Al-Syama'il: Bab 02. Khatam Nubuwah (8 Hadis)

Saib bin Yazid berkata: Makcikku mengajak aku bertemu dengan Rasulullah. Kemudian, makcikku berkata, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anak saudaraku (iaitu as-Sa’ib bin Yazid) sedang sakit.” Rasulullah mengusap kepalaku lalu mendoakan keberkatan untukku. Sesudah itu, Baginda s.a.w. mengambil wuduk, dan aku meminum air bekas wuduknya lalu berdiri di belakang badan Baginda s.a.w.