SJ-1751: Susulan SJ-1743 Kiblat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1751: Susulan SJ-1743 Kiblat

Assalamualaikum.

Apakah kedudukan kiblat bergantung kepada jarak yang paling hampir kepada Mekah? Iaitu sebagai contoh jarak antara Malaysia dan Mekah adalah lebih hampir melalui Barat Daya maka kiblat juga adalah arah Barat Daya?
Sekian. Terima kasih.

Re: SJ-1751: Susulan SJ-1743 Kiblat

:wassalam
Jawab:
Kiblat tidak ditentukan berdasarkan jarak, tetapi jarak digunakan hanya dari segi preciseness (ketepatan) samada 'ain (dzat/object) Ka'abah atau jihah (arah/direction). Menghadap kepada 'ain Ka'abah disyari'atkan kepada yg mendiami sekitar bandaraya Mekah dan kawasan sekitarnya dan mereka yg berada di luar tanah Arab memadai berijtihad mencari `jihah' (arah Ka'abah). Rumusan: Jika berdekatan Ka'bah, dikehendaki menghadap secara tepat pada 'ain Ka'abah dan jika berada jauh dari Ka'abah hanya anggaran saja yakni jihahnya (Syawkani, Nailool Awthor, 2/189). Ilmu menentukan arah kiblat bagi mesjid dan rumah hendaklah berdasarkan ijtihad. Hari ini kita sudah ada bantuan teknologi yg boleh didapati dalam bentuk kompas dan jam yg boleh didapati dengan harga yg murah di mana saja (malah di kaki lima Chow Kit Rd. Maka isu kiblat ini sebenarnya sudah selesai bagi umat Islam. Allahu a'alam