SJ-1717: Bekerja di syarikat Riba.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1717: Bekerja di syarikat Riba.

Hukum bekerja di Syarikat yg menjalankan urusniaga berasaskan interest iaitu setiap pembelian dicaj melebihi 60% dari harga tunai dan pelanggan di berikan surat perjanjian yg mengandungi syarat-syarat jual beli beserta dengan interestnya juga syarikat itu kepunyaan org kristian/yahudi.

Re: SJ-1717: Bekerja di syarikat Riba.

Jawab:

Kita tidak tahu apakah jenis bisnes kewangan yg dimaksudkan? Apakah ia bermaksud perbankan konvensional? atau syarikat yg agensi money-lender yg beroperasi macam Chetty?. Kita sudah jelaskan sebelum ini (dari kitab Fatwa Dr Qardhawi) bahawa hukum bekerja di Perbankan Konvensional adalah dharurat dan dibolehkan dan usahalah bekerja bukan secara langsung di jabatan pemerosesan loan, atau mohonlah bekerja di Unit SPTF. Jika anda bekerja diperbankan Yahudi (Citibank atau Chase), anda hendaklah berusaha berhijrah kepada bank lain (bank tempatan) memandangkan meletusnya perang dan keganasan antara yahudi dan umat Islam hari ini. Manakala bank milik orang Kristian, tidak ada masalah setakat ini antara umat Islam dan umat Kristian. Amat sukar untuk menentukan milik sebenar bank-bank komersil kerana ia adalah public-listed company (syarikat tersenarai di Bursa saham). Allahu a'alam