Assalamualaikum,
Ingin saya mendapat penjelasan disamping pengetahuan mengenai perkara solat berjemaah.....
masalah: Rukuk, Iftidal, Sujud, duduk antara 2 sujud dan berdiri ...
merupakan rukun dalam solat....
persoalan : sering berlaku apabila imam ialah dikalangan orang yang berumur atau pergerakan imam agak perlahan dalam solat....
dan menyebabkan makmum bergerak lebih cepat drp imam...
pohon penjelasan daripada us. status makmum dalam mengikuti
imam..atau macamana...ini juga sering berlaku kepada imam muda yang pergerakan dalam solatnya agak berhati-hati/perlahan menyebabkan makmum terlebih dahulu daripada imam..
pohon penerangan dan penjelasan atas kemuskilan ini..
terima kasih..wassalam
:?:
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba memjawab soalan sdr assb4558 dengan kadar kemampuan dan ilmu yang terhad, Insyaallah.
Didalam apa-apa scenario sekalipun, makmum hendaklah menurut perlakuan Imamnya. Didalam istilah fiqh disebut sebagai iqtida' (ÇáÇÞÊÏÇÁ). Iqtida' membawa maksud pengikutan pada perbuatan-perbuatan solat. Ini berdasarkan hadith :
Bertitik tolak hadith ini ulama mengatakan bahawa mendahului Imam pada rukun merupakan satu kesalahan yang besar. Dr Abdullah Al-Faqih mensifatkannya sebagai "tegahan yang dasyat" . Terdapat riwayat dari Abu Hurairah ra :-
Yang dikatakan wajb iqtida' (pengikutan) adalah pada perbuatan-perbuatan solat, dan bukan pada perkataan-perkataannya. Jika makmum serentak dengan Imam pada perkataan ia tidak menjejaskan apa-apa kecuali didalam Takbiratul Ihram. Menurut pandangan mazhab Syafie, makmum yang serentak dengan Imam pada Tabiratul Ihram solatnya dikira batal.
Mazhab Syafie menyatakan bahawa jika makmum mendahului Imam pada 2 rukun solat tanpa sebarang keuzuran, maka solatnya batal. Serentak memberi salam adalah makruh, akan tetapi mendahului Imam akan salam yang membatalkan solat. Maka menurut padangan yang benar, selain dari Takbiratul Ihram, ia tidak membatalkan solat jika makmum mendahului Imam pada satu rukun. Akan tetapi perbuatan ini merupakan perbuatan yang berdosa. Dr Abdullah Faqih mengatakan bahawa selama-mana makmum sedar akan perbuatan mendahului Imam pada 1 rukun, hendaklah ia memohon ampun dan bertaubat, dan solat tadi masih sah. Menurut Al-Hafiz Imam Al-Nawawi didalam Kitab al-Majmu' Sharh al-Muhazzab :-
Oleh itu menurut Dr Wahbah Al-Zuhaily, adalah haram hukumnya mendahului Imam dengan satu rukun yang lengkap, misalnya bangun dari ruku' sedangkan Imam masih didalam ruku'.
Didalam hal seperti ini, kita hendaklah betul-betul mengambil perhatian akan perbuatan iqtida' atau pengikutan perbuatan Imam. Mendahului Imam merupakan satu perbuatan yang buruk sehingga ia boleh membatalkan solat. Scenario yang dinyatakan oleh Imam Nawawi mengambarkan perbuatan mendahului Imam didalam satu rukun yang tidak lengkap, (contohnya makmum bangun dari rukuk lebih laju dari Imam, akan tetapi berdiri menunggu Imam bangun tidak dianggap membatalkan solat) boleh disesuaikan dengan situasi yang sdr nyatakan. Walaupun hukumnya berdosa dan tidak membatalkan solat (tidak lebih dari 1 rukun), akan tetapi menurut ulama' fadilat solat berjamaah itu tidak mungkin tercapai. WA..
wassalam
===============
Rujukan :-
1. Markas Fatwa Dr Abdullah Faqih. ÊÞÏã ÇáãÃãæã Úáì ÇáÅãÇã ÈÑßæÚ Ãæ ÛíÑå ãä ÇáÃÝÚÇá . url : http://www.islamweb.net/php/php_arabic/ShowFatwa.php?lang=A&Id=32257&Option=FatwaId
2. Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 2. cetakan ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989.
3. Syiekh Al-Syarbini. Mughni al-Muhtaaj - 1. Beirut : Dar Al-Fikr, 2001. ms 336.
خيرالأمين