SJ-05-0008 : Boleh Baca Terjemahan Masa Solat Fardhu?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0008 : Boleh Baca Terjemahan Masa Solat Fardhu?

Assalamualaikum.

Boleh tak saya letakkan Poster Bacaan Dalam Solat dan Terjemahannya di hadapan saya ketika nak solat,

dan masa membaca alfatihah contohnya semasa solat, saya turut melihat di poster tersebut makna al fatihah...

so, saya baca and faham maknanya...

Tq.

SJ-05-0008 : Boleh Baca Terjemahan Masa Solat Fardhu?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr raya2020 dengan kadar kemampuan yang ada.

Melihat kearah poster untuk membaca makna surah al-Fatihah pada masa solat tidaklah digalakkan. Menurut Syiekh Nasyiruddin Al-Albani, salah satu cara untuk seorang itu khysyuk didalam solat ialah dia perlu melihat ditempat sujudnya, dan semasa membaca tahiyat, matanya harus melihat jari telunjuknya. Hadith A'isyah ra bahawa :

ßÇä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ÅÐÇ Õáì ØÃØà ÑÃÓå æ Ñãì ÈÈÕÑå äÍæ ÇáÃÑÖ
"Rasulullah saw bersolat dengan kepalanya tunduk kedepan dan pandangannya ditundukkan iaitu melihat ke bumi" - [hadith diriwayatkan oleh al-Hakim, 1/479; beliau mengatakan sahih menurut syarat al-Bukhaari dan Muslim]

Begitu juga dengan hadith :

æ áãÇ ÏÎá ÇáßÚÈÉ ãÇ ÎáÝ ÈÕÑå ãæÖÚ ÓÌæÏå ÍÊì ÎÑÌ ÚäåÇ
"Apabila Nabi saw memasuki Ka'bah, matanya tidak meninggalkan tempat sujud sehingga ia keluar kembali" - [hadith riwayat al-Hakim didalam al-Mustadrak, 1/470. beliau mengatakan bahawa hadith ini sahih menurut syarat al-Bukhaari dan Muslim, dan Al-Dzhahabi mempersetujinya]

Al-Albani juga menyebut didalam buku Ringkasan Sifat Solat Nabi bahawa :

Úáíå Ãä íÎÔÚ Ýí ÕáÇÊå æÃä íÊÌäÈ ßá ãÇ ÞÏ íáåíå Úäå ãä ÒÎÇÑÝ æäÞæÔ¡ .
"Keatasnya haruslah khusyuk didalam solatnya, dan harus mengelak dari apa-apa yang 'distract' ia darinya, seperti ukiran dan perhiasan...."

Bagi menjelaskan perkara ini, al-Albani telah merujuk kepada beberapa hadith dibawah :

(a) Tidak melihat kepada mana objek yang bercorak dsb. dari A'isyah ra, katanya :-

ÞÇã ÇáäÈí Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã íÕáí Ýí ÎãíÕÉ ÐÇÊ ÃÚáÇã - Ãí : ßÓÇÁ ãÎØØ æãÑÈøÚ - ÝäÙÑ Åáì ÚáãåÇ ÝáãÇ ÞÖì ÕáÇÊå ÞÇá : ( ÇÐåÈæÇ ÈåÐå ÇáÎãíÕÉ Åáì ÃÈí Ìåã Èä ÍÐíÝÉ æ ÃÊæäí ÈÃäÈÌÇäíøå - ßÓÇÁ áíÓ Ýíå ÊÎØíØ æáÇ ÊØÑíÒ æáÇ ÃÚáÇã -¡ ÝÅäåÇ ÃáåÊäí ÂäÝÇ Ýí ÕáÇÊí " æÝí ÑæÇíÉ : " ÔÛáÊäí ÃÚáÇã åÐå " æÝí ÑæÇíÉ : " ßÇäÊ áå ÎãíÕÉ áåÇ Úáã ¡ ÝßÇä íÊÔÇÛá ÈåÇ Ýí ÇáÕáÇÉ "
"Nabi saw diri bersolat memakai baji berpetak-petak, beliau telah melihat akan corak-coraknya. Apabila beliau selesai bersolat baginda bersabda :'Bawa baju ini kepada Abu Jaham ibn Hudaifah dan bawakan aku anbajaani (pakaian yang tidak ada corak), kerana ia mengganggu aku semasa aku bersolat.' menurut riwayat yang lain. 'Beliau mempunyai baju bercorak yang pernah mengganggunya semasa bersolat'" - [Hadith riwayat Sahih Muslim #556].

