Sj-1836: [Susulan] BATALKAH? & SJ1746/SJ1705

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
Sj-1836: [Susulan] BATALKAH? & SJ1746/SJ1705

Asalamua'laikom,

Ustaz apakah hukumnya ke atas sesuatu pekerjaan yang sedang dilakukan tiba2 terlintas dihati seolah2 kita mempersoalkan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri sedangkan tidak terniat dihati sebaliknya bila terlintasnya perkara2 ini maka diusahakannya menyebut lailahailallah didalam hati CONTOH:
1) ketika berwuduk/mandi hadas tiba2 terlintas dihati yang kita marah kepada Allah kerana telah 3x diratakan air tetapi niat tidak selari dengan sampainya air ke anggota badan. Sedangkan ketika perasaan marah ini timbul dicuba untuk diredakan malahan kerana diketahui bahawa marah itu adalah perbuatan syaitan. adakah Wuduk/mandi hadas itu perlu diulangi semula?

2) Apabezanya jika berniat menggunakan perkataan MENGAMBIL berbanding menggunakan perkataan MENGANGKAT? sebab banyak buku panduan yang saya baca niat menggunakan perkataan MENGANGKAT tetapi bila saya berwuduk saya suka menggunakan perkataan MENGAMBIL.

3)Susulan Jawapan 1746/1705 Berkaitan sisa makanan dalam Solat. Bagaimanapula Pandangan Makhzab Syafie?

4) Warna Kasut kulit Luntur dan Melekat ke tapak kaki disebabkan peluh kaki atau terkena air. Dan tapak kaki telah dicuci dengan air tetapi warna masih ada. Jika berwuduk adakah sah? saya pernah memberus tapak kaki ini dengan sabun tetapi warnanya masih ada kecuali jika saya rendam tapak kaki ini dalam pencuci kain(Klorox) akan beransur-ansur hilang jika dibiar lama. jadi boleh tak saya hanya basuh saja tapakkaki tersebut. sebab saya percaya warna yg luntur itu bukan ada tanda2 berminyak yangmenghalang air terkena kulit.

5) Air mutlak menghilangkan bau najis, Tetapi bagaimana jika bau najis tadi masih ada dijari atau berbau tetapi kurang dari yang sebelumnya bolehkah kita katakan bahawa najis tadi dah hilang walaupun sudah dicuci dan digosok jari tadidgn agak lama? Saya difahamkan bahawa bau tadi juga dikira najis jika masih ada zatnya.

Saya minta maaf jika soalan yg diutarakan ini memeningkan kepala Ustaz, Kerana saya hanya minta untuk mendapatkan sedikit keyakinan diri.

Re: Sj-1836: [Susulan] BATALKAH? & SJ1746/SJ1705


Jawab:
Soalan2 dari sdr hatibatu memang agak memeningkan kami kerana kami tidak mengetahui di tahap mana anda berada. Ini kerana Fiqh Ahkam khas dibina untuk memenuhi kehendak penjaring yg sudah ada asas fiqh dan ingin mendapat pendapat fiqh secara muqarran (perbandingan). Wbmnp kita akan melayan setiap persoalan anda sebaik mungkin.

1. Isu niat adalah isu yg besar dalam Islam tapi dipermudahkan kerana ia hanya urusan hati bukannya lisan atau amalan tertentu. Tatacara Niat mesti selari dengan meratakan air (ketika hadas dan wudhu') ini adalah suatu ajaran yg diada-adakan sahaja.
Niat mengikut ajaran fiqh yg sebenar tidak memerlukan tatacara demikian.
2. Niat tidak bergantung pada lafaz2. spt usyalli, mengambil, mengangkat, sengaja aku, atau kerana Allah. Ini adalah ajaran kitab2 jawi yg perlu ditinggalkan.
3. Pendapat Syafi'iy dalam masalah sisa makanan menyamai pendapat jumhur. batal jika tertelan dgn sengaja, tidak batal jika sudah bercampur dgn air liur dan sukar dielakkan.
4. Bila memakai kasut kulit, selalunya kita memakai stokin. Kita tidak tahu bgmn warna kasut kulit boleh melekat pada kaki kecuali kasut itu dipakai tanpa stokin atau kasut itu jenis Moccasin. Hukumnya jika sudah dibasuh dengan telti dan masih ada kesan, maka ia dianggap umum albalwa (kesulitan yg dima'afkan)
5. najis jika masih ada bau bermakna ia belum bersih. hendaklah menggunakan sabun atau menggosok tangan pada tanah untuk menghilangkannya.
P/S: banyak orang yg mendapat fiqh secara tradisional amat memberatkan diri dalam urusan taharah. Kita syorkan mengkaji madzhab Maliki kerana ia amat mudah dalam urusan taharah. kajian ini penting untuk memberi gambaran bgmn madzhab lain memahami taharah.
Juga, dapatkan pelajaran2 yg sistematis dalam urusan agama (terutama fiqh) supaya tidak terperangkap dengan rigidity dan akhirnya dihinggapi was-was.
kembalilah kpd kami jika tidak berpuas hati dgn jawapan yg diberikan. Wassalam