Berita dan Artikel

  • Dua Situasi Tentang Berzikir Selepas Solat

    Oleh Ust Alitantawi


    Berzikir selepas solat adalah sunnah dan amat digalakkan. Bagi yang sibuk, mereka dianjurkan berzikir sekejap manakala bagi yang tidak, berzikirlah dengan zikir yang lebih panjang. Kesemuanya adalah digalakkan.


    Tetapi...


    Dua situasi dan keadaan yang saya alami membuatkan saya terfikir...adakah kita selama ini peka terhadap 'cara' kita berzikir selepas solat?


  • [DOWNLOAD] Sahih Muslim Sessi Disember 2009 - Januari – Februari 2010

    Oleh zain-ys


    Kuliah Sahih Muslim oleh Maulana Mohd Asri Yusoff dari 30 Disember 2009 hingga 17 Februari 2010.


    Kuliah membahaskan Kitab Adab dan Kitab Salam. Di dalam kitab Adab mengandungi syarah berkaitan dengan pemberian nama. Nama apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Apa yang bagus dan yang kurang elok. Juga penjelasan panjang lebar berkaitan salah faham masyarakat Melayu dalam member nama anak.


    Terdapat juga syarah berkaitan dengan tahnik (belah mulut) untuk bayi. Dijelaskan juga bahawa berdasarkan kepada hadis ini, dibenarkan mengambil berkat terhadap atsar/bekas orang soleh.


    Saya cukup menyarankan agar setiap orang mesti mendengar kuliah untuk sessi ini.



  • Berjabat Tangan & Kehalalan Gaji

    Oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


    SOALAN


    Saya bekerja di syarikat antarabangsa. Kerja melibatkan pergaulan dengan wanita dan kadang-kadang terpaksa bersalaman dengan wanita. Saya pernah tunduk untuk mengelakan bersalaman namun bagi wanita asing mereka akan menimbulkan persoalan yang agak negatif.


    Pertama - Adakah rezeki saya dikategorikan dari sumber yang syubhah?


    Kedua - Adakah cara yang terbaik untuk terus bekerja di syarikat seperti ini atau berusaha untuk mencari peluang pekerjaan di tempat lain.



  • Fiqh al-Jihad Perlu Diajar Kepada Masyarakat?
    [Gambar para Mujahidin Moro Islamic Liberation Front (MILF) di Mindanao]

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.


    Melihat isu-isu yang dibangkitkan di akhbar-akhbar. Akan menimbulkan satu persoalan di dalam minda kita semua. Apakah sebenarnya jihad di sisi umat Islam pada masa kini.


    Saya berpendapat kita dilanda ombak dua aliran ekstrem yang memusnahkan kemuliaan jihad, yang mana Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang melakukannya.


    Kita bertemu dua kelompok yang umpama timur dengan barat, langit dengan bumi.


  • MP3 Khutbah Mengikuti Nabi (Ittiba' al Sunnah) Ust Johari Abdul Wahab

    Rakaman Khutbah Jumaat 18 Jun 2010 di Masjid Batu, P. Pauh, P. Pinang


    http://www.mediafire.com/?neyjzizitmm


  • Dalam Fiqh, Saudi…Dalam Hadith, al-Albani…’Itu Kajian Ilmiah’?

    Sebahagian (bukan semua, sebahagian) penuntut ilmu amat gopoh dalam memberikan penilaian terhadap sesuatu isu agama atau cabang ilmu berkaitan Islam. Saya terpanggil untuk menulis apa yang sering saya bicarakan bersama sahabat-sahabat lain dalam al-ahkam.net iaitu fenomena ‘tarjih’ iaitu keupayaan memilih pendapat yang terbaik dan terkuat mengikut dalil apabila berlakunya perbezaan dan perselisihan. Tarjih di sini tidak semestinya dalam fiqh, bahkan termasuk juga dalam aqidah, tafsir, hadith dan sebagainya.



  • [Dunia Buku] Hadits-hadits Lemah & Palsu Tentang Keutamaan Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan

    Tajuk asal buku ini ialah Hadits-hadits Lemah & Palsu dalam Kitab Durratun Nasihin (Keutamaan Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan). Sebagaimana tertera pada tajuk, bahawa buku ini merupakan takhrij untuk beberapa bab dari buku yang cukup masyhur iaitu Durratun Nasihin. Bab yang dipilihnya adalah tentang kelebihan bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan.


  • [Download] MP3 Pengajian Sahih al-Bukhari Sessi Januari – Februari 2010 Maulana Mohd Asri

    Berikut ini pula adalah koleksi MP3 pengajian hadis Sahih al-Bukhari oleh Maulana Mohd Asri Yusof untuk sessi Januari hingga Februari 2010.  Iaitu bermula dari tarikh 16 Januari 2010 hingga 27 Februari 2010. Sila sebarkan dan kongsikan bersama rakan-rakan yang lain.


