SJ - 3057 : sunat tarawikh

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3057 : sunat tarawikh

Biasanye kite sembayang tarawikh 8 atau 20 rakaat. Bolehkan kita melakukannye samaada 10,12,14,16 atau 18 rakaat. Contohnye hari ini kite buat 8, esok 12, maksudnye kita buat lebih dari 8 tapi kurang dari 20

Re: SJ - 3057 : sunat tarawikh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Ramadhan Mubarak! Kami akan cuba menjawab soalan sdr mmh dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Terdapat 3 pandangan mengenai jumlah rakaat didalam Qiam Ramadhan atau umumnya dikenali sebagai Solat Tarawikh yang dilakukan, iaitu : (a)Solat 11 Rakaat + witir(b) Solat 23 Rakaat + witir (c) tiada had jumlahnya. Soalan seperti ini pernah dijawab oleh Fatwa dari Al-Lajnah Al-Daaimah Arab Saudi yang pada masa itu diketuai oleh Sheikh Abdul Aziz bin Baaz didalam Fatwa no:6148 (7/198) :

[="#0000ff" size="3"]Ó1:ÕáÇÉ ÇáÊÑÇæíÍ ßËíÑ ãä ÇáÚáãÇÁ íÚÊÑÖæä Úáì ÕáÇÊåÇ ÚÔÑíä ÑßÚÉ¡ æíÏÚæä Ãä ÇáÑÓæá áã íÕá ÃßËÑ ãä ÃÍÏ ÚÔÑ ÑßÚÉ .

Ì1: ÕáÇÉ ÇáÊÑÇæíÍ ÅÍÏì ÚÔÑÉ ÃæËáÇË ÚÔÑÉ ÑßÚÉ¡ íÓáã ãä ßá ËäÊíä æíæÊÑ ÈæÇÍÏÉ ÃÝÖá¡ ÊÃÓíÇ ÈÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã¡ æãä ÕáÇåÇ ÚÔÑíä ÃæÃßËÑÝáÇÈÃÓ¡ áÞæá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã «ÕáÇÉ Çááíá ãËäì ãËäì ÝÅÐÇ ÎÔí ÃÍÏßã ÇáÕÈÍ Õáì ÑßÚÉ æÇÍÏÉ ÊæÊÑ áå ãÇ ÞÏ Õáì» ãÊÝÞ Úáíå¡ Ýáã íÍÏÏ ÕáÇÉ Çááå æÓáÇãå Úáíå ÑßÚÇÊ ãÍÏæÏÉ æáÃä ÚãÑ ÑÖí Çááå Úäå æÇáÕÍÇÈÉ ÑÖí Çááå Úäåã ÕáæåÇ Ýí ÈÚÖ ÇááíÇáí ÚÔÑíä Óæì ÇáæÊÑ¡ æåã ÃÚáã ÇáäÇÓ ÈÇáÓäÉ .


"Soalan : Ramai dikalangan ulama' menolak bahawa solat tarawikh 20 rakaat, dan mereka mendakwa bahawa Rasulullah saw telah melakukan lebih dari 11 rakaat.
Jawapan : Solat tarawikh 11 rakaat atau 13 rakaat, melakukan salam pada setiap 2 rakaat dan 1 rakaat witir adalah afdal, meniru cara Nabi saw, dan siapa solatnya 20 atau lebih maka TIDAKLAH MENGAPA, kerana Nabi saw bersabda "Solat malam 2 rakaat 2 rakaat, jika ditakuti akan subuh, bersolatlah satu rakaat, yang menjadi witir baginya dari solat yang dilakukan" Mutafaq 'Alaih, Maka tidak dihadkan rakaat Solat dan salamnya kerana sesungguhnya Umar ra. dan sahabat-sahabat ra. bersolat pada beberapa malam bersolat 20 rakaat melainkan witir, dan mereka adalah orang yang lebih tahu akan sunnah."

Bagi yang ingin mengikut sunnah (hadith A'isyah) bolehlah melakukan 11 rakaat, atau bagi yang ikut pandangan jumhur (termasuk Imam Mazhab) bolehlah melakukan 23 rakaat, ataupun boleh mengikut pandangan beberapa ulama' yang tidak menghadkan bilangan rakaat solatnya.

Elok juga rasanya kita melihat komen Sheikh al-Islam Ibn Taymiyah, katanya:

[="#0000ff" size="3"]æÇáÊÑÇæíÍ Åä ÕáÇåÇ ßãÐåÈ ÃÈí ÍäíÝÉ ¡ æÇáÔÇÝÚí ¡ æÃÍãÏ : ÚÔÑíä ÑßÚÉ Ãæ : ßãÐåÈ ãÇáß ÓÊÇ æËáÇËíä ¡ Ãæ ËáÇË ÚÔÑÉ ¡ Ãæ ÅÍÏì ÚÔÑÉ ÝÞÏ ÃÍÓä ¡ ßãÇ äÕ Úáíå ÇáÅãÇã ÃÍãÏ áÚÏã ÇáÊæÞíÝ Ýíßæä ÊßËíÑ ÇáÑßÚÇÊ æÊÞáíáåÇ ÈÍÓÈ Øæá ÇáÞíÇã æÞÕÑå .
"Jika seorang berSolat Tarawikh sepertimana mazhab Abu Hanifah, Al-Syafie dan Ahmad : 20 rakaat atau : sebagaimana Mazhab Malik iaitu 36 rakaat, atau 13 rakaat, atau 11 rakaat, maka itu yang terbaik, sebagaimana Imam Ahmad berkata, kerana tidak ada apa yang dinyatakan dengan bilangan, Maka lebih atau kurangnya bilangan rakaat bergantung kepada berapa panjang atau pendeknya qiamnya" - [Al-Ikhtiyaaraat ms 64]

wallahu'alam

-wassalam-
-----------------
Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000. ms 198.

خيرالأمين