SJ - 2840: [U] Baca AlQuran

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2840: [U] Baca AlQuran

assalamualaikum w.b.t
saya ingin bertanya apakah hukumnya membaca al-quran dengan melagukannya mengikut rentak lagu kartun seperti doraemon tetapi tajwidnya betul

Re: baca AlQuran

Membaca al-quran dlm bentuk irama muzik doraemon adalah satu bid’ah. As-Suyuti dlm Al-Itqan dan Ar-Rafi’ie did lm I’jazul Quran menyebut:
Para ulama menyelar perbuatan org yg membaca al-quran seperti nyanyian yg diiringi muzik sebagai perbuatan bid’ah. Di antara perbuatan bid’ah dlm qiraat dan ada’ adalah talhin (melagukan bacaan yg hingga sekarang ini masih ada dan disebarluas olh org yg hatinya terpikat dan terpegun dgnnya). Mereka membaca al-quran sdmkn rupa layaknya sebuah irama atau nyanyian. Di antara bentuk talhin:
i. Tar’id ~ membaca dgn menggeletar suara seolah2 suara yg menggeletar kerana kesakitan atau kedinginan
ii. Tarqis ~ dengan sengaja berhenti pada huruf mati namun kmdn dihentakkan secara tiba2 disertai dgn gerakan tubuh, seakan2 sedang melompat atau berjalan
iii. Tatrib ~ mendendangkan dan melagukan al-quran sehingga membaca panjang (mad) bukan pada tempatnya atau menambahnya bila kebetulan tepat pada tempatnya
iv. Tahzin ~ membaca dgn nada sugul seperti org bersedih sampai hampir menangis
v. Tardad ~ apabila sekelompok qari meniru bacaan salah satu gaya di atas.

Bacaan alquran itu bersifat tahqiq yakni memberikan kpd setiap huruf akan haknya sesuai dgn ketentuan yg telah ditetapkan para ulama dan disertai tartil (baca dgn perlahan2 dgn tenang serta suara lembut), bersifat hadar (membaca cepat dgn tetap memperhatikan syarat2 pengucapan yg benar dan ada pula yg bersifat tadwir yakni pertengahan antara tartil dan hadar.

Boleh juga rujuk archive berikut:
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=16775&page=1&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

Re: SJ - 2840: [U] Baca AlQuran

:wassalam
Jawab/Komentar:
Lulus utk Posting. JKK

Sepatutnya sis dari awal-awal lagi menolaknya kerana pada masa salaf assoleh manalah ada kartun. Kartun ni zaman kita aje. Jadi biarlah Qur:an dan kartun tu terpisah, masing2 ada peranan masing2. WA