Assalamu'alaykum
bagaimanakah kaifiyah utk menentukan waktu solat 'isya' di tempat2 yg tiada waktu isya' spt di Edinburgh, Aberdeen dan Belfast. Tiada waktu Isyak selama ± sebulan.(cahaya mega merah sentiasa wujud dari maghrib hingga Subuh.)
saya ada menghadiri ceramah oleh bekas imam besar masjid Belfast, beliau menyatakan pendapat ulama' tentang perkara ini ada 5:
1. menggunakan jadual waktu terakhir isya' di tempat tersebut.(semasa wujudnya waktu isya')
2. gunakan jadual waktu isya' di kawasan yg terdekat dgn tenpat itu.(yg ada waktu isya')
3. menggunakan kalendar makkah. (waktu solat diselaraskan mengikut waktu solat di makkah)
4. menjamakkan solat maghrib dan isya'
5. solat isya' sebaik selepas solat maghrib (tanpa niat jamak) di akhir waktu.
menurut ustaz tersebut, ulama' di sana cenderung untuk menerima pendapat ke 4 dan 5.
tetapi, apabila saya menghadiri ceramah yg diberikan oleh pegawai falak syarie dr jab mufti selangor, beliau cenderung utk menerima pakai pendapat 1 dan 2 (berdasarkan kaedah falak).
saya agak keliru, pendapat mana yg lebih awla utk digunakan. diharapkan agar ustaz dpt membantu memandangkan permasalahn ini mungkin penting bagi sesiapa yg akan bermusafir@bermukim@bermastautin ke sana.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah, Kami akan cuba menjawab soalan sdr Ibnatul_Khazini dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Didalam keadaan menentukan waktu solat khususnya di Utara Britain, didapati ulama' disana lebih cenderung menggunakan keadaan 4 dan 5. Misalnya :-
1. Musim sejuk - mereka akan menggunakan kaedah 5, iaitu melewatkan waktu Zohor dan menunggu masuk waktu Asar dan bersolat kembali.
2. Musim panas - mereka akan Jama' Taqdim bagi solat Maghrib dan Isya'.
Kebenaran melakukan Jama' disebabkan umat Islam dikawasan tersebut menghadapi kesukaran (masyaqqah), kerana pada asalnya Solat 5 waktu itu hendaklah dilakukan pada waktunya. Contohnya pada musim panas (waktu siang yang panjang), seseorang itu dikehendaki berjaga sehingga tengah malam bagi menunggu waktu Isya', ataupun pada musim sejuk (waktu siang yang pendek), agak sukar sekali bagai mereka yang bekerja atau bersekolah melakukan Solat Zohor dan Asar secara bersaingan kerana jarak waktu diantara 2 solat ini berdekatan.
Menurut Pengerusi Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah, Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, solat jama' boleh dilakukan pada kedua musim, yakni musim sejuk (winter) dan musim panas(summer). Menurut beliau didalam penulisannya di Fatawa Mu'asyirah Jilid 3 dan buku Fiqh al-Aqaliyyaat al-Muslimah ms 79:-
Èá íÌæÒ ÇáÌãÚ Ýí Êáß ÇáÈáÇÏ Ýí ÝÕá ÇáÔÊÇÁ ÃíÖÇ¡ áÞÕÑ ÇáäåÇÑ ÌÏÇ¡ æÕÚæÈÉ ÃÏÇÁ ßá ÕáÇÉ Ýí æÞÊåÇ ááÚÇãáíä Ýí ãÄÓÓÇÊåã¡ ÅáÇ ÈãÔÞÉ æÍÑÌ¡ æåæ ãÑÝæÚ Úä ÇáÃãÉ.
Bahkan mereka dibenarkan menjama'kan solat pada musim sejuk juga, oleh kerana siangnya pendek, dan sukar bagi menunaikan solat pada waktunya bagi yang bekerja di organisasi, melainkan dengan kesukaran dan kesulitan, dan telah dihilangkan kesukaran keatas Umat ini "
Berikut adalah fatwa Majlis Penyelidikan dan fatwa Eropah mengenai kebenaran menjama'kan solat :-
ßãÇ íÌæÒ ÇáÌãÚ Ýí Êáß ÇáÈáÇÏ Ýí ÝÕá ÇáÔÊÇÁ ÃíÖÇð Èíä ÇáÙåÑ æÇáÚÕÑ áÞÕÑ ÇáäåÇÑ æÕÚæÈÉ ÃÏÇÁ ßá ÕáÇÉ Ýí æÞÊåÇ ááÚÇãáíä Ýí ãÄÓÓÇÊåã ÅáÇ ÈãÔÞÉ æÍÑÌ. æíäÈå ÇáãÌáÓ Úáì Ãä áÇ íáÌà ÇáãÓáã Åáì ÇáÌãÚ ãä ÛíÑ ÍÇÌÉ¡ æÚáì Ãä áÇ íÊÎÐå áå ÚÇÏÉ. (ÇäÊåì).
Sebagaimana juga dibenarkan menjama' dinegara tersebut didalam musim sejuk, diantara Zohor dan Asar bagi waktu siang yang pendek dan kesukaran menunaikan setiap solat pada waktu2nya kepada para pekerja di organisasi masing2 melainkan dengan kesukaran dan kesulitan. Majlis mengumumkan bahawa tidaklah seseorang itu melakukan Jama' tanpa hajat, dan tidak mengambil kaedah/ruhsah ini sebagai tabiat (habitual)" -[tamat petikan]
Demikianlah sebagaimana yang telah di fatwakan. :aklam,
wassalam
Rujukan :
==============
1. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Aqaliyyaat al-Muslimah. cet. pertama. Kaherah : Daar al-Syurooq. 2001. ms 79.
2. European Council for Fatwa dan Research (ÇáãÌáÓ ÇáÃæÑÈí ááÈÍæË æÇáÅÝÊÇÁ).
ÇáÌãÚ Èíä ÇáÕáæÇÊ Ýí ÃæÑÈÇ. URL : http://www.e-cfr.org/article.php?sid=50
خيرالأمين