Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Apa Pendapat Ustaz-ustaz Tentang Hadis Kelebihan Tarawih Setiap Malam

Info Audio Video: 
Koleksi pandangan tokoh-tokoh Islam mengenai kelebihan sembahyang Tarawih setiap malam. Ikuti pandangan Ustaz Azhar Idrus, Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Ustaz Syed Mohd Norhisyam dan Dr Fathul Bari
Deskripsi: 

Koleksi pandangan tokoh-tokoh Islam mengenai kelebihan sembahyang Tarawih setiap malam. Ikuti pandangan Ustaz Azhar Idrus, Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Ustaz Syed Mohd Norhisyam dan Dr Fathul Bari

Dr Abdul Basit: Perkara Yang Membatalkan & Yang tidak Membatalkan Puasa

Info Audio Video: 
Mengandungi 5 video penjelasan Dr Abdul Basit yang membahaskan perkara-perkara yang membatalkan dan yang tidak membatalkan puasa. Semua yang diterangkan adalah perkara-perkara yang memang kita ingin tahu mengenainya. Dan ia berlaku di sekeliling kita,
Deskripsi: 

Mengandungi 5 video penjelasan Dr Abdul Basit yang membahaskan perkara-perkara yang membatalkan dan yang tidak membatalkan puasa. Semua yang diterangkan adalah perkara-perkara yang memang kita ingin tahu mengenainya. Dan ia berlaku di sekeliling kita, antaranya ialah:

  • Penggunaan inhaler, accuhaler dan turbuhaler untuk pesakit Asthma
  • Pil yang diletakkan di bawah lidah untuk pesakit jantung
  • Masuk ke rongga sesuatu yang bukan makanan
  • Pemeriksaan menggunakan endoscope
  • Ubat titis hidung
  • Ubat titis mata
  • Ubat titis telinga
  • Penggunaan gas oksigen
  • Bius setempat dan bius menyeluruh
  • Suntikan ubat pada kulit, otot dan urat
  • Suntikan makanan
  • Penggunaan minyak dan ubat sapu
  • Memasukkan tiub ke saluran jantung
  • Hemodialysis
  • Dan banyak lagi...

 

Hadis Maudhu' For Dummies: Apa itu Hadis Palsu Oleh Dr Abdul Basit

Info Audio Video: 
Hadis Maudhu' adalah hadis palsu yang direka oleh kelompok tertentu dengan pelbagai alasan. Ikuti penjelasan dari Dr Abdul Basit tentang apa itu hadis Maudhu'.
Deskripsi: 

Hadis Maudhu' adalah hadis palsu yang direka oleh kelompok tertentu dengan pelbagai alasan. Penyebarnya pula adakalanya di kalangan orang soleh yang baik serta kuat ibadatnya. Mungkin kerana mereka tidak tahu apa itu hadis maudhu'. Atau tidak tahu bahawa hadis itu maudhu'. Atau mereka tahu semua itu, namun mereka tidak sedar betapa besarnya dosa menyebarkan hadis maudhu'. 

Ikuti penjelasan dari Dr Abdul Basit tentang apa itu hadis Maudhu'.

Dr Abdul Basit Mengemukakan Pandangan Ulama Dulu Dan Semasa Mengenai Maslaah Istihalah

Info Audio Video: 
Majoriti ulama semasa menerima pendapat mazhab Hanafi tentang ISTIHALAH
Deskripsi: 

Dr Abdul Basit Abdul Rahman memberi penjelasan tentang masalah istihalah yang sedang hangat diperdebatkan sekarang ini. Beliau mengemukakan pandangan mazhab-mazhab dalam Islam mengenainya. Dinyatakan juga fatwa-fatwa dari pelbagai persidangan feqh bertaraf dunia. Dengarkan juga nasihat kepada para ilmuan Islam dan para pemuda Islam bagaimana cara berhadapan dengan isu ini.

Kalaulah tidak kerana terdesak, maka pilihlah yang bersih dari unsur yang najis sekalipun telah melalui proses istihalah. Jika keadaan terdesak seperti penggunaan ubat-ubatan yang dikatakan rata-rata tidak terlepas dari unsur ini, maka bolehlah menggunakan fatwa najis menjadi suci setelah berlaku proses istihalah.

Penjelasannya cukup padat, menarik dan mudah difahami.

 

Dr Abdul Basit: Kitab Al-Kabair Yang Bebas Dari Cerita Pelik dan Hadis Palsu Adalah Nakshah Yang Asli.

al-Kaba'ir - Mistu

Menurut Syeikh Muhyiddin Mistu beliau menemukan manuskrip asal kitab al-Kaba'ir yang dibacakan dan ditashihkan oleh imam al-Zahabi kepada muridnya. Ia terdapat di perpustakaan al-Zahiriah. Dan inilah kitab al-Kaba'ir yang asli. Ia bebas dari cerita-cerita pelik dan hadis-hadis palsu.

Kategori Berita:

Dr Abdul Basit: Cara Menegur Kesalahan Peribadi & Kesalahan Yg Melibatkan Penyebarannya Kpd Org Awam

Info Audio Video: 
Sering terjadi.. Kita melihat seseorang melakukan kesalahan dan kita ingin menegurnya. Bagaimankah cara menegurnya? Dalam situasi lain, bagaimana pula kalau kesalahan itu telah tersebar dengan meluas kepada orang ramai?

Mari Belajar Apa Itu Nazar? Kategorinya, Syaratnya dan Perlaksanaannya

Info Audio Video: 
Sudah menjadi budaya masyarakat kita gemar bernazar.Sebab itulah, penting untuk kita mengetahui tentang apa itu nazar dan segala yang berkaitan dengannya

Apa Itu Isra'iliyyat.. Apa Pula Hadis Palsu.. Apakah Hukum Menyebarkannya?

Info Audio Video: 
Hal yang sangat penting diberi perhatian kerana ramai para penceramah dan tukang cerita yang menjaja hadis palsu atau cerita Isra'iliyyat untuk melariskan ceramahnya.
Dr Abdul Basit Abdur Rahman membawa kita berkenalan dengan apa itu itu Isra'iliyyat dan apa itu Hadis Palsu. Bolehkah kita menyebarkannya?

Khutbah Dr Abdul Basit: Fenomena MH370; Bahaya Sihir, Bomoh, Dukun & Tilik Nasib

Info Audio Video: 
Dr Abdul Basit Abdul Rahman mengulas di dalam khutbahnya mengenai isu MH370, mara bahaya sihir, bomoh, tukang ramal dan sebagainya

Pages

Subscribe to Dr Abdul Basit Abdul Rahman