Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Sumber Rujukan Islam Anda..
Berita dan Artikel
-
Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid
-
[Video] Kenali Organisasi Muhammadiyah
Perjalanan Persyarikatan Muhammadiyah, sebuah gerakan Islam, Dakwah amar makruf nahi Munkar dan tajdid, bersumber pada Al Quran dan As Sunnah serta berasas Islam. Maksud dan tujuan Persyarikatan ialah menegakkan dan menjunjung tinggi agama Islam sehingga terwujud masyarakat Islam yang sebenar-benarnya.
-
Lailatul Qadar: Bila Waktu Berlakunya
Bilakah berlakunya Lailatul Qadar. Terdapat pelbagai pendapat mengenainya. Mana satu..?
-
Malam Lailatul Qadar: Apakah Maksudnya?
Pelbagai pendapat ulama mengenai maksud sebenar malam Lailatul Qadar. Antaranya ialah bermaksud malam penentuan anatara iman dan kufur. Di mana petunjuk untuk menentukannya ialah al-Quran. Ada juga yang berpendapat ia bermaksud malam menentukan nasib manusia.
-
[Mesti Beli] Buku Ramadhan dan Rasulullah s.a.w.
Buku ini merupakan himpunan ringkas beberapa nasihat dan pengajaran daripada hadith-hadith Rasulullah s.a.w. tentang puasa.
Untuk sesiapa yang berminat, boleh hantar pesanan berserta nama dan alamat ke e mail - alitantawi@yahoo.com atau boleh juga hantar ke fb ni dalam bentuk mesej.
Tebal: 48 m/s.
Harga: RM5 (termasuk kos penghantaran)
-
Reformasi Radikal dan Tariq Ramadan
Dr Ahmad Farouk Musa
Di terjemahkan daripada artikel asal “Radical Reform and Tariq Ramadan” oleh Edry Faizal Eddy Yusof, Fellow Penyelidikan, Islamic Renaissance Front.
Mungkin apa yang jelas di dalam minda setiap Muslim yang berfikir dan bersifat rasional adalah cabaran yang dihadapi umat Islam dewasa ini, bukanlah semata-mata dalam merumuskan kembali prinsip-prinsip demokrasi dalam ungkapan yang berbentuk Islami, tetapi juga cabaran dalam memperbaharui dan menyesuaikan etika serta pengamatan perundangan Islam dengan amalan demokrasi.
-
-
Rahsia Tamar
Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
-
Radical reform and Tariq Ramadan
Dr Ahmad Farouk Musa
What is perhaps clear to the perceptive minds of many rational thinking Muslims is that the challenge facing Muslims currently is not merely one of reformulating democratic principles in an Islamic idiom, but also of reforming and adapting Islam’s ethical and legal percept to the practice of democracy.
About a century ago, prospects appeared fairly hopeful that Islam would find a way to devise a system between faith and modernity.
-
Nikah Khitbah satu Alternatif
Oleh: Nasrudin Hassan at Tantawi
Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan
1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.
2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .
-
Tayamum Tak Semestinya Dengan Debu Tanah : Yang Sependapat Dengan al-Bukhari
Imam al-Bukhari berpendapat bahawa "sho'idan thaiyiban" bermakna bumi. Sedangkan sebahagian ulama seperti imam al-Syafi'i berpendapat ia bermakna debu bersih yang tanah yang boleh menumbuhkan tanaman. Jadi oleh kerana al-Bukhari memaknakannya sebagai bumi maka boleh bertayamum dengan debu tanah dan juga dengan selain dari debu tanah seperti pokok, rumput dan selainnya yang tumbuh di bumi. Juga termasuk yang turun ke bumi seperti salji.
-
Ramadhan: Apakah Boleh Solat Witir 3 Rakaat Satu Salam?
Kebiasaan yang dilihat ataupun yang dilakukan oleh kia ialah melakukan solat Witir 3 rakaat dengan dua salam. iaitu 2 rakaat dan satu rakaat. Panel Feqh al-ahkam.net pernah ditanya tentang solat Witir 3 rakaat 1 salam. Bolehkah? Atau bagaimana?
-
Ramadhan: Bolehkah Solat Tahajud Selepas mengerjakan Tarawih dan Witir?
Masalah sering ditanya sepanjang bulan Ramadhan.. Sepanjang malam bulan Ramadhan kita mengerjakan solat Tarawih yang disudahi dengan solat Witir sebanyak 3 rakaat.
