SJ - 1891 : DAKWAT PRINTER & HUKUMNYA

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1891 : DAKWAT PRINTER & HUKUMNYA

Assalamualaikum w.b.t

Saya ingin bertanya mengenai dakwat inkjet printer yang biasa digunakan untuk refill.

Adakah ia dikira sebagai bahan yang menghalang air ketika bersuci. Kerap kali apabila menggunakannya, ia akan terkena tangan dan tidak keluar apabila dicuci.

Apa yang harus saya lakukan, adakah wudhuk dan mandi hadas saya sah jika kesan dakwat itu masih ada?

Harap penjelasan dari al-ahkam...

terima kasih

Re: SJ - 1891 : DAKWAT PRINTER & HUKUMNYA

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara dan berikut adalah jawapannya dengan taufiq dan hidayah daripada Allah Ta’ala :

Majoriti Ulama’ Fiqh telah memutuskan bahawa syarat-syarat sah wudhuk itu ialah :

1 – Air wudhuk yang suci itu hendaklah mengenai semua anggota-anggota tubuh yang wajib dikenakan air wudhuk . Hatta , kalau ada sebesar lubang jarum pun kawasan tersebut yang tidak dikenai air wudhuk , maka wudhuk itu dikira tidak sah.

2 - Menghilangkan apa-apa sahaja benda yang boleh menghalang air daripada sampai dan mengenai anggota-anggota wajib wudhuk. – seperti cat , lilin , lemak, dakwat yang dipastikan ianya sememangnya menghalang air wudhuk itu disebabkan ianya dibuat daripada jenis yang tidak telus air ( water resistant ) dan cat kuku wanita.

3 – Tiada perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhuk itu berlaku di masa seseorang itu sedang berwudhuk – contohnya berlakunya haidh , nifas dan air kencing .

4 – Bagi tayammum pula , hendaklah dilakukan setelah masuknya waktu solat. Dan perkara ini tidak diakui oleh ulama’ Fiqh Mazhab Hanafi.

Oleh itu , andainya saudara memang dapat memastikan bahawa dakwat printer itu ( dengan mengetahui kandungan dakwat tersebut ) – ataupun dapat dipastikan oleh pakar kimia (chemist) – ianya benar-benar boleh menyebabkan air sembahyang itu tidak mengenai anggota-anggota wajib wudhuk , maka hendaklah ianya dihilangkan terlebih dahulu – contohnya dengan menggunakan spirit dan seumpamanya.

Dan andainya masih ada kesan dakwat printer itu setelah diusahakan untuk menghilangkannya dengan bersungguh-sungguh ( tidaklah secara sambil-lewa sahaja ) maka tidaklah mengapa kerana kejadian seperti itu termasuk di dalam apa yang disebut oleh Istilah Syarak sebagai “ Umum Al-Balwa “ ( Úãæã ÇáÈáæì ) iaitu kesulitan yang dimaafkan oleh syarak . Dan Islam itu diturunkan untuk memudahkan umatnya , bukannya menyulitkan umatnya.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

AL-FIQH AL-ISLAMI WA ADILLATUH
Oleh : ‘Allamah Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily (h.a)
Jilid Pertama , Ms : 391 - 392 ~ Terbitan : Darul Fikr , Damsyiq .

RUJUK JUGA : SJ-1887 ( CELAK & DARAH ) JAWAPAN DRP AL-FADHIL UST. THTL

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

7/ Sya’aban / 1423 H
14/ September / 2002 M

Isnin – Bandaraya Kaherah