SJ - 3183 : [Z] Dayus

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3183 : [Z] Dayus

:salam
Saya ada sedikit kekeliruan mengenai dayus, adakah lelaki yang membiarkan isteri dan anak-anaknya membuka aurat termasuk di dalam golongan lelaki dayus dan apakah boleh dayus dikaitkan dengan fasik.

Minta tolong ustaz2 huraikan serba sedikit

terima kasih..

:wassalam
;)

Re: Dayus

:salam

ÇáÏøíøæËmengikut tafsiran fuqaha, lelaki yang membenarkan perempuan dibawah tanggungjawab atau jagaannya melakukan maksiat/bergaul bebas, atau memperlihatkan kecantikan mereka kpd lelaki bukan muhram sehingga menggoda hawa nafsu mereka.

Pendayuth akan mendapat balasan di akhirat yakni tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari qiyamat, dan dosanya setaraf org yg menderhaka kpd kedua ibu bapa (Az-Zahabi, Kitabul Kaba'ir)

[="#000080" size="3"]
þ þÍÏËäÇ þ þíÚÞæÈ þ þÍÏËäÇ þ þÃÈí þ þÚä þ þÇáæáíÏ Èä ßËíÑ þ þÚä þ þÞØä Èä æåÈ Èä ÚæíãÑ Èä ÇáÃÌÏÚ þ þÚãä þ þÍÏËå Úä þ þÓÇáã Èä ÚÈÏ Çááå Èä ÚãÑ þ þÃäå ÓãÚå íÞæá ÍÏËäí þ þÚÈÏ Çááå Èä ÚãÑ þ
þÃä ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÞÇá þ þËáÇËÉ ÞÏ ÍÑã Çááå ÊÈÇÑß æÊÚÇáì Úáíåã ÇáÌäÉ ãÏãä ÇáÎãÑ þ þæÇáÚÇÞ þþ æÇáÏíæË þ þÇáÐí þ þíÞÑ þ þÝí Ãåáå þ þÇáÎÈË þ

Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “3 jenis manusia yg Allah haramkan mereka masuk ke jannah yakni peminum khamr, penderhaka kpd ibubapa dan pendayuth yang membenarkan ahli keluarganya melakukan maksiat.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)

[="#000080" size="3"]
þÍÏËäÇ þ þíÚÞæÈ þ þÍÏËäÇ þ þÚÇÕã Èä ãÍãÏ íÚäí ÇÈä ÒíÏ Èä ÚÈÏ Çááå Èä ÚãÑ Èä ÇáÎØÇÈ þ þÚä þ þÃÎíå þ þÚãÑ Èä ãÍãÏ þ þÚä þ þÚÈÏ Çááå Èä íÓÇÑ þ þãæáì þ þÇÈä ÚãÑ þ þÞÇá þ þÃÔåÏ áÞÏ ÓãÚÊ þ þÓÇáãÇ þ þíÞæá ÞÇá þ þÚÈÏ Çááå þ þÑÖí Çááå Úäå þ
þÞÇá ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þËáÇË áÇ íÏÎáæä ÇáÌäÉ æáÇ íäÙÑ Çááå Åáíåã íæã ÇáÞíÇãÉ þ þÇáÚÇÞ þ þæÇáÏíå æÇáãÑÃÉ ÇáãÊÑÌáÉ ÇáãÊÔÈåÉ ÈÇáÑÌÇá þþ æÇáÏíæË þ þæËáÇËÉ áÇ íäÙÑ Çááå Åáíåã íæã ÇáÞíÇãÉ þ þÇáÚÇÞ þ þæÇáÏíå æÇáãÏãä ÇáÎãÑ þ þæÇáãäÇä þ þÈãÇ ÃÚØì

Dari Abdullah R.A bahawa baginda S.A.W bersabda: “3 orang tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan memandang mereka penderhaka kpd kedua ibubapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayuth ...”(Hadith riwayat Imam Ahmad)
[="#000080" size="3"]
þÃÎÈÑäÇ þ þÚãÑæ Èä Úáí þ þÞÇá ÍÏËäÇ þ þíÒíÏ Èä ÒÑíÚ þ þÞÇá ÍÏËäÇ þ þÚãÑ Èä ãÍãÏ þ þÚä þ þÚÈÏ Çááå Èä íÓÇÑ þ þÚä þ þÓÇáã Èä ÚÈÏ Çááå þ þÚä þ þÃÈíå þ þÞÇá þ
þÞÇá ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þËáÇËÉ áÇ íäÙÑ Çááå ÚÒ æÌá Åáíåã íæã ÇáÞíÇãÉ ÇáÚÇÞ áæÇáÏíå æÇáãÑÃÉ ÇáãÊÑÌáÉ þ þæÇáÏíæË þ þæËáÇËÉ áÇ íÏÎáæä ÇáÌäÉ ÇáÚÇÞ áæÇáÏíå æÇáãÏãä Úáì ÇáÎãÑ þ þæÇáãäÇä þ þÈãÇ ÃÚØì

