SJ - 3101 : Solat Iftitah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3101 : Solat Iftitah

Soalan: Apakah solat iftitah dan bagaimana mengerjakannya?

Re: SJ - 3101 : Solat Iftitah

Wa'alaikumussalam. Ramadhan Mubarak!

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr MAYaakub dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Iftitah[="#0000ff" size="5"](ÇÝÊÊÇÍ) didalam Bahasa Malaysia membawa erti 'perbukaan'. Jika dikaitkan dengan solat, ia bermaksud Solat Perbukaan atau Permulaan, dan dari segi syara'nya adalah 'Solat pembukaan kepada permulaam Qiam Ramadhan [="#0000ff" size="5"](ÞíÇã ÑãÖÇä) (yang orang kita kenali sebagai Taraawiih) atau Qiam Al-Lail (Solat tahajjud). Solat ini bersifat ringan, iaitu bacaan surahnya pendik-pendik dan berjumlah 2 rakaat.

(a) Didalam Solat Tahajjud, Solat pembukaan ini adalah sebahagian daripada Solat Tahajjud yang ringkas. Nabi saw apabila memulakan Solat Tahajjud beliau akan bersolat 2 rakaat ringkas. Berkata Dr Wahbah Al-Zuhaily didalam bukunya Fiqh Al-Islami wa 'adillatuh (2/78) :-

[="#0000ff" size="3"]æíÓÊÍÈ Ãä íÝÊÍ ÊåÍÏ ÈÑßÚÊíä ÎÝíÝÊíä¡ áãÇ Ñæì ÃÈæåÑíÑÉ ÑÖíÇááå Úäå ÇáäÈí Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞÇá : (( ÅÐÇ ÞÇã ÃÍÏßã ãä Çááíá ÝáíÝÊÍ ÕáÇÊå ÈÑßÚÊíä ÎÝíÝÊíä )) - ÑæÇå ÃÍãÏ æãÓáã¡ æåæ ÕÍíÍ.
"Dan adalah mustahab memulakan tahajjud dengan 2 rakaat yang ringan, Abu Hurairah ra. telah meriwayat sepotong hadith dari Nabi saw, sabda beliau : (( Jika diantara kamu mendirikan solat pada waktu malam, maka mulakan solatnya dengan 2 rakaat yang ringkas/ringan )) - Hadith riwayat Ahmad dan Muslim, hadith adalah sahih."

(b) Didalam solat Qiam Ramadhan atau Taraawiih pula, Solat pembukaan yang ringan adalah Solat Ba'diyah Isya'. Muhadith Sheikh Nasyiruddin Al-Albani didalam buku beliau Risaalah Qiam Ramadhan (ms 11), apabila menerangkan tentang kaifiat Solat Qiam Ramadhan, kata beliau :

[="#0000ff" size="3"]ÇáßíÝíÉ ÇáÃæáì : ËáÇË ÚÔÑÉ ÑßÚÉ ¡ íÝÊÊÍåÇ ÈÑßÚÊíä ¡ ÎÝíÝÊíä ¡ æåãÇ Úáì ÇáÃÑÌÍ ÓäÉ ÇáÚÔÇÁ ÇáÈÚÏíÉ ¡ Ãæ ÑßÚÊÇä ãÎÕæÕÊÇä íÝÊÊÍ ÈåãÇ ÕáÇÉ Çááíá ßãÇ ÊÞÏã ¡ Ëã íÕáí ÑßÚÊíä ØæíáÊíä ÌÏÇð
"Cara pertama : solat 13 rakaat, memulakannya dengan 2 rakaat ringan, 2 rakaat ini kemungkinan adalah Solat Ba'diyah Isya', atau Solat sunat Khusus untuk Solat Malam sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini (seperti (a)), kemudian diikuti dengan 2 rakaat yang sangat panjang ....."

Setelah melakukan Solat pembukaan kepada Solat malam, Nabi saw akan meneruskan Qiam Al-Lail dan juga Qiam Ramadhan dengan rakaat yang panjang. wallahu 'alam.

wassalam
---------------
Rujukan :

1. Dr Wahbah Al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa 'adillatuh - 2. cetakan ke 3. Damsyik : dar Al-Fikr, 1989.

2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Risaalah Qiam Ramadhan. cetakan ke 6. Maktabah Islamiyah, 1983.

خيرالأمين