SJ - 3114 : Solat sunat tarawih berterusan (Minta tolong.. u

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3114 : Solat sunat tarawih berterusan (Minta tolong.. u

:salam
Minta jasa baik moderator utk terangkan permasalahan dibawah secepat mungkin.
Bolehkah kita meneruskan solat sunat tarawih di rumah sebyk 12 rakaat selepas kita menunaikan 8 rakaat di masjid? atau ia perlu dilakukan secara berterusan (tidak putus)?
Terima kasih byk atas pertolongan antum.

Re: SJ - 3114 : Solat sunat tarawih berterusan (Minta tolong

Wa'alaikumussalam. Ramadhan Mubarak!

Anda boleh melakukan solat tarawih atau Qiam Ramadhan ini secara terputus sebagaimana soalan diatas. Diantara sebab-sebab yang membolehkan adalah :-

1. Solat Qiam Ramadhan hukumnya adalah sunat. Solat ini boleh dilakukan secara perseorangan dan bersendirian oleh kerana Nabi saw pernah melakukan begitu. Ulama' berpandangan bahawa lebih afdal jika Solat Qiam Ramadhan atau Tarawih ini dilakukan di masjid secara berjemaah. Menurut fatwa (fatwa no:7617) Al-Lajnah Al-Daaimah mengatakan bahawa :-

[="#0000ff" size="3"]áÇÍÑÌ Úáíß Ýí ÕáÇÊåÇ Ýí ÇáÈíÊ áßæäåÇ äÇÝáÉ¡ áßä ÕáÇÊåÇ ãÚ ÇáÅãÇã Ýí ÇáãÓÌÏÃÝÖá ÊÃÓíÇð ÈÇáäÈí æÃÕÍÇÈå ÑÖí Çááå Úäåã æáÞæá ÇáäÈí áÃÕÍÇÈå áãÇ Õáì Èåã ÇáÊÑÇæíÍ Ýí ÈÚÖ ÇááíÇáí Åáì ËáË Çááíá æÞÇá áå ÈÚÖåã: «ãä ÞÇã ãÚ ÇáÅãÇã ÍÊì íäÕÑÝ ßÊÈ Çááå áå ÞíÇã áíáÊå»( ) ÑæÇå ÃÍãÏ æÃÕÍÇÈ ÇáÓää ÈÅÓäÇÏ ÍÓä ãä ÍÏíË ÃÈí ÐÑ ÑÖí Çááå Úäå .
"Tidak dilarang keatas kamu melakukan solatnya dirumah oleh kerana ia merupakan solat sunat, akan tetapi solat bersama Imam di masjid lebih afdal sebagai mencontohi/meniru Nabi saw dan sahabat-sahabat ra., dari perkataan nabi saw kepada para sahabatnya yang bersolat tarawih bersamanya beberapa malam sehingga sepertiga malam, dan bersabda beliau kepada sebahagian mereka : ((Barangsiapa yang bersolat bersama Imam sehingga pulang, Allah telah menulis nbaginya Solat semalaman)) riwayat Ahmad dan penulis-penulis sunan dan sanad yang baik dari Hadith Abu Zar ra."

2. Solat Qiam Ramadhan mempunyai sifat 'Taraawiih', atau pun rehat-rehat didalamnya. Solat ini tidak perlu dilakukan berterusan. Mereka yang menunaikan Solat Qiam Ramadhan bolehlah melakukan 'break' diantara solat-solat ini.

3. Terdapat ikhtilaf dikalangan ulama mengenai bilangan rakaat didalam Solat Tarawih. Apa yang penting ialah kita lakukan solat dengan menyempurnakan rukun-rukunnya tanpa tergesa-gesa. Sebagaimana yang disebut oleh Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah :

[="#0000ff" size="3"]æÇáÊÑÇæíÍ Åä ÕáÇåÇ ßãÐåÈ ÃÈí ÍäíÝÉ ¡ æÇáÔÇÝÚí ¡ æÃÍãÏ : ÚÔÑíä ÑßÚÉ Ãæ : ßãÐåÈ ãÇáß ÓÊÇ æËáÇËíä ¡ Ãæ ËáÇË ÚÔÑÉ ¡ Ãæ ÅÍÏì ÚÔÑÉ ÝÞÏ ÃÍÓä ¡ ßãÇ äÕ Úáíå ÇáÅãÇã ÃÍãÏ áÚÏã ÇáÊæÞíÝ Ýíßæä ÊßËíÑ ÇáÑßÚÇÊ æÊÞáíáåÇ ÈÍÓÈ Øæá ÇáÞíÇã æÞÕÑå .
"Jika seorang berSolat Tarawikh sepertimana mazhab Abu Hanifah, Al-Syafie dan Ahmad : 20 rakaat atau : sebagaimana Mazhab Malik iaitu 36 rakaat, atau 13 rakaat, atau 11 rakaat, maka itu yang terbaik, sebagaimana Imam Ahmad berkata, kerana tidak ada apa yang dinyatakan dengan bilangan, Maka lebih atau kurangnya bilangan rakaat bergantung kepada berapa panjang atau pendeknya qiamnya" - [Al-Ikhtiyaaraat ms 64]

Dengan berpandukan kepada kenyataan diatas, sdr boleh melakukan sebahagiannya di masjid dan meneruskannya dirumah, dan bolehlah menutup solat tersebut dengan melakukan witir. Akan tetapi yang lebih afdal ialah melakukan solat berjemaah di masjid. wallahu'alam.

wassalam
=============
Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000. ms 198.

خيرالأمين