BAB 3: MENGAPA TIADA BANTAHAN?

Primary tabs

BAB 3

MENGAPA TIADA BANTAHAN?

Ilmu Tasawuf Tajalli Wahdat al-Wujud Martabat Tujuh sama ada menggunakan istilah Ahadiyah, Wahdah, Wahidiyah, atau La Ta'yyun, Ta'yyun Awal dan seterusnya sudah lama ada di mana-mana di Alam Nusantara sebagaimana yang terdapat dalam kitab-kitab dan buku-buku tasawuf seperti:

  • أسرار العارفين، شراب العاشقين، المنتهي - حمزة
  • جوهر الحقائق - شمس الدين السمطراني
  • التحفة المرسلة - محمد فضل الله البرفوري
  • سير السالكين - عبد الصمد الفلمباني
  • الدر النفيس - محمد نفيس البنجاري
  • جواهر التصوف - محمد اسماعيل المدراسي
  • منهل الصافي في بيان رموز أهل الصوفي
  • بنتوق عالم يع مغاكومكن - عبد الله بن محمد
  • رسالة أسرار الدين - محمد طيب البنجاري

The Secret of Ana'l Haqq oleh K.S.K. Khan, dan terjemahannya Ana al-Haq oleh Abdul Majid Haji Khatib. "Martabat Alam Tujuh" dalam Warisan Intelektual lslam, Wirid Hidayat Jati oleh Raden Ranggawarsita, dan banyak lagi.

Kalau timbul persoalan mengatakan bahawa dalam Alam Nusantara tidak kurang dengan para ulama dan ilmuan Islam, selain Syaikh Ahmad Khatib, ulama dalam zaman kita ini tidak sedikitpun menyuarakan perkara-perkara yang negatif dalam masalah Martabat Tujuh ini seperti yang tuan suarakan, maka jawabnya saya pinjam kata-kata Imam Ghazali yang meminjam kata-kata Ali bin Abu Talib berbunyi:

لا تعرف الحق بالرجال، بل اعرف الحق تعرف أهله

Terjemahannya: Jangan kamu kenali kebenaran (الحق) itu dengan mengenali orangnya, tetapi kenalilah kebenaran itu dahulu kemudian barulah dapat mengenali siapakah ahlinya.

 


Isikandungan Buku: