saya ingin dptkan penjelasan...apakah yang dimaksudkan dengan istilah sekufu dalam bab perkahwinan?. Adakah ia tentang harta, pangkat, kuasa ataupun agama?. Wassalam
Terima Kasih sdr Yassin kerana sudi mengemukakan soalan kepada Al-Ahkam Online. Kita mulakan kufu' dari sudut definasinya. Menurut Sheikh Sayyid Sabiq kufu' Kufu' ([="#800000" size="3"]ßõÝõÄ , ßõÝúÁ) bermakna :
"Al-Kafaa'ah didalam perkahwinan , takrifnya - Al-Kafaa'ah atau kecukupan (competency) : iaitu sama taraf, dan persamaan, dan kufu' ialah : sesuai . Maksudnya ialah didalam perkahwinan suami mesti bersekufu (kufu') atau compatible dengan isterinya. Samada sama dari segi pangkat, setanding dengannya di tengah-tengah masyarakat (sosial), sama taraf akhlaq dan kewangannya. "
Dr Wahbah Zuhaily didalam membicarakan masalah kufu' didalam merujuk kepada beberapa mazhab berkata bahawa kufu' ialah :
"Bagi Mazhab Maliki : Agama, keadaan (sejahtera dari sebarang kecacatan yang didedahkan menurut pilihnya), menurut Jumhur pula : Agama, nasab (keturunan), merdeka, berkerja (mengkilang), dan tambah Hanbali : poltitik (atau kewangan). "
Dengan kata lain : Kufu' dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf (match or similarity) dan dari sudut istilah pula kufu' bermaksud satu aspek yang tanpanya maka akan mencacatkan kedua pasangan tersebut. Tambah Dr Wahbah Zuhaily : Kufu' adalah persamaan diantara kedua-dua suami-isteri didalam sesuatu perkara khusus.
Mazhab Syafie memberi hak kepada wali untuk melarang anak perempuan mereka berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk mengelak daripada masalah dan untuk kepentingan hidup anaknya. Ia juga memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkan dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupan masa depannya. Mazhab Syafie memandang berat bahawa merdeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan adalah amat penting bagi menjaga keharmonian rumah tangga yang ingin dibina bersama.
Bagi Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram. Dan beliau tidak menolak perkahwinan seperti itu, tetapi disebabkan perkara ini merupakan keredhaan bagi kedua belah pihak, maka beliau menganggap sahnya perkahwinan tersebut berdasarkan keredhaan kedua-duanya. Kalau didapati pasangan tersebut tidak sekufu'nya, tetapi kedua-duanya redha, maka sahlah nikahnya. Menurut Dr Wahbah Zuhaily (8/232):
"Menurut pandangan jumhur Fuqaha' (dari mereka ulama 4 mazhab) : bahawa al-kafaa'ah (kecukupan) adalah Syarat didalam Keperluan (necessity) berkahwin, dan bukan Syarat Sah baginya."
Wa'alaikumussalam
Terima Kasih sdr Yassin kerana sudi mengemukakan soalan kepada Al-Ahkam Online. Kita mulakan kufu' dari sudut definasinya. Menurut Sheikh Sayyid Sabiq kufu' Kufu' ([="#800000" size="3"]ßõÝõÄ , ßõÝúÁ) bermakna :
Dr Wahbah Zuhaily didalam membicarakan masalah kufu' didalam merujuk kepada beberapa mazhab berkata bahawa kufu' ialah :
Dengan kata lain : Kufu' dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf (match or similarity) dan dari sudut istilah pula kufu' bermaksud satu aspek yang tanpanya maka akan mencacatkan kedua pasangan tersebut. Tambah Dr Wahbah Zuhaily : Kufu' adalah persamaan diantara kedua-dua suami-isteri didalam sesuatu perkara khusus.
Mazhab Syafie memberi hak kepada wali untuk melarang anak perempuan mereka berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk mengelak daripada masalah dan untuk kepentingan hidup anaknya. Ia juga memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkan dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupan masa depannya. Mazhab Syafie memandang berat bahawa merdeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan adalah amat penting bagi menjaga keharmonian rumah tangga yang ingin dibina bersama.
Bagi Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram. Dan beliau tidak menolak perkahwinan seperti itu, tetapi disebabkan perkara ini merupakan keredhaan bagi kedua belah pihak, maka beliau menganggap sahnya perkahwinan tersebut berdasarkan keredhaan kedua-duanya. Kalau didapati pasangan tersebut tidak sekufu'nya, tetapi kedua-duanya redha, maka sahlah nikahnya. Menurut Dr Wahbah Zuhaily (8/232):
wallahu'alam
wassalam
=====
Rujukan:
1. Sayyid Sabiq. Kesetandingan didalam perkahwinan : syarat & hakikatnya. fatwa IslamOnline : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=7927
2. Dr Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa adillatuhu Cetakan ke 3. Damsyik: Dar Al-Fikr, 1984. (Jilid 7, ms229,232).
خيرالأمين