SJ-12-0381 : Hukum lendir siput untuk ubat & kecantikan

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 02/05/2015 - 10:14am
SJ-12-0381 : Hukum lendir siput untuk ubat & kecantikan

AssalamualaikumSya angin bertanya berkenaan lendir siput. adakah halal utk tujuan perubatan dan kecantikan ?  mohon dberi huraianya........Terima kasih harum:)

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0381 : Hukum lendir siput untuk ubat & kecantikan

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Lendir siput atau snail slime atau nama saintifiknya “Helix Aspersa Müller Glycoconjugates" merupakan cecair yang dikeluarkan oleh siput hidup. Lendir ini digunakan oleh siput untuk bergerak (crawl) yang bertindak sebagai bahan pelincir. Cecair ini mempunyai mineral yang pelbagai seperti protein, kalsium, zinc, besi, proteoglycans, glycosaminoglycans, enzime glycoprotein, dsb, dan dikatakan sangat baik untuk memperbaiki kulit manusia, yang kini dijadikan bahan kosmetik.

Menurut pakar kulit, lendir siput ini mempunyai kesan yang positif terhadap kulit akan tetapi apabila lendir ini di "proses" menjadi bahan kosmetik, belum tentu kesannya sama seperti lendir yang asal.

Menurut Imam al-Nawawi, jumhur ulama' menganggap siput darat dikelasifikasikan sebagai memakan serangga dan berpendapat ianya haram dimakan (al-Majmu', 916). Ini merupakan pendapat Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi, akan tetapi Mazhab Maliki mengatakan ianya halal.

Walaupun siput dianggap sebagai khabaith (jijik) sebagaimana memakan serangga, menurut kitab al-Nutaf fi al-Fataawa karangan Ali ibn al-Husein Sughdi, lendir siput tidak najis.

Pendapat ini selaras dengan fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2 April 1998 yang mengharuskan menternak dan menjual siput babi untuk pasaran ekspot ke luar negara. WA.

Sila lihat fatwa JAKIM :

http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/tag?tagsearch=siput#.VcnC7Pmqqkp

Sekian, wassalam

خيرالأمين