SJ-12-0004: Masalah gugurkan kandungan kerana rogol.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0004: Masalah gugurkan kandungan kerana rogol.

Saya seorang pelajar Universiti ,ingin membuat satu siasatan mengenai topik " Jika dirogol dan menyebabkan penghamilan, haruskah kandungan itu digugurkan?" KENAPA??

SJ-12-0004: Masalah gugurkan kandungan kerana rogol.

:salam
Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Masalah menggugurkan kandungan telah dijelaskan oleh al-ahkam.net sebelum ini beberapa kali. Begitu juga dengan masalah hukum menggugurkannya hasil dari rogol. Sila semak kembali di link berikut:
http://al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=10467&highlight=kandungan
http://al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=7599&highlight=kandungan
http://al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=7554&highlight=kandungan

Menggugurkan kandungan secara umumnya adalah diharamkan, samada sebelum ditiupkan roh atau selepasnya dengan usia kandungan berkenaan mencecah 120 hari. Ini berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah. Hukum haram ini terkecuali dalam keadaan darurat atau kerana uzur. Perlulah diingatkan, hukum haram ini akan tetap berlaku dan tidak akan berubah sekalipun penghamilan itu berlaku disebabkan oleh zina suka sama suka dan sebaliknya, atau disebabkan oleh rogol. Alasan pengharaman ini adalah kerana kandungan itu telahpun tercipta/terbentuk.

Perkara darurat yg dikecualikan dari hukum haram ini antaranya adalah atas sebab-sebab kesihatan ibu atau sebab-sebab lain yang diiktiraf oleh syarak.

Antara bacaan yang saya sarankan utk dibaca ialah fatwa oleh bekas syeikhul Azhar Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, yang bertajuk Buhuts Wa Fatwa Islamiah Fi Qadaya Mu'ashirah, vol 2. Di sini pembahasan mengenainya cukup baik, panjang lebar dan lengkap.

Wallau a'lam.

Semoga bermanfaat.

:wassalam

----------------------------
Petikan rujukan:


Ýí ÔÃä ÌæÇÒ Ãæ ÚÏã ÌæÇÒ ÅÓÞÇØ ÇáÍãá ÇáÐí ÍÏË ÈØÑíÞ ÇáÅÛÊÕÇÈ:
ÝÅäå ÙÇåÑ ããÇ ÓáÝ Ãä ÇáÅÌåÇÖ ÈæÌå ÚÇã ãÍÙæÑ ÔÑÚÇ ÓæÇÁ ÃßÇä ÞÈá äÝÎ ÇáÑæÍ Ýíå Ãæ ÈÚÏåÇ ÈÈáæÛ ÚãÑå ÇáÑÍãí ãÇÆÉ æÚÔÑíä íæãÇ ááÃÏáÉ ÇáÓÇÈÞÉ ÅáÇ áÚÐÑ ßãÇ ÓÈÞ ÈíÇäå. æáÇ íÛíÑ ãä åÐÇ Ãä ÇáÍãá ãä Òäì ßÑåÇ æÇÛÊÕÇÈÇ Ãæ ÑÖÇÁ áÃäå Úáì Ãí ÍÇá ÞÏ ÊÎáÞ¡ æÇßÊÓÈ ÍÑãÉ ÇáäÝÓ ÇáÊí ÍÑã Çááå ÞÊáåÇ áÇ ÓíãÇ ÈÚÏ äÝÎ ÇáÑæÍ Ýíå.

(Buhuts Wa Fatwa Islamiah Fi Qadaya Mu'ashirah, vol 2)