  • Ustaz Zahazan: Rejab, Walaupun Hadisnya Dhaif Tapi Janganlah Kita Melarang Orang Nak Beramal

    Petikan dari al-Kuliyaah TV3 berkaitan dengan Rejab. rakaman TV yang diconvert kepada MP3. Diulas oleh Ustaz Zahazan. Antara yang diketengahkan ialah:
    -
    Walaupun hadisnya Dhaif tapi jangan kita melarang orang nak beramal
    - Kesan Ibadah Sunat terhadap Ibadah Fardhu
    - Saya menyeru janganlah sibuk membidahkan orang lain
    - Doa keberkatan di bulan Rejab & wajarkah lebih beramal pada bulan Rejab
    - Hukum menyambut israk mikraj & puasa 3 bulan berturut-turut
    - Maksud Rejab adalah bulanKu & minum air sungai Rejab


  • GF Haddad: Berpuasa di Bulan Rejab

    Oleh: GF Haddad


    Imam al-Nawawi (rahimahullah) menyebut:
    “Tiada larangan dan tiada juga galakkan berhubung dengan bulan Rejab itu sendiri, walaubagaimanpun:
    • berasaskan bahawa pada prinsipnya berpuasa itu sendiri merupakan suatu amalan yang dipuji, dan
    • di dalam Sunan Abu Dawud, Rasulullah telah menggalakkan berpuasa di bulan-bulan Haram, dan bulan Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan Haram.


  • Hadith Dhaif Dalam Buku Imam-Imam Hadith?...Bahagian 2

    Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi dan menyambung bicara artikel pertama. Saya berharap tulisan bersiri sebegini akan menjadikan saya lebih mudah untuk menghuraikan sesuatu hujah dan juga memudahkan pembaca untuk memberikan tumpuan kepada tajuk-tajuk kecil yang dibicarakan.


    Dalam tulisan lepas kita telah melihat sepintas lalu tentang persoalan yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penuntut ilmu hadith iaitu – kewujudan hadith-hadith dhaif dalam buku-buku hadith utama yang disusun oleh imam-imam hadith terkemuka.


    Begitu juga saya telah cuba senaraikan sebahagian daripada penyelesaian yang biasa ditemui dalam menghuraikan permasalahan ini dalam kalangan pengkaji moden dan penuntut ilmu hadith di mana-mana termasuk di Malaysia. Lalu saya menyatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan tafsiran-tafsiran atau penyelesaian yang diberikan. Mengapa?



  • Ustaz al-Ghari: Salah Faham Terhadap Keistimewaan Rejab

    Oleh: Ustaz Zamihan Mat Zin al-Ghari
    Pen Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAKIM

    Pendahuluan
    Rejab semakin melabuhkan tirainya. Namun, kita masih berperang mencari hakikatnya.
    Antara benar dan salah.. sahih dan palsu menjadi pertikaian. Zaman kita kekadang yang benar dianggap salah. Dan yang salah dianggap benar. Amat kejam sekali. Zaman ini persis wanita yang mengandung. Lihatlah apa yang berlaku padanya dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi apabila penguasaan ilmu dan iman semakin tidak dipedulikan manusia.


  • [DOWNLOAD!] MP3 Koleksi Kuliah Sunan Abi Daud Maulana Mohd Asri Jan - Feb 2010

    Oleh zain-ys


    Koleksi MP3 kuliah pengajian Sunan Abi Daud oleh Maulana Mohd Asri Yusof untuk sessi Januari 2010 hingga Februari 2010.  Pengajian untuk sessi ini masih berkisar di sekitar bab Zakat sambungan dari sessi Disember 2009 tahun lepas. Berikut ini senarai kuliah, tajuk dan link MP3 untuk dimuat turun.


  • Hadith Dhaif Dalam Buku Imam-Imam Hadith?...Bahagian 1

    Sebahagian penuntut ilmu hadith terkadang menghadapi situasi-situasi atau masalah tertentu yang sukar untuk difahami. Situasi yang sebegitu sebenarnya akan mematangkan lagi mereka dengan syarat mereka bersungguh-sungguh membuat pembacaan, penilaian dan meneruskan pengajian tanpa jemu. Namun sekiranya ia tidak ditangani dengan baik, mungkin akan timbul pelbagai salah faham dan kekeliruan pada diri mereka.


    Contoh situasi dan masalah yang perlu difahami dengan baik ialah – kewujudan hadith dhaif dalam buku-buku utama hadith yang dikarang oleh imam-imam hadith terdahulu – dan inilah yang akan kita bicarakan dengan kadar yang ringkas dan padat insya Allah.



