assalamualaikum,
minta pandangan panel.dlm aqidah dilarang taqleed iaitu ikut tanpa dalil menetahui dalil syarak. bagaimana org yg jahil adakah perlu hafal semua dalil2 ttg aqidah?cth hafal setiap dalil alquran ttg sifat Allah.mcm mana org yg tak tahu baca alquran?saya sgt confius.harap penjelasan panel dan perincian makna taqleed itu sendiri.wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-01-0053 : taqleed `aqidah
Primary tabs
Mon, 16/05/2005 - 3:03pm
#1
SJ-01-0053 : taqleed `aqidah
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr muawiyah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Larangan Taqleed (ÇáÊÞáíÏ) ialah menisbahkan seseorang yang mengikut sahaja tunjuk ajar seseorang walaupun sumber ambilan seseorang itu tidak benar. Lihat sahaja amaran-amaran yang Allah nyatakan didalam al-Quran; Kaum2 yang diseksa akan mengatakan bahawa mereka hanya mengikuti apa yang dilakukan oleh bapa-bapa mereka yang terdahulu. Firman Allah swt :-
ÊóßóÇÏõ ÊóãóíøóÒõ ãöäó ÇáúÛóíúÙö ßõáøóãóÇ ÃõáúÞöíó ÝöíåóÇ ÝóæúÌñ ÓóÃóáóåõãú ÎóÒóäóÊõåóÇ Ãóáóãú íóÃúÊößõãú äóÐöíÑñ * ÞóÇáõæÇ Èóáóì ÞóÏú ÌóÇÁóäóÇ äóÐöíÑñ ÝóßóÐøóÈúäóÇ æóÞõáúäóÇ ãóÇ äóÒøóáó Çááøóåõ ãöäú ÔóíúÁò Åöäú ÃóäúÊõãú ÅöáøóÇ Ýöí ÖóáóÇáò ßóÈöíÑò *
"Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga Neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?
Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!" [al-Mulk : 8-9]
Inilah dimaksudkan sebagai Taqleed; iaitu mengikut sahaja ajaran yang tidak nyata kesahihannya. Contohnya : seseorang yang mengajar kaedah ibadat yang dikata diambil dari mazhab Syafie, sedangkan Mazhab Syafie sendiri tidak mengajar kaifiat yang sedemikian.
Akan tetapi, bagi mereka yang belajar dari guru yang benar; contohnya seseorang yang mempelajari mengenai sesuatu ibadat menurut pandangan mazhab Hanbali, yang diyakini benar akan kesahihan sumber guru tersebut; ini dikatakan sebagai ittibaa' (ÇÊÈÇÚ), ia itu mempelajari sesuatu ilmu yang diambil dari sumber al-Quran dan Hadith Nabi :saw.
Tidak semestinya mereka yang mempelajari ilmu tersebut hafal akan nas-nas yang diberikan. Yang penting ialah sumber ilmu yang diterima itu sahih, dan tidak diragukan. Sebab setiap orang itu diberi keupayaan yang berlainan diantara satu sama lain. Lainlah kalau dia sendiri ingin menjadi pengajar; maka keutamaan harus diberikan untuk menghafal nas-nas tersebut.
Syeikh Ibn Taimiyyah rh. berkata :
ÞÏ Ðã Çááå ÊÚÇáì Ýí ÇáÞÑÂä ãä ÚÏá Úä ÇÊÈÇÚ ÇáÑÓá Åáì ãÇ äÔà Úáíå ãä Ïíä ÂÈÇÆå æåÐÇ åæ ÇáÊÞáíÏ ÇáÐí ÍÑãå Çááå æÑÓæáå æåæ : Ãä íÊÈÚ ÛíÑ ÇáÑÓæá ÝíãÇ ÎÇáÝ Ýíå ÇáÑÓæá ¡ æåÐÇ ÍÑÇã ÈÇÊÝÇÞ ÇáãÓáãíä Úáì ßá ÃÍÏ ; ÝÅäå áÇ ØÇÚÉ áãÎáæÞ Ýí ãÚÕíÉ ÇáÎÇáÞ , æÇáÑÓæá ØÇÚÊå ÝÑÖ Úáì ßá ÃÍÏ ãä ÇáÎÇÕÉ æÇáÚÇãÉ Ýí ßá æÞÊ æßá ãßÇä ; Ýí ÓÑå æÚáÇäíÊå æÝí ÌãíÚ ÃÍæÇáå . . . . æÞÏ ÃæÌÈ Çááå ØÇÚÉ ÇáÑÓæá Úáì ÌãíÚ ÇáäÇÓ Ýí ÞÑíÈ ãä ÃÑÈÚíä ãæÖÚÇ ãä ÇáÞÑÂä .
æÊÞáíÏ ÇáÚÇÌÒ Úä ÇáÇÓÊÏáÇá ááÚÇáã íÌæÒ ÚäÏ ÇáÌãåæÑ . . . æÇáÊÞáíÏ ÇáãÍÑã