Dari Abdullah dari ayahnya berkata, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Allah `Azza wa jalla tidak melihat 3 golongan di hari qiyamat iaitu penderhaka kpd kedua ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayuth…”(Hadith riwayat An-Nasa’ie)
[="#000080" size="3"]
ÔÑÍ Óää ÇáäÓÇÆí ááÓäÏí
þ æÇáÏíæË
æåæ ÇáÐí áÇ ÛíÑÉ áå Úáì Ãåáå

Syarh Sunan An-nasa’ie:
Dayuth itu ialah lelaki yang tiada ghirah (perasaan cemburu) terhadap ahli keluarganya

Rujukan:
1. ÔÑÍ Óää ÇáäÓÇÆí ááÓäÏí
2. Kitabul Kaba'ir, Az-Zahabi

Re: SJ - 3183 [Z] Dayus

Alhamdulillah. JKK Ustaz Zayed. Begitulah hadith-hadith yang dikemukan oleh Ustaz Zayed bahawa orang-orang yang dayuth [="#800000" size="5"](ÇáÏíæË) merupakan mereka yang tidak akan masuk syurga akibat dosa besar yg dia lakukan. Dayus menurut ulama' ialah :-

[="#0000ff" size="3"]ÇáÑÌá ÈãËá åÐÇ åæ ãä ÖÚÝ ÇáÛóíúÑÉ ¡ Ü ÇáÊí ÊãíøÒ ÈåÇ ÇáãÓáã Úä ÛíÑå ãä ÇáßÝÇÑ æÇáÏíæËíä ÇáÐíä íÞÑøæä Ýí Ãåáíåã ÇáÎóÈóËö æÇáÝÌæÑ
"Seorang lelaki yang lemah perasaan cemburu (sensitif terhadap maksiat), ia membezakan diantara seorang Islam dari yang lain, dari orang kafir dan dayuth yang membenarkan kelucahan dan perkara yang tidak bermoral keatas keluarganya"

Imam Al-Zahabi didalam bab "membenarkan kelucahan keatas ahli keluarganya" [="#800000" size="4"](ÇáÞæÇÏ ÇáãÓÊÍÓä Úáì Ãåáå) mengkelaskan dayuth sebagai salah satu dari dosa-dosa besar [="#800000" size="5"] (ÇáßÈÇÆÑ). Membenarkan ahli keluarga melakukan maksiat, misalnya tidak menutup aurat, melakukan zina, menonton filem lucah dan sebagainya adalah merupakan sifat-sifat orang dayuth. Dengan kata lain, dia langsung tidak mempunyai perasaan cemburu keatas ahli keluarganya diatas maksiat yang mereka lakukan. Dari Abu Hurairah ra., sabda Nabi saw :

[="#800000" size="3"]Åä Çááå íÛÇÑ æÅä ÇáãÄãä íÛÇÑ¡ æÅä ÛíÑÉ Çááå þÃä íÃÊí ÇáãÄãä ãÇ ÍÑã Çááå Úáíå
"Sesungguhnya Allah cemburu dan orang mukmin juga cemburu, sesungguhnya cemburu Allah didatangkan kepada orang mukmin dengan apa yang diharamkan keatasnya" - [hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Orang yang tidak ada perasaan cemburu keatas apa yang Allah larang keatas orang dibawah jagaannya dikatakan seorang yg dayuth. Mereka disifatkan tidak mempunyai perasaan sensitif langsung dengan hukum-hukum moral yg seharusnya dijaga keatas ahli-keluarganya.

