Berita dan Artikel

  • SJ Bersama Maulana Asri: Solat Dhuha Boleh Diamalkan

    Antara isikandungan:


    • Jumhur sahabat mengatakan sembahyang Dhuha itu disyariatkan. Manakala Ibnu Umar mengatakan tidak disyariatkan.

    • Mengapa Ibnu Umar berpendapat demikian?

    • Apakah ada doa khusus untuk solat Dhuha?

    • Bolehkah dilakukan berjamaah secara tetap?

    • Berapa rakaat? Waktunya?


  • Lauren Booth: Mengapa Saya Mencintai Islam

    Lauren Booth, dalam sepekan terakhir ini menjadi salah satu pembicaraan hangat di Inggris. Maklum, Booth sepekan yang lalu menyatakan bahwa ia telah masuk Islam. Bukan apa-apa, yang membuat berita ini seperti mengguncang Inggris, itu karena Booth adalah saudara ipar dari Tony Blair, mantan Perdana Menteri Inggris. Bagaimana sebenarnya proses dan kehidupan Booth sekarang? Berikut petikan wawancaranya yang diambil dari The Daily Mail.


  • Prinsip Feqh Mazhab al-Imam al-Bukhari rhm

    Prinsip dalam feqh bukhari


    1. Unsur mudah


    2. Dalil yang kukuh dari al-Quran dan al-Sunnah


    3. Contoh-contoh hidup berbentuk amalan para sahabat & tabi'in yang boleh dipertanggungjawabkan


    4. Realistik dan praktis


     


  • Menyemai Pemikiran Kritikal

    Oleh: Nik Thaqif


    Jika diperhatikan kepada dunia sekarang, seseorang itu boleh mendapatkan sumber pengetahuan dari mana-mana sumber sahaja. Lebih tepat diistilahkan sebagai lambakan punca pengetahuan. Ini termasuklah sumber daripada buku, risalah, akhbar dan juga internet. Masakan tidak, dengan internet untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara, seseorang hanya perlu menaip dan dengan hanya satu klik, pelayar internet dapat mengetahui pelbagai jenis maklumat daripada pelbagai sumber seluruh dunia. Begitu juga dengan maklumat-maklumat bercetak dan kemasukan buku-buku daripada pelbagai genre yang membanjiri kedai buku seluruh negara. Kemudahan ini sedikit sebanyak memberikan kemudahan kepada penuntut ilmu untuk menelaah dan membuat kajian tentang hal ehwal agama, politik, ekonomi atau bidang-bidang lain.


  • [Fokus] Hukum-hakam Qurban Berdasarkan Mazhab al-Syafie

    Qurban ialah sembelihan binatang, iaitu unta, lembu, kambing dan biri-biri. Qurban ini bertujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah SWT dan dilakukan pada Hari Raya Qurban.


  • Mufti Perak - Tentang Keras Hab Hiburan

    Cabaran ulama masa kini


    Oleh Harussani Zakaria


    SUATU lagi sejarah tercatat pada tanggal 21 Syawal 1431 Hijri bersamaan 30 September 2010 Masihi ketika umat Islam di seluruh negara malah dunia masih rancak menyambut sambutan hari raya,


    saya menerima berita kematian seorang ulama tersohor di negeri Perak yang juga merupakan sahabat karib saya iaitu Tuan Guru Datuk Haji Abdul Latif bin Haji Abdul Rahman. Beliau juga lebih dikenali sebagai Tuan Guru Pak Teh. Beliau merupakan pengasas Pondok Madrasah Ad-Diniah Al Latifiah di Pengkalan Hulu dan juga salah seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak. Pemergiannya amat dirasai sehingga kini terutama bagi para pencinta ilmu dan gerakan Islam. Saya mengenali beliau sebagai seorang yang amat istiqamah menyampaikan ilmu, kuat beribadat, tajam hafalan dan begitu komited dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Betapa saya melihat sendiri lautan manusia datang menziarah, tanpa disuruh dan dipaksa. Jalan kecil ke pondok pada hari itu terpaksa ditutup kerana lapisan manusia bersesak-sesak mahu menziarahi al-marhum jenazah beliau.


  • Dr Abd Basit - Kelebihan 10 awal Zulhijjah, Puasa Hari Arafah, Korban

    Dr Abd Basit menjelaskan: Kelebihan 10 awal Zulhijjah, Puasa Hari Arafah, Korban. Adab-adab korban. Melakukan ibadah korban di mana? Kemboja? Palestine, Kasymir atau di tempat sendiri? Apakah lebih bagus jika melakukan korban di Mekah?




