kadang-kadang bila dah kencing, bila dah keluar dari toilet, terasa macam ada lagi setitik dua air kencing. ada ke nabi s.a.w ajar, utk situasi seperti ini?
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ska dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Kalau benar-benar kencing tersebut keluar, ini menunjukkan seseorang itu mengidap penyakit kecing tidak lawas / Salsal Baul (ÓáÓ ÇáÈæá). Bagi orang yang berpenyakit, memang terdapat beberapa kaedah fiqh mengenai persoalan ini. Soalan ini telah kerap kali dijawab oleh ahli panel al-ahkam, terutama al-fadhil Ustaz thtl. Berikut adalah beberapa urlnya :-
Akan tetapi, ada juga situasi dimana air kencing itu tidak keluar dan kemungkinan ia hanyalah mainan perasaan atau was-was. Bagi permasalahan ini, kami memetik sebuah fatwa yang telah dikeluarkan oleh Lembaga tetap penyelidikan dan fatwa Arab Saudi, yang telah menjawab rintahan soalan dari seorang pesakit :-
Setelah saya membuang air kecil, beberapa titisan atau kencing berada didalam kemaluan dan saya duduk didalam bilik air selema suku jam untuk betul-betul membersihkan diri. Sudah tentu is memenatkan dan membebankan saya. Kemudian saya akan mengambil wudhu' untuk melakukan solat. Saya telah pun berjumpa dengan beberapa doktor dan telah mengambil beberapa jenis ubatan sebagai usaha mengatasi masalah ini, dan masalah ini belum selesai. Setelah saya membersihkan titisan air kencing, saya akan mengambil wudhu' dan bersolat, akan tetapi semasa solat, saya merasakan seolah-oleh terdapat titisan air kecing didalam kemaluan yang ingin keluar. Sudah tentu ia mendatagkan masalah dan menjadikan saya malu, lebih-lebih lagi didalam solat berjemaah dan mendapati titisan air kencing keluar, yang tidak keluar semasa saya duduk didalam bilik air, maka saya mengulangi solat, atau saya meragui samada solat saya masih sah. Tolong bantu saya dengan memberi fatwa yang jelas.
"Jika anda melakukan wudhu', maka pada asasnya anda telah bersih (taahir), maka janganlah mengambil peduli apa-apa keraguan dan was-was, kerana semuanya adalah dari syaitan. Benar, jika anda pasti bahawa sesuatu telah keluar setelah wudhu' anda selesai, ini membatalkan wudhu' dan anda hendaklah mengulanginya kembali. Mengenai perasaan anda semasa bersolat bahawa masih terdapat kencing didalam kemaluan, anda hendaklah menjauhkan fikiran anda mengenai fikiran ini. Atas prinsip bahawa anda telah bersih sete;ah berwudhu', tidak ada keprluan untuk anda memeriksa diri anda selepas itu, kerana ini akan hanya menambahkan lagi was-was. Moga Allah melindungi anda dari permsalahan ini." - [Al-Lajnah Al-Daa'imah 5/227].
WA, wassalam
-------------- Rujukan
1. Al-Lajnah al-Daa'imah Al-Buhooth al-'Ilmiyyah wa Al-Ifta' - 5. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000. ms 227.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ska dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Kalau benar-benar kencing tersebut keluar, ini menunjukkan seseorang itu mengidap penyakit kecing tidak lawas / Salsal Baul (ÓáÓ ÇáÈæá). Bagi orang yang berpenyakit, memang terdapat beberapa kaedah fiqh mengenai persoalan ini. Soalan ini telah kerap kali dijawab oleh ahli panel al-ahkam, terutama al-fadhil Ustaz thtl. Berikut adalah beberapa urlnya :-
1. 000027-SJ-THAHARAH: Kencing tidak lawas
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=14391
2. SJ-2146: Kencing X Tus
http://al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=9524
3. SJ-2018: Batal Puasa Kentut dlm Kolam
http://al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=8638
Akan tetapi, ada juga situasi dimana air kencing itu tidak keluar dan kemungkinan ia hanyalah mainan perasaan atau was-was. Bagi permasalahan ini, kami memetik sebuah fatwa yang telah dikeluarkan oleh Lembaga tetap penyelidikan dan fatwa Arab Saudi, yang telah menjawab rintahan soalan dari seorang pesakit :-
Soalan:
Jawapan :
WA, wassalam
--------------
Rujukan
1. Al-Lajnah al-Daa'imah Al-Buhooth al-'Ilmiyyah wa Al-Ifta' - 5. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000. ms 227.
خيرالأمين