Dr Abdullah Al-Faqih didalam membahaskan hadith mengenai "tidak masuk syurga" mereka yang dayuth dan sebagainya, melalui 2 pengtakrifannya iaitu :-

[="#0000ff" size="3"]ÇáÃæá: Ãäå áÇ íÏÎá ÇáÌäÉ ãØáÞÇð¡ æÐáß Ýíãä ÇÓÊÍá Ðáß¡ áÃä ÇÓÊÍáÇáå ááÝÇÍÔÉ íÎÑÌå ãä ÇáÅÓáÇã¡ æÈÐáß íÍÑã Úáíå ÏÎæá ÇáÌäÉ.
ÇáËÇäí: Ãä ÇáÌäÉ íÍÑã Úáíå ÏÎæáåÇ ÇÈÊÏÇÁ¡ ÝÞÏ íÏÎá ÇáäÇÑ ÝíÌÇÒì Úáì ÐäæÈå¡ Ëã ÈÝÖá Çááå íÏÎá ÇáÌäÉ¡ Ãæ ÞÏ íÛÝÑ Çááå áå ÝáÇ íÏÎá ÇáäÇÑ¡ áßä áÇ íßæä ãä ÇáÓÇÈÞíä Ýí ÏÎæá ÇáÌäÇä. æåÐÇ ÇáæÚíÏ Ýí ÍÞ ãä ãÇÊ ãä ÇáãÓáãíä ÞÈá Ãä íÊæÈ ãä åÐÇ ÇáãäßÑ ÇáÚÙíã¡ ÃãÇ ãä ÊÇÈ ãäå ÝÅä Çááå íÊæÈ Úáíå.

1. Tidak akan masuk syurga langsung (mutlaq), ia dianggap benar secara syara' (legal), kerana sesungguhnya secara 'legal' orang yang melakukan maksiat bukanlah dikalangan orang islam, dan dengan itu tidak akan masuk syurga.
2. Larangan masuk syurga adalah pada peringkat permulaanya, setelah ia diazab dineraka maka dengan izin Allah dibenarkan masuk syurga, atau Allah swt mengampunkan dosanya kemudian dan tidak masuk kedalam neraka, tetapi bukanlah dari mereka yang terdahulu (al-sabiqin) memasuki syurga, Ini adalah hak mereka yang mati dari seorang Muslim yang bertaubat dari kemungkaran yang besar, baginya dia telah bertaubat dan Allah menerima taubat darinya"

Ibn Khuzaimah mengatakan bahawa hadith-hadith diatas tadi (yg dikemukan oleh Ustaz Zayed) menunjukkan bahawa orang-orang mukmin yang melakukan maksiat ('asi) tidak boleh masuk kedalam syurga Allah bersama-sama orang mukmin yang soleh, kerana orang yg melakukan maksiat terlebih dahulu dimasukkan kedalam neraka sehingga bersih dosannya, selama-mana ia mentauhidkan Allah swt.

Ibn Manzur (5:3414) memberi erti fasiq sebagai : melakukan MAKSIAT, meninggalkan perintah Allah dan keluar dari jalan yang benar. Menurut Muqatil bin Sulaiman al-Balkhi (ms 328-330), 3 diantara 6 pembahagian FASIQ ialah :

1. maksiat kpd agama tanpa syirik
2. dosa tanpa syirik
3. kejahatan.

Maka ulama mengatakan bahawa orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar (seperti dayuth) merupakan orang yang fasiq. Orang-orang yang fasiq sebegini masih boleh diampunkan dosanya sekiranya dia bertaubat kepada Allah swt.

Kesimpulannya, dayuth ialah tidak mempunyai perasaan cemburu keatas maksiat yg dilakukan oleh kaum keluarganya, contohnya seperti tidak melarang isteri atau anak mendedahkan aurat mereka. Dayuth merupakan salah satu dari dosa-dosa besar, dan orang yg dayuth juga merupakan orang yang fasiq. Wallahu'alam.

wassalam
=============
Rujukan :

1. Sheikh Al-Hafiz Abu Abdullah bin Ahmad bin Uthman Al-Zahabi. Kitabul Kaba'ir. ditahqiq oleh 'Aamir Al-Jazzaar dan Anwar Al-Baaz. Dar Al-Wafaa', 1998. ms 80.

2. Dr Abdullah Al-Faqih. [="#800000" size="3"]ãÕíÑ ÇáÏíæË íæã ÇáÞíÇãÉ. url : http://www.islamweb.net/web/fatwa.showSingleFatwa?FatwaId=12581

3. Dr Husammuddin bin Musa Afaanah. [="#800000" size="3"]ÃÎáÇÞ ãæÖæÚ. url http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=88874

خيرالأمين