    {youtube}A4QxkgV0Mjo{/youtube}
  • Ganti Puasa, Fidyah Dan Bolehkah Bayar Dengan Nilai Wang

    Soalan: Isteri saya telah tertinggal puasa pada bulan Ramadhan yang lepas (tahun hijrah 1419) sebanyak 9 hari kerana masalah kesihatan. Sekarang ini sudah masuk bulan Ramadhan 1420 Hijrah. Jadi, bagaimanakah untuk membayar fidyah bagai puasa yang telah ditinggalkan itu. Bolehkah membayar fidyah dengan menggunakan wang tunai sebagai ganti beras? kalau boleh.. berapakan jumlah bayaran wang tunai bagi membayar fidyah (untuk satu hari, satu cupak beras) Sekian


  • Bahaya Anti Mazhab

    Tulisan Pegawai Penyelidik JAKIM, Ust Mohd Aizam Mas'od
    di http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/bahaya%20anti%20mazhab.pdf


  • Semua Orang Boleh 'Ijtihad' Dalam Hadith?

    Terdapat satu kaedah yang disebut selalu oleh mereka yang berminat dalam kajian hadith tak kira sama ada yang mengambil pengkhususan dalam bidang hadith atau mereka yang berminat dari jauh sahaja. Kaedah itu berlegar di sekitar perkataan 'ijtihad'. Terdapat sebahagian peminat ilmu hadith bertanggapan bahawa kajian tentang hadith - sama ada kajian tentang kesahihan atau tentang penetapan kaedah kajian dan pengumpulannya - adalah berasaskan kepada ijtihad iaitu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapat kebenaran dan mendapat hasil kajian. Ijtihad semata-mata?


  • Persoalan Agama: Sapu muka selepas solat bukan sunnah Rasulullah

    Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
    2010/05/02


    Amalan hanya ikut pendapat ulama mazhab Shafie


    Soalan: SAYA pernah mendengar pelbagai pandangan mengenai menyapu muka sesudah memberi salam. Adakah ia diperintah atau sebaliknya? Boleh ustaz jelaskan dan berikan sumber hadis atau Quran.


    ROHANA, Ampang, Selangor.


  • Kenyataan Rasmi Ulamak Pelapis PAS: Isu IFF dan Kedangkalan Ilmu Ulama Muda UMNO

    Ulamak Pelapis PAS melahirkan kekesalan apabila tindakan Datin Seri Rosmah Mansur yang menghadiri Festival Busana Islam (IFF) didokong dan dibela oleh saudara Fathul Bari bin Mat Jahya.


    Ulamak Pelapis PAS kesal apabila tindakan rakyat yang bangkit berdemonstrasi dalam membantah penglibatan Datin Seri Rosmah Mansur Festival Busana Islam (IFF) turut dikecam dan dianggap sebagai tersasar daripada konsep Islam.


    Bagi Ulamak Pelapis PAS, tindakan saudara Fathul Bari bin Mat Jahya yang membela kesilapan Datin Seri Rosmah Mansur mencalarkan imejnya sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam.


  • Rakaman dan Gambar Sekitar Mendekati Surah Yaasin

    Mini seminar: mendekati surah Yaasin, anjuran bersama al-ahkam.net, Pemuda Iman dan IIS.
    Ahli panel:
    Ustaz Syauqi: Mendekati surah Yaasin
    Ustaz Anwaruddin: Hadith-hadith berkaitan yaasin
    Ustaz Hamdi: Keindahan bahasa di dalam al quran
    Sessi Soaljawab
    (Kredit:
    Saiful Iskandar atas rakaman dan gambar-gambar sekitar mini seminar. Sila lawati blog: http://kulliyyah.blogspot.com/)


  • Bagi Syiah Kahwin Mut'ah Lebih Utama Dari Solat, Puasa dan Haji

    BAB XXIV - KAWIN MUT'AH LEBIH UTAMA DARI SHALAT, PUASA DAN HAJI


    Ini adalah salah satu judul yang sangat ganjil, tidak masuk akal. Tetapi apa hendak dikata sedang ini adalah pernyataan-per­nyataan para imam yang menganggap mereka tidak pernah berdosa.


    Seperti telah kita ketahui bahwa Mut'ah adalah suatu per­kawinan yang mempunyai syarat-syarat tertentu, tetapi hanya berlangsung dalam waktu sementara, sesuai dengan persetujuan dalam kontrak, apakah satu jam, sehari, sebulan atau selama se­tahun, masing-masing mempunyai tarif tersendiri berapa harus dibayar. Kawin Mut'ah ini pernah diperbolehkan oleh Rasulullah dalam suatu pertempuran mengingat keadaan psikologis tentara, kemudian dilarang dan akhirnya diharamkan menurut Ahlus Sunnah. Tetapi orang Syi'ah tidak mengakui bahwa Rasulullah telah melarangnya. Mereka mengatakan diperbolehkan berlang­sung terus.


