SJ - 2765: Hukum memakai tali leher

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2765: Hukum memakai tali leher

assalamualaikum wrt,
Saya ada sedikit keraguan mengenai hukum memakai tali leher. Baru-baru ni, saya ada lar berborak dengan kawan lama saya. Dia ni merupakan seorang pelajar UIA (so tahu la sesikit dia tentang hadis walaupun dia bidang psikologi). Dia bagi tau saya hukum memakai tali leher adalah HARAM. boleh tak ahli panel al-ahkam terangkan secara detail mengenai hukum memakai tali leher, dan sekiranya hukumnya Haram, apakah dalil dan sebabnya. wassalam

Re: SJ - 2765: Hukum memakai tali leher

:wassalam
Jawab:

Keujudan Mufti Segera inilah yg menyulitkan masyarakat dan menimbulkan pelbagai fitnah kepada agama. Isu Halal dan Haram adalah isu berat dan ia memerlukan dalil2 yg qat'iyah (solid dan jelas), misalnya darah, arak, judi, bangkai dan babi itu Haram, kerana dalilnya qat'iy.
Manakala halal/haram dalam pemakaian tertumpu pada soal menutup aurat, sutera dan emas bagi lelaki atau pakaian yg sinonim bagi sesuatu agama atau dipakai oleh rahib2 mereka.

Walaupun kita tahu Coat dan Tie adalah simbol Penjajah dan kegemilangan tamaddun Barat ke atas alam buat masa kini, ia tidaklah menjadikan coat dan tie itu Haram kerana ia memerlukan dalil. Misalnya, Imam atTermiddhi meriwayatkan hadis dari Syu'bah bahawa Nabi saw memiliki jubah yg diimpot dari Rome, Imam Bukhari-Muslim dari Anas bin Malik ra pula meriwayatkan nabi juga memiliki pakaian dari Najran, ada lagi riwayat Nabi memiliki pakaian dari Yemen, sedangkan Rome dan najran pada masa itu belum Islam. Maka kita berpendapat hukum haram ke atas tie itu terlalu keras dan ia memerlukan dalil2 yg kuat. Hukum yg adil ialah boleh memakainya kerana ia telah menjadi pakaian bagi seluruh dunia dan tidak dikaitkan dgn agama tertentu. (alQardhawi, bayyinat al hal alIslami dan Syaikh alGhazali, asSunnah: bayna ahlu fiqh wal ahli hadis) WA