  • Asas Utama Membuat Penilaian

    Oleh: Musmai (http://musmai.blogspot.com/)


    1) Mengenal pasti kesahihan sesuatu fakta


    2) Memahami apa yang dimaksudkan oleh fakta (yang telah disahkan ketulenannya) sama ada tersurat dan tersirat


    + untuk yang pertama , metodologi yang paling signifikan dan praktikal untuk mendapatkannya telah pun dicipta oleh para sarjana Islam semenjak pertengahan kurun kedua Hijriah .Metodologi ini akhirnya menjadi sebuah ilmu yang ditulis dan dibukukan.Ianya juga menjadi satu keistimewaan bagi umat Islam disebabkan ketandusannya umat lain dalam memiliki metod ini.Metodologi ini lebih dikenali disisi sarjana Islam dengan nama 'Ulum Al-Hadith'.


  • Fatwa al-Allamah Dato' Syed Alwi bin Tahir al-Haddad: Hukum Menadah Tangan Kerana Doa Khatib

    Oleh zain-ys


    Dato' Syed Alwi: Bekas Mufti JohorHukum menadah tangan kerana doa khatib. Fatwa yang saya petik dari buku koleksi fatwa-fatwa Mufti Kerajaan Negeri Johor jilid 1 oleh al-Allamah Dato' Syed Alwi bin Tahir al-Haddad, halaman 68 - 69, terbitan Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, cetakan ke-3 (1981)


  • Berhati-hati dengan 'Buku Terjemahan'

    Nasihat yang ingin diberikan bukanlah bertujuan untuk menyekat dan menghadkan pembacaan buku-buku terjemahan. Bukanlah juga tujuan saya untuk menyarankan bahawa buku-buku ini perlu dibaca dalam bahasa asalnya sahaja iaitu Bahasa Arab.


    Nasihat yang saya coretkan di sini juga bukanlah sesuatu yang datangnya dari khayalan atau cerita-cerita yang saya dengar dari orang lain. Ia merupakan pengalaman diri saya sendiri yang bertemu secara tidak dirancang dengan kesilapan-kesilapan dalam terjemahan sebahagian buku-buku berkaitan hadith dan buku-buku Arab yang diterjemahkan dalam bidang-bidang lain seperti tafsir, dakwah, fiqh dan sebagainya.


  • Ahlus Sunnah Wal Jamaah vs Wahdatul Wujud

    Oleh zain-ys


    Petikan dari buku Ahli Sunnah dan Wujudiah-Batiniah (Mengenai Ajaran salah) susunan Dr Abd Fatah Haron Ibrahim, terbitan JAKIM:


    Wahdat al-Wujud daripada Upanishad


    Sejarah menunjukkan bahawa Wahdat al-Wujud mula lahir di India. Ini boleh dibuktikan dengan apa yang terkandung dalam Upanishad yang tertulis di antara 9 hingga 6 abad sebelum Masehi. Maka teori Wahdat al-Wujud berasal daripada Hindu. Daripada India ia menular ke Greek dan merebak ke Iskandariah, digelar aliran Neoplatonism dalam abad 3 Masihi, kemudian daripada sini menyusup masuk ke dalam tasawuf dipelopori oleh al-Hallaj (dan kemuncaknya ialah ibn `Arabi). Berikut ialah beberapa petikan daripada Upanishad:


    "Sesungguhnya pada permulaan dunia ini ialah Brahma, Maha Tunggal - tanpa batas ke timur, tanpa batas ke selatan, tanpa batas ke barat, tanpa batas ke mana arah sekalipun. Memanglah bahawa baginya timur dan arah-arah lain tiada berwujud, melentang pun tidak, di bawah pun tidak, di atas pun tidak."



  • Sebelum Membaca Buku Hadith...Bahagian 3

    Sebelum membaca mana-mana buku hadith atau buku berkaitan kajian hadith, kita perlu mengetahui bahawa buku-buku ini ditulis pada asalnya di dalam Bahasa Arab. Ini  bermakna kita perlu menerima dua hakikat penting :


    Pertama: ia ditulis oleh penulis asalnya di dalam Bahasa Arab dan hanya dengan memahami bahasa asal penulis kita dapat memahami atau hampir dapat memahami apa yang diingini oleh beliau.


    Kedua: apabila ia cuba diterjemah, sudah pasti ia tidak akan dapat menghuraikan seratus peratus apa yang ditulis di dalam bahasa asalnya. Ini mendedahkan kita kepada satu perkara penting dalam bidang terjemahan….


    Izinkan saya untuk memetik apa yang pernah saya tulis di dalam blog alitantawi.blogspot.com tidak lama dahulu:



  • Dialog Antara Agama- Dr Maszlee di Durham, U.K.

    Beberapa bulan yang lalu ketika saya masih menjawat jawatan presiden Durham University Islamic Society merangkap wakil Durham Muslim Community, saya telah diminta oleh rakan-rakan untuk memohon ruang solat di salah sebuah tapak di dalam universiti. Seperti  kebiasaannya, pihak universiti bersikap positif. Hanya selepas satu mesyuarat bersama pihak pentadbir sahaja kami telah berjaya mendapatkan apa yang dimohon. Antara yang begitu pro-aktif tampil memberikan ruang untuk tujuan tersebut ialah pihak chapel (gereja kecil) dari kolej-kolej di dalam universiti.