solat. Pakaian dan tubuh kanak-kanak adalah suci selagi tidak nyata najisnya. WA