  • Fiqh ad-dalil Dr 'Aidh bin Abdullah al-Qarni – Bab Makanan

    BAB MAKANAN


    1292. Makanan adalah segala sesuatu yang menjadi santapan umat manusia dan dapat mengenyangkan mereka. Dalilnya firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:


    Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya. (Al-An'am: 145)


     


  • Hukum Lahirkan Zuriat Mengguna Mani Arwah Suami

    Isteri yang kematian suaminya ingin mendapat zuriat dengan menggunakan sperma yang diselamatkan oleh doktor sebelum suaminya meninggal dunia


    Soalan: Saya sedang membuat kajian tentang pandangan dalam agama mengenai :- seorang isteri yang kematian suaminya ingin mendapat zuriat dengan menggunakan sperma yang diselamatkan oleh doktor sebelum suaminya meninggal dunia...Apa pendapat tuan dari segi agama dan masyarakat malaysia mengenai cerita tersebut. (kes ini berlaku di florida) Terima kasih


  • Hukum Tulang Bangkai, Tanduk, Kuku, Rambut dan Bulunya Menurut al-Qaradhawi

    Tulang Bangkai, Tanduk, Kuku, Rambut dan Bulunya


    Jika kulit bangkai binatang bisa menjadi suci setelah proses penyamakan, sebagaimana hal tersebut disebutkan banyak hadits shahih, lalu bagaimana dengan hukum tulang bangkai dan kukunya, juga tanduk, cakar, rambut, dan bulunya? Apakah semua itu najis atau suci, atau sebagiannya suci dan sebagiannya najis?


  • Jaga-jaga.. Lelaki Juga Kena Kanser Payu Dara. Lagi Bahaya!

    Lelaki Diserang Kanser Payudara Alami Implikasi Lebih Teruk Berbanding Wanita


    KOTA BAHARU, 17 Okt (Bernama) -- Golongan lelaki di negara ini diingatkan supaya tidak memandang remeh penyakit kanser payudara kerana mereka juga berisiko diserang penyakit itu bahkan implikasinya lebih teruk berbanding wanita.


    Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr Nik Munirah Nik Mahdi berkata kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih berbahaya kerana sel kanser itu lebih agresif berbanding sel kanser yang menyerang golongan wanita.


  • GURUKU - SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI

    Sudah lama niat di hati ingin menulis tentang Syeikh  Nuruddin al-Banjari. Saya menganggap beliau merupakan salah seorang insan yang pernah mengajar saya ilmu agama. Maka dia juga adalah salah seorang guru saya walaupun beliau tidak mengenali saya dan murid-murid kanannya juga tidak tahu tentang saya. Saya tetap menganggap saya merupakan salah seorang muridnya. Tidak akan saya lupakan kuliah beliau di Masjid Sultanah, Alor Setar di mana saya dan semua yang hadir bersama mendengar ceramah beliau dan juga mengalunkan zikir HIzb Imam al-Nawawi bersama.


  • Fikh Kerahsiaan Wanita: Kaum Wanita Meti Beli Buku Ini

    Buku 'wajib' dimiliki wanita


    Oleh SITI AINIZA KAMSARI


    Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Rasulullah SAW ada menyebutkan: "Sebaik-baik perempuan itu ialah perempuan Ansar (penduduk asal Yathrib berbangsa Arab), mereka tidaklah malu untuk (belajar) perkara-perkara agama (Islam)".


    Begitulah hendaknya bagi wanita-wanita Islam yang lainnya, tidak kira bangsa, warna kulit mahupun bangsa mereka mesti mencontohi kegigihan wanita dari golongan Ansar ini. Sebagaimana perintah dari ayat hadis yang sangat popular, Tallabu ilmi faridhatun 'ala kulli muslim! (Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi Muslim)


  • Hukum-hakam Bergerak Ketika Solat 02: Mazhab Ahmad Lebih luas berbanding dengan mazhab lain

    Petikan SAD190607


    • Ahmad bin Hanbal:  Lebih luas berbanding dengan mazhab-mazhab lain. Bagi mereka tidak mengapa pergerakan yang banyak yang tidak keterlaluan.

    • Al-Syafii: Perbuatan yang banyak ialah menggunakan anggota besar tiga kali berturut-turut.

    • Mazhab al-Syafi’I mentakwil Hadis Abi Bakrah yang berjalan ketika solat dengan berjalan dua langkah dua langkah.