SJ - 3071: Tarawih..

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3071: Tarawih..

assalammualaikum..

sayer ingin tahu apakah niat untuk sembahyang tarawih..
adakah boleh diucap dalam BM..?
apakah perkara wajib dan perkara sunat yang mesti dan boleh dilakukan didalam solat tarawih..?
tolongla jawap agar hilang kemusykilan sayer nie..

terima kasi kerana membantu..
selamat berpuasa..

Re: SJ - 3071: Tarawih..

:wassalamJawab:
a. Niat solat Tarawih: Kalau ikut masyarakat tempatan: “Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih 2 Raka’at, makmuuman (mengikut Imam) kerana Allah Ta’ala
Tahqeeq: Ungkapan niat spt ini adalah tidak disyari’atkan . Ia tidak ada asal usyul dalam agama kita baik dari AQ, Sunnah, bahkan tidak pernah diambil dari para sahabat, tabi’en dan Imam yg Empat (Ibn Qayyim, Ighatsah alLahafan:1/136; Zaad alMa’ad: 1/201; I’lam alMuwaqqe’en:2/371; dan Tuhfah alMaudud: 93: Juga Fatawa Syaikhul Islam Ibn Taymiyah: Majmoo’ Fatawa: 22/223
b. Melafaz/Talaffuz Niat dlm bahasa Melayu. Jawab: Tidak boleh dilakukan kerana ia melambangkan kebodohan akan sunnah Muhammad saw yg dgn tegas menuruh kita mencontohi baginda ketika bersolat, “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat” (muttafaq ‘alayh, Lihat alIrwa alGhaleel: # 213) Talaffuz niyat baik dalam bahasa Arab atau Melayu adalah perbuatan bid’ah.
c. Solat tarawih spt juga solat2 yg dilakukan secara berjama’ah sama sahaja cara perlakuannya spt solat2yg lain. Wajib dan sunatnya sama dengan solat2 yg lain. WA