Maulana Mohd Asri Yusoff

Ada Tinggal Puasa Beberapa Tahun Lepas? Ini Cara Mengqadha'nya

Deskripsi: 

Anda ada tertinggal puasa beberapa tahun yang lalu dan anda belum mengqadha'nya. Tak tahu cara mengqadha'nya? Dengar penjelasan Dr Abdul Basit Abdur Rahman cara & kaifiat qadha puasa yang ditinggalkan beberapa tahun yang lalu

Nasihat Maulana Asri Atas Kebimbangan Pelajar Agama Tentang Rezekinya

Deskripsi: 

Klip video ini diselitkan sebagai bonus dalam salah satu VCD Syarah Sunan Abi Daud oleh Maulana Muhammad Asri.

Ada kebimbangan oleh para pelajar aliran agama dan ibubapa mereka, iaitu tentang pekerjaan mereka, rezeki mereka dan sebagainya selepas mereka habis pengajian nanti.

Maulana Muhammad Asri memberi nasihat yang berguna kepada mereka tentang hal ini. Beliau juga memberi beberapa nasihat lain yang amat berguna kepada seluruh penuntut ilmu, khasnya dalam bidang agama.

Sirat-un-Nabi Syibli Nu'mani Antara Kitab Sirah Terbaik.. Mengapa?

Deskripsi: 

Jasa besar Maulana Syibli Nu'mani tertuang di dalam karyanya Sirat-un Nabi, sebuah karya terbaik dalam bidang sirah. Ada apa didalamnya dan mengapa ia adalah yang terbaik..

Dengar penerangan Maulana Muhammad Asri mengenainya.

[VIDEO] Kalau Ada Mujtahid Dalam Bidang Feqh Sekarang Ini.. Dia Adalah Dr Yusof al-Qaradhawi

Info Audio Video: 
Maulana Muhammad Asri: Saya kagum dengan Dr Yusof al-Qardhawi. Walaupun banyak perkara saya tak bersetuju dengannya terutama dalam masalah Syiah (dulu). Kalau ada mujtahid dalam dunia Islam sekarang ini dalam bidang Feqh, ini salah seorang darinya.

Asal Ada Dalam Kitab: Saya Sebar Hadis Palsu Ini Sebab Ia Ada Dalam Kitab!!???

Info Audio Video: 
Terdapat banyak hadis-hadis palsu yang tidak layak disebarkan terdapat di dalam pelbagai kitab-kitab ulama besar.
Apakah kerana ia ada di dalam kitab ditambah pula ia susunan tokoh besar, maka ia menjadi lesen untuk membolehkan kita menyebarkan Hadis-hadis berkenaan?
Tokoh tidak bersalah, tapi kita yang tidak faham. Tokoh berkenaan mempunyai alasannya tersendiri meletakkan Hadis-hadis ini. Namun ia bukan untuk disebarkan atau diamalkan.
Ia kemungkinan untuk tujuan peringatan tentang kepalsuannya. Atau untuk tujuan kajian dan pembelajaran atau sebagainya.
Adalah salah jika kita memukul rata bahawa apa sahaja yang terdapat di dalam kitab itu boleh diamal dan disebarkan.

Roh Nabi Hadir Waktu Berqasidah? Penerangan Sebenar Mimpi Bertemu Rasulullah s.a.w. & Maksud Yaqazah?

Foto: Heru Lesmana Syafei

Apa penjelasan lanjut mengenai bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w.? Apakah benar apa yang kita lihat itu benar-benar Rasulullah s.a.w.? Apakah ciri-ciri bahawa yang kita temui dalam mimpi itu adalah benar-benar Rasulullah s.a.w.? Apa Maksud Sebenar Bermimpi Bertemu Rasulullah s.a.w. Secara Jaga (Yaqazah)?

Kategori Berita:

Ustaz-Ustaz Bagus Kerana Tak Buat Maksiat, Namun Ramai Yang Suka Sebar Hadis Palsu

Barahut

Golongan Al-Karamiyah dan ahli bid'ah membenarkan mereka hadis untuk tujuan targhib (galakan melakukan kebajikan), tarhib (menakutkan orang dari melakukan maksiat) dan tentang kezuhudan. Contoh: Untuk menggalakkan orang membaca al-Quran, maka direka hadis tentang fadhilat surah-surah al-Quran.

Kategori Berita:

[Penting!] Maulana Asri: Pesanan Ulama Hadis, Jangan Ambil Ilmu Dari 4 Golongan.. Siapakah Mereka

Info Audio Video: 
Apakah Abu Talib Mati Islam atau Kafir? Apakah wujud ahli fatrah? Siapakah ali fatrah? Kedudukan hadis-hadis dalam kitab Hayatus Sahabah. Kedudukan hadis-hadis dalam kitab fadha'il a'mal.
Kitab-kitab Tasauf tidak sunyi dari hadis-hadis yang lemah dan palsu. Pujian kepada para ulama hadis dunia Arab modern kerana usaha mereka mentakhrij kitab-kitab. Ulama Hadis berpesan jangan ambil ilmu dari empat golongan. Siapakah mereka?
Sessi soaljawab mukadimah-sm-200414

Serius Nak Belajar Hadis? Sistem Apakah Yang Diperlukan? Peralatan Apa Yang Mesti Ada?

Info Audio Video: 
Maulana Muhammad Asri menjelaskan, umat ini memerlukan sistem pengajian hadis tradisional yang sistematik. Manakala individu yang yang mahu menuntut ilmu Hadis secara serius perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu-ilmu alat terlebih dahulu.
Antara ilmu alat yang diperlukan ialah ilmu Nahu, Sorof, Balaghah, Arudh dan sebagainya.
Petikan dari wacana yang bertajuk "Pengajian Hadis Bersistematik : Kesan Baiknya Terhadap Ummat", yang telah berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf pada 30 Mac 2014.

Konon Nak Puji Saidina Umar Tapi Sayang.. Sebenarnya Keji dan Hina

Info Audio Video: 
Penerangan hampir 2 jam oleh Maulana Muhamad Asri Yusof tenta Saidina Umar r.a. Banyak tersebar di kalangan penceramah di sekitar kisah-kisah saidana Umar. Pada zahirnya ia seperti ingin memuji beliau, namun cerita itu hakikatnya mengeji dan mengutuknya.
Antara contohnya ialah kisah saidina Umar r.a. menghukum hudud anaknya yang telah berzina, Apakah kisah ini benar? Apa tembelang di sebalik kisah ini?

Pages

Subscribe to Maulana Mohd Asri Yusoff