(b) Tidak mencuri pandangan kearah kiri dan kanan. Nabi telah ditanya mengenai perbuatan memaling diri didalam bersolat, beliau bersabda :

ÇÎÊáÇÓ íÎÊáÓå ÇáÔíØÇä ãä ÕáÇÉ ÇáÚÈÏ
"Ia merupakan sesuatu yang Syaitan curi didalam hamba yang bersolat" - [Hadith riwayat al-Bukhari].

(c) Tidak melihat ke langit semasa didalam solat. Nabi saw telah memberi amaran mengenai perkara ini dengan sabdanya :-

ÅÐÇ ßÇä ÃÍÏßã Ýí ÇáÕáÇÉ ÝáÇ íÑÝÚ ÈÕÑå Åáì ÇáÓãÇÁ ¡ Ãä íáÊãÚ ÈÕÑå
"apabila seseorang daripada kamu bersolat dia tidak dibenarkan angkat penglihatannya kearah langit, kerana sesungguhnya ia akan hilang penglihatannya" - [Hadith riwayat Ahmad 5/294, Sahih al-Jaami' #762].
---------------

Telah jelas bahawa kedudukan mata dan kepala amat penting didalam mewujudkan khusyuk didalam solat. Mata hendaklah memandang tempat sujud dan kepala hendaklah ditundukkan sedikit dan elaklah dari melihat baju atau kawasan sujud yang mempunyai corak-corak, dan mengelak dari memandang kiri dan kanan. Khyusuk itu merupakan nyawa kepada Solat. Bak kata Syiekh Muhammad Salih al-Munajjid :-

æãÍá ÇáÎÔæÚ Ýí ÇáÞáÈ æËãÑÊå Úáì ÇáÌæÇÑÍ .
"Tempat khyusuk adalah didalam Hati dan kesannya akan diperlihatkan didalam angota badan"

Niat saudara raya2020 memang baik, iaitu untuk memahami bacaan surah al-fatihah, agar natijahnya dapat mewujudkan solat yang khusyuk. Namun demikian, hadith-hadith Nabi saw yang telah dipaparkan oleh Syeikh Al-Albani tadi menitik beratkan kedudukan mata dan kepala bagi menambahkan lagi kekhusyukkan. Kami cadangkan agar sdr raya2020 hafal dulu makna al-Fatihah itu agar didalam solat dapat mewujudkan rasa kehebatan surah al-Fatihah tersebut dan bukan sahaja membaca terjemahannya. Ada beberapa alternatif lain yang dicadangkan oleh ulama' berkenaan pembentukan khusyuk didalam bacaan solat, diantaranya :-

a. Salah satu cara ialah menghafal ayat-ayat dan mengetahui maknanya. Semasa bersolat, kita dapat menghadirkan makna bacaan tersebut tanpa memerlu mata untuk melihat terjemahannya.

b. Apabila membaca ayat seumpamanya, ulangi bacaan tersebut agar dapat kita membayangkan maknanya; lebih-lebih lagi ayat-ayat azab, sebagaimana hadith riwayat Ibn Khuzaimah, 1/271 dan Ahmad, 5/149. Pernah juga diriwayatkan bahawa sahabat Nabi saw, Qutaadah ibn Nu'man ra bersolat malam dan hanya mengulangi bacaan " Qul Huwa Allaah Ahad" dan tidak menambah ayat lain [al-Bukhaaari, al-Fath, 9/59; Ahmad 3/43].

c. Semasa membaca ayat (termasuk al-Fatihah), hendaklah seseorang itu baca "Ayat demi Ayat". Janganlah hendaknya disambung ayat-ayat tersebut [Riwayat Abu Daud no# 4001].

d. Membaca ayat-ayat tersebut dengan jelas, perlahan, tartil (nada) dan mempercantikkan suara didalam bacaan [Musnad Ahmad, 6/294]

WA, wassalam
===============
Rujukan :

1. Syeikh Muhammad Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solaah Al-Nabi saw. cetakan baru - ke2. Riyad : Maktabah Al-Ma'arif, 1996. ms 89 - 90.

2. Syeikh Muhammad Nasyiruddin Al-Albani. Talkhees Sifat Salaat al-Nabi saw. url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=10647

خيرالأمين