Al-Syama'il: Bab 11. Capal Rasulullah s.a.w. (12 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

11

 

CAPAL RASULULLAH (12 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي نَعْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

76

1. Qatadah pernah bertanya kepada Anas bin Malik:

Bagaimanakah bentuk sandal Rasulullah?

 

Anas bin Malik menjawab:

Sepasang sandal Baginda mempunyai tali qibal. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari,  Abu Daud, Ibnu Majah dan Nasa’i)

عَنْ قَتَادَةَ قَالَ: قُلْتُ لِأَنَسِ بْنِ مَالِكٍ: كَيْفَ كَانَ نَعْلُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: «لَهُمَا قِبَالَانِ»

77

2. Ibnu Abbas berkata:

Sandal Rasulullah mempunyai tali qibal yang setiap talinya terbahagi dua. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: «كَانَ لِنَعْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِبَالَانِ مَثْنِيٌّ شِرَاكَهُمَا»

78

3. Isa bin Thahman berkata:

Anas bin Malik memperlihatkan kepada kami sepasang sandal yang tidak berbulu (kulitnya) kepada kami. Sandal itu memiliki dua tali qibal.

 

Kemudian, Tsabit memberitahu,  Anas bin Malik berkata: Sandal itu adalah kepunyaan Rasulullah. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Bukhari)

عِيسَى بْنُ طَهْمَانَ قَالَ: «أَخْرَجَ إِلَيْنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ نَعْلَيْنِ جَرْدَاوَيْنِ لَهُمَا قِبَالَانِ.» قَالَ: فَحَدَّثَنِي ثَابِتٌ بَعْدُ عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُمَا كَانَتَا نَعْلَيِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

79

4. Ubaid bin Juraih berkata kepada Ibnu Umar, “Aku pernah melihat kamu memakai sandal sibtiyah (sandal kulit yang tidak berbulu)

 

Ibnu Umar berkata:

Aku melihat Rasulullah memakai sandal tidak ber­bulu dan Baginda berwuduk dengan tidak membuka sandal itu daripada kakinya. Oleh sebab itu, aku suka memakainya. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

عَنْ عُبَيْدِ بْنِ جُرَيْجٍ، أَنَّهُ قَالَ لِابْنِ عُمَرَ: رَأَيْتُكَ تَلْبَسُ النِّعَالَ السِّبْتِيَّةَ، قَالَ: «إِنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَلْبَسُ النِّعَالَ الَّتِي لَيْسَ فِيهَا شَعَرٌ، وَيَتَوَضَّأُ فِيهَا، فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَلْبَسَهَا»

80

5. Abu Hurairah berkata:

Sandal Rasulullah mempunyai dua tali qibal. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Tabrani)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: «كَانَ لِنَعْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِبَالَانِ»

81

6. Amr bin Huraits berkata:

Aku melihat Rasulullah solat memakai sandal yang berlubang (dan dijahit). (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

عَمْرَو بْنَ حُرَيْثٍ يَقُولُ: «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي نَعْلَيْنِ مَخْصُوفَتَيْنِ»

82

7. Abu Hurairah berkata:

Rasulullah berkata, “Janganlah kalian berjalan dengan sebelah sandal sahaja. Hendaklah memakai ataupun melepaskan kedua-duanya.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا يَمْشِيَنَّ أَحَدُكُمْ فِي نَعْلٍ وَاحِدَةٍ، لِيُنْعِلْهُمَا جَمِيعًا أَوْ لِيُحْفِهِمَا جَمِيعًا»

83

8. Qutaibah menceritakan daripada Malik daripada Abu Zinad hadis yang seumpamanya.

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ نَحْوَهُ

84

9. Jabir meriwayatkan:

Rasulullah melarang seseorang makan dengan tangan kiri atau berjalan dengan sebelah sandal. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Muslim dan Abu Daud)

عَنْ جَابِرٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يَأْكُلَ، يَعْنِي الرَّجُلَ، بِشِمَالِهِ، أَوْ يَمْشِيَ فِي نَعْلٍ وَاحِدَةٍ "

85

10. Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah berkata: Apabila seorang antara kalian hendak memakai sandal, mulakanlah dengan sebelah kanan. Apabila hendak melepaskannya, mulakan dengan sebelah kiri. Sandal sebelah kanan hendaklah menjadi yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dilepaskan. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا انْتَعَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِالْيَمِينِ، وَإِذَا نَزَعَ فَلْيَبْدَأْ بِالشِّمَالِ، فَلْتَكُنِ الْيَمِينُ أَوَّلَهُمَا تُنْعَلُ وَآخِرَهُمَا تُنْزَعُ»

86

11. Aisyah berkata:

Rasulullah selalu cuba memastikan Baginda mendahulukan anggota yang kanan apabila menyisir rambut, memakai sandal dan ketika bersuci. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Nasa’i)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ التَّيَمُّنَ مَا اسْتَطَاعَ فِي تَرَجُّلِهِ وَتَنَعُّلِهِ وَطُهُورِهِ»

87

12. Abu Hurairah berkata:

Sandal Rasulullah, Abu Bakar dan Umar mempunyai dua tali qibal. Utsman adalah orang yang pertama menggunakan sandal dengan satu tali qibal. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: «كَانَ لِنَعْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِبَالَانِ وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ» ، «وَأَوَّلُ مَنْ عَقَدَ عَقْدًا وَاحِدًا عُثْمَانُ»

 

Disediakan oleh: zain y.s (al-ahkam.net 2014)