SU-00128: Mengqada' solat semasa lapang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00128: Mengqada' solat semasa lapang

:salam
Saya adalah seorang yang selalu menghadapi masalah untuk tidur dengan lena(insomnia). Akibatnya saya selalu saja terlepas solat subuh. Biasanya bila saya terjaga dan menyedari sudah melampaui waktu syuruk, saya terasa seakan berputus asa dan kembali tidur kerana belum puas tidur. Kemudian, saya akan mengqada'kan solat tadi selepas solat zohor, kadang-kadang di masjid sewaktu jemaah semuanya bersolat qabliyah jumaat atau kadang-kadang jika terlupa saya akan qada'kan semua solat yang tertinggal secara serentak pada masa lapang di siang hari mahupun di malam hari. Soalan saya ialah, adakah tindakan saya ini dibolehkan oleh syarak?

Re: Mengqada' solat semasa lapang

w'salam

Soalan ulangan. Sila search dalam archive dgn kata kunci seperti 'QADHA'.

Sebelum kita membincangkan mengenai hukum, ingin saya menyentuh sedikit mengenai insomnia anda. Mengetahui penyakit anda ini, sepatutnya anda mendapatkan rawatan dan bukan membiarkannya. Jika tidak mengambil tindakan, maka anda dikira mengambil peluang ke arah hukum yg sedia ada. Serupa kalau kita bekerja dan kemudian minta cuti. Mungkin beberapa kali pihak atasan akan membenarkan. tapi kalau asyik nak amik cuti, pihak atasan pasti tidak akan membenarkannya lagi.

Berbalik kpd isu anda. Para fuqaha' sepakat mengatakan qada' adalah wajib bagi solat fardhu yg ditinggalkan dgn tidak sengaja/lupa. Fuqaha' Syafi'i mengatakan sunat menyegerakan sembahyang yg ditinggalkan krn keuzuran. Ini berdasarkan kpd surah Taahaa ayat 14 yg bermaksud;

"...dan dirikanlah sembahyang utk mengingati Daku."

Juga berdasarkan sebuah hadis sahih riwayat imam Bukhari yg bermaksud;

"Sesiapa yg terlupa sembahyang, hendaklah ia menunaikannya apabila teringat. Tidak ada kifatrat selain drpd itu."

Adapun mengenai tertib, jumhur fuqaha' kecuai syafi'iyah mengatakan wajib dilakukan secara tertib. Sebgi cth mendahulukan qadha' Subuh kemudia baru mengerjakan solat Zuhur. Ttp Fuqaha' Syafi'i mengatakan ianya sunat. Semua ini bersandarkan kpd dalil yg sama yang bermaksud;

"Bhw Nabi saw pada hari berlakunya perang Khandaq telah tidak sempat sembahyang waktu, maka Baginda telah mengqada'kannya mengikut tertib."

WA.

:wassalam

Rujukan

Fiqh Islami Jil 2
Dr Wahbah Al-Zuhaili

fiqhus sunnah
Sayyid Sabiq