SJ-03-0010: urut zakar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0010: urut zakar

assalamualaikum wrt wbt

betul ke nabi ajar kita urut zakar bila dah selesai kencing? ada diajar kaifiyatnya?

SJ-03-0010: urut zakar

:salam

Mengurut zakar setelah kencing mmg ada dalilnya. Namun semua hadis yg menunjukkan perbuatan/amalan ini adalah lemah. Kita lampirkan salah satu drpdnya:

Rasulullah saw bersabda, "Apabila salah seorang dari kamu selesai kencing, hendaklah ia mengurut zakarnya tiga kali."

Hadis ini dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam al-Mushnaf secara marfu'. Diriwayatkan juga dari jalan yg lain tetapi juga melalui Zam'ah yg mana dikeluarkan oleh Ibn Majah dan Ahmad dalam sunan mereka. Al-Albani dalam Silsilah ad-Dhaifah mengatakan hadis ini dhaif krn Zam'ah itu dhaif dan ayahnya juga tidak sah kesahabatannya. Ibn Hajar al-Asqallani memasukkan juga hadis ini yg diriwayatkan oleh Ibn Majah tetapi beliau mengatakan sanadnya lemah.

Maka dgn itu amalan ini(setakat pengkajian saya) tidak boleh disandarkan kpd Nabi saw krn dalilnya ada lemah. Namun, amalan ini boleh diteruskan jika dirasakan ianya berkesan. Asal saja jgn disandarkan kpd Rasulullah saw.

:wassalam