SJ - 2804 : Qiam Cara Rasulullah SAW

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2804 : Qiam Cara Rasulullah SAW

:salam

Saya ada mendengar sirah Rasulullah yang cara kiam yang dilakukan Rasulullah saw ialah hanya kedua2 tangan di paha (seperti Kaum Syiah) dan telah diubah oleh Sahabat (tak silap Saidina Umar) setelah kewafatan Rasulullah. Bolehkah Ustaz jelaskan serba sedikit tentang sirah ini.

:wassalam

Re: SJ - 2804 : Qiam Cara Rasulullah SAW

Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah kami akan menjawab soalan tokusa dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Jika dilihat pada nas dan pandangan yang sahih, Qiam yang dilakukan oleh Rasulullah saw bukanlah meletakkan tangan di peha, malah terdapat banyak hadith-hadith sahih yang menerangkan bahawa Rasulullah saw setelah Takbir Al-Ihram akan meletakkan tangan kanannya didatas tangan kirinya, dan kedua-dua diletakkannya diatas dada.

Ada dikalangan pengikut Mazhab Maliki yang meletakkan tangannya disebelah peha. Menurut Al-Baanji, seorang ulama Maliki terkenal kemungkinan hukum letakkan kanan diatas tangan kiri adalah makruh disebabkan orang awam menganggap ini sebagai wajib. Katanya :

[="#0000ff" size="3"]æÞÏ íÍãá Þæá ãÇáß ÈßÑÇåíÉ ÞÈÖ ÇáíÏíä Úáì ÎæÝå ãä ÇÚÊÞÇÏ ÇáÚæÇã Ãä Ðáß Ñßä ãä ÃÑßÇä ÇáÕáÇÉ ÊÈØá ÇáÕáÇÉ ÈÊÑßå
"Kemungkinan Malik berkata meletakkan kedua-dia tangan ditas satu sama lain adalah makruh kerana ditakuti orang awam akan menganggap ia sebahagian dari rukun solat dan boleh batal solat kerana meninggalkannya".

Sheikh Ibnu Qayyim mengatakan bahawa :

[="#ff00000" size="3"]ÌÇÁ Úä Óåá Èä ÓÚÏ ÞÇá : ßÇä ÇáäÇÓ íÄãÑæä Ãä íÖÚ ÇáÑÌáõ Çáíãäì Úáì ÐÑÇÚå ÇáíÓÑì Ýí ÇáÕáÇÉ . ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí ÑÞã (740)

æÚä ÇÈä ÚÈÇÓ - ÑÖí Çááå ÚäåãÇ - Ãä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÞÇá : ÅäÇ ãÚÔÑ ÇáÃäÈíÇÁ ÃõãÑäÇ Ãä äÄÎÑ ÓÍæÑäÇ æäÚÌá ÝØÑäÇ æÃä äãÓß ÈÃíãÇääÇ Úáì ÔãÇÆáäÇ Ýí ÕáÇÊäÇ ÃÎÑÌå ÇÈä ÍÈÇä Ýí ÇáÕÍíÍ(3/13-14).


[="#0000ff" size="3"]æãä åÐíä ÇáÍÏíËíä íÊÈíä áäÇ ÎØà ãä íÑÓá íÏíå ¡ ÅÐ æÖÚ ÇáíÏ Çáíãäì Úáì ÇáíÓÑì åæ åÏí äÈíäÇ Õáì Çááå Úáíå æÓáã æåÏí ÇáÃäÈíÇÁ
"Telah diriwayatkan bahawa Sahl ib Sa'd berkata : "Manusia diperintahkan agar meletakkan tangan kanan diatas lengan tangan kirinya apabila bersolat" - (Riwayat al-Bukhari, no:840).

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :"Kami Nabi-Nabi telah diperintahkan melewatkan sahur, berbuka (puasa) dengan segera dan metelakkan tangan kanan diatas tangan kiri semasal bersolat" - (Riwayat Ibn Hibban didalam Al-Sahih, 3/13-14).

Dari kedua-dua Hadith ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa barangsiapa yang meletakkan tangan disebelah tepi adalah salah, Meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri adalah ajaran nabi saw dan nabi-Nabi yang datang sebelumnya" (sila lihat Zaad al-Ma’aad, 1/202).

-------
Kedudukan tangan semasa Solat menurut hadith Nabi saw

Berikut adalah beberapa hadith-hadith lain yang kami ambil dari Sifat Solat nabi saw karangan Syeikh Nasyiruddin Al-Albani dari mukasurat 87 hingga 88[1].

[="#ff00000" size="3"]ßÇä Õáì Çááå Úáíå æÓáã íÖÚ íÏå Çáíãäì Úáì ÇáíÓÑì
"Rasulullah saw meletakkan tangan kanannya diatas tangan kirinya" - (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
[="#ff00000" size="3"]ãÑ ÈÑÌá æåæ íÕáí æÞÏ æÖÚ íÏå ÇáíÓÑì Úáì Çáíãäì¡ ÝÇäÊÒÚåÇ ææÖÚ Çáíãäì Úáì ÇáíÓÑì.
"Beliau berlalu dekat dengan seorang lelaki yang sedang solat. Dia [Lelaki] tersebut meletakkan tangan kiri diatas tangan kanan. Kemudian beliau melepaskannya dan meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri." - (Riwayat Ahmad dan Abu Daud dengan sanad yang sahih)
[="#ff00000" size="3"]ßÇä íÖÚ Çáíãäì Úáì ÙåÑ ßÝå ÇáíÓÑì æÇáÑÓÛ æÇáÓÇÚÏ¡ æÇãÑ ÈÐáß ÇÕÍÇÈå
"Beliau meletakkan tangan kanannya diatas buntut tapak tangan kirinya, dan pergelanggan tangannya dan lengan tangannya". (Riwayat Abu Daud, Ibnu Khuzaimah dan disahihkan oleh Ibnu Hibban). "Beliau memerintahkan hal tersebut kepada sahabat" (Riwayat Malik, Al-Bukhari dan Abu Uwanah).
[="#ff00000" size="3"]ßÇä ÇÍíÇäÇ. ÊÞÈÖ ÈÇáíãäì Úáì ÇáíÓÑì.
"Kadang-kadang, tangan kanan beliau mengenggam tangan kirinya" - (Riwayat Al-Nassai' dan Al-DaralQuthni dengan sanad yang sahih).
[="#ff00000" size="3"]ßÇä íÖÚåãÇ Úáì ÇáÕÏÑ
"Beliau meletakkan kedua tangannya diatas dada" - (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)
[="#ff00000" size="3"]ßÇä íäåì Úä ÇáÇÎÊÕÇÑ Ýí ÇáÕáÇÉ.
"Beliau melarang meletakkan tangan diatas rusuk didalam solat" - (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadith-hadith diatas jelas menunjukkan bahawa Qiam Rasulullah saw dan juga jumhur ulama adalah meletakkan tangan kanan diatas kiri, dan kadang-kadang Nabi saw mengenggam tangan kirinya dan kedua-dua tangan itu diletakkan diatas dada.
---------

Cerita Imam Malik meletakkan tangan di peha semasa solat

Mengenai isu meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri, Ibn Abdul Barr mengatakan bahawa tidak ada yang bercanggah dari Nabi saw dan pandangan jumhur Sahabat dan Taabien. Ini telah disebut oleh Imam Maalik didalam al-Muwatta', dan Ibn al-Mundzir dan yang lain-lain tidak meriwayatkan pandangan yang berlainan dari Imam Maalik[2] (Lihat Bidaayah Al-Mujtahid 1/107).

Ceritanya, ada riwayat yang mengatakan bahawa Imam Maalik menolak tawaran untuk menjadi Qadhi (hakim). Kemudian semasa dipenjara, belaiu telah dipukul, dan beliau tidak boleh mengangkatkan tangannya keatas dada semasa bersolat, maka beliau bersolat dengan meletakkan tangan disisi pehanya kerana kesakitan. Ada diantara pengikut beliau melihat perkara ini, dan menganggap bahawa perkara ini sunnah. Ini merupakan silap-faham mereka yang menulis kenyataan ini dan ia bercanggah dengan apa yang Imam Maalik telah tulis didalam Al-Muwatta'. Maka penerangan ini telah dijelaskan oleh beberapa ulama'-ulama' Maliki didalam buku-buku mereka. (Lihat Al-Din Al-Khalish 2/221).
-----

Kesimpulannya ialah meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri semasa Qiam Solat merupakan sifat solat Nabi saw dan memang terdapat nas-nas yang sahih mengenainya. Malah ulama'-ulama' salaf seperti Sheikh Nasyiruddin Al-Albani mengatakan adalah menjadi satu kesalahan didalam solat jika tangan diletakkan disisi pinggang atau peha. Didalam Khasyiyah Ibnu 'Abidin (1/454) menyatakan bahawa meletakkan tangan di tempat-tempat lain (seperti peha, pinggang, pusat) sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakkan manusia tidaklah ada dalil keatasnya[3].

wallahu'alam, wassalam.
---------

Rujukan :

1. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solaat Al-Nabi saw. cetakan baru ke 2. Damsyik : Maktab Al-Ma'arif, 1996. ms. 87-88.

2. Sheikh Al-Syaukaani. Nail Al-Authaar - 2. percetakan 1. Kaherah : Maktabah Al-Imaan Bil-Mansyhuur, 1999. ms 242.

3. Muhammad Sideq Al-Minshawi. Akhthaau Al-Mushalliin Kaherah : Dar Al-Fadhilah, 1996. ms 71.

خيرالأمين