Persoalan yang sering ditanyakan ialah, solat Witir adalah solat penutup. Bila disebut penutup, bermakna tidak boleh ada solat lain selepas itu. jadi bagaimana jika pada tengah malam hari selepas kita bertarawih dan berwitir, kita hendak mengerjakan solat Tahajjud? Bolehkah?
-
Mudahnya bertayamum...
Bila sebut tentang tayamum tergambar di dalam, betapa sukar untuk melaksanakannya. Padahal tayamum ialah satu kemudahan kurniaan Allah dalam keadaan-keadaan tertentu. Satu kemudahan sepatutnya hendaklah bersifat mudah. Bukan lebih menyusahkan.
-
Kongsi Makulmat Tentang Syiah & Liberalisasi Islam
Oleh Mohd Rosli Bin Ibrahim
Salam hormat.
Di sini saya kongsikan beberapa hal:
1. Buku Khomeini and Israel karya Behrouz Souresrafil (sepeti gambar dalam sisipan)
2. Video Adian Husaini - Liberalisasi Islam di Indonesia.
-
SJ Bersama Maulana Asri: Bertayamum itu mudah sahaja...
Untuk mendapatkan tanah tidak semestinya menepuk benar-benar di atas debu tanah. Kita boleh menepuk debu di mana sahaja benda yang ada serba sedikit debu. Jika berdasarkan mazhab al-Bukhari pula, tidak semestinya yang berdebu memadai di atas sesuatu yang tumbuh seperti pepohonan, rumput dan sebagainya selama mana ia belum terpotong lagi. Termasuk juga yang turun dari atas seperti salji dan sebagainya
-
Ramadhan: Sahkah Puasa Tanpa Melafazkan Niat Puasa?
Panel Feqh al-ahkam.net diajukan persoalan, apakah sah puasa bagi orang yang tidak melafazkan niat puasa pada malam hari
Ustaz Abu Umair menjawab:
- Syarak mewajibkan niat dalam setiap ibadah termasuk puasa. Maka tidak sah puasa tanpa niat.
-
Surah Yasin : mengharapkan pengampunan Allah swt
Surah Yasin memainkan peranan yang signifikan didalam kehidupan masyarakat Melayu Nusantara. Mahu atau tidak, kita kena terima hakikat kedudukan surah Yasin didalam kehidupan kita. Surah ini dibaca pada hari-hari kenduri, malam Jumaat, malam Nisfu Sya’ban, melawat jenazah, malahan ia juga digunakan didalam Ruqyah atau jampi keatas orang sakit. Surah ini juga dikatakan boleh diguna untuk menghalau makhluk-makhluk halus.
-
SJ Bersama Maulana Asri: Apakah Ada Imam Mujtahid Selepas Imam Empat?
Apakah ada manusia yang bertaraf mujtahid selepas era imam yang empat? Al-Syaukani dalam Irsyadul Fuhul mengatakan selepas imam yang empat sebenarnya ramai yang telah mencapai darjat mujtahid. Ikuti penjelasan Maulana Muhamad Asri Yusoff mengenainya:
-
Ramadhan: Apakah Muntah Membatalkan Puasa?
Panel Feqh al-ahkam.net ditanya tentang masalah seseorang yang muntah ketika berpuasa, apakah ia membatalkan puasanya. Hj Kamin menjawab:
Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :
Barangsiapa yang tidak sengaja muntah tiadalah qadha baginya, dan barangsiapa yang sengaja muntah maka hendaklah dia qadha'" [Hadith Riwayat Abu Daud #2380, Tirmudzi #720].
-
Ramadhan: Mengeluarkan Mani Dengan Sengaja.. Batalkah Puasa?
Panel Feqh al-ahkam.net Ustaz Abu Umair ketika menjawab soalan ini berkata:
- Hendaklah disedari bahawa perbuatan tersebut adalah haram, dan lebih dahsyat haramnya pada bulan Ramadhan kerana mencemarkan bulan yang mulia dengan maksiat.
- Maka hendaklah bertaubat daripada dosa tersebut, dan daripada dosa mencemarkan Ramadhan dengan maksiat kepada Allah.
- Dari sudut puasanya, jumhur ulama mengatakan batal puasa dengan perbuatan onani. Iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Maka hendaklah diqadha'kan selepas Ramadhan.
Rujukan:
- Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 15/267
- Syarh Mumti' 6/234-235
Link asal jawapan di atas boleh dicapai di sini: http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=38607