Apakah Ibu Mertua Baru Menjadi Mahram Setelah Kita Menyet*b*hi Isteri?

Primary tabs

Masalah: Status Mahram Ibu Mertua Apakah Selepas menjimak isteri?

Oleh Zainudin Yusro (zain y.s)

Soalan: Ibu mertua adalah salah seorang dari mahram kita. Apakah untuk ibu mertua kita menjadi mahram mesti disyaratkan selepas menjimak isteri kita atau ibu mertua kita menjadi mahram sejurus selepas sah akad nikah? 


 Jawab:

Di dalam kitab Fathul Qarib ada menyatakan masalah ini dengan jelas:

(و) المحرمات بالنص (أربع بالمصاهرة) وهن: (أم الزوجة) وإن علت أمها، سواء من نسب أو رضاع، سواء وقع دخول الزوج بالزوجة أم لا

Perempuan mahram berdasarkan nas (al-Quran) ada empat disebabkan pernikahan: Mereka ialah: Ibu mertua dan ke atas; samada melalui nasab keturunan atau persusuan; samada berlaku jimak suami isteri ataupun tidak.

 Berdasarkan keterangan kitab di atas, ibu mertua menjadi mahrah kepada seseorang, samada sebelum dia telah menyetubuhi isterinya ataupun selepasnya.

Wallahu A'lam

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan