SJ - 2875: [G+Z] Perlukah disamak rumah terpakai yang baru d

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2875: [G+Z] Perlukah disamak rumah terpakai yang baru d

Tuan,
Saya baru sahaja membeli sebuah rumah terpakai yang dahulunya dimiliki dan didiami oleh orang Cina bukan Islam.
Ada kawan yang mengatakan rumah tersebut perlu disamak lantai dan dindingnya dan ada yang mengatakan perlu disamak bahagian kabinet dapur dan sink dapur sahaja. Seorang saudara saya pula mengatakan bahawa tidak perlu disamak sekiranya tidak ada najis mughallazah seperti najis anjing atau daging babi di situ kerana pada pendapat saudara saya tersebut, kalau pun rumah itu dihuni oleh org bukan islam dan ada anjing atau mereka pernah makan babi, tidak menjadi najis rumah itu kerana perkara tersebut. Ini yang saya musykilkan. Apa pendapat tuan. Jazakallah. Terima kasih.

Re: Perlukah disamak rumah terpakai yang baru dibeli?

:salam

Tidak perlu menyamak. Islam itu mudah. Allah tidaklah sekali2 menyusahkan hambanya. Apa yg ghaib bagi kita tidak perlu diselidiki. Memadai sekadar mob seperti biasa. Ini juga berdasarkan kaedah fiqh "Hukum itu berlaku berdasarkan illatnya (sebabnya) ada atau tiada." WA.

:wassalam

Re: Perlukah disamak rumah terpakai yang baru dibeli?

Setuju dgn pendapat ustaz gayat; tidak perlu dibasuh.

Boleh rujuk archive dlm hal berkaitan.

SJ Tidak Tenang :super

Re: SJ - 2875: [G+Z] Perlukah disamak rumah terpakai yang ba

:salam
Tahqeeqan:

Benarlah pendapat dua Ansar kami. JKK
Kalimah samak (dibagh) adalah untuk industri kulit. Ia bermaksud tanning atau proses membersihkan kulit mentah (raw hides) dan akhirnya menyediakan kulit utk industri kraf kulit.
Manakala najis anjing dan babi kalimah yg asal ialah masih juga Ghusl (membersihkan). Maka rumah itu hanya perlu dibersihkan sahaja dgn detergen pembersih lantai spt AJAX Fabuloso atau GoodMaid (dan seumpamanya). Rumah itu kemudian siap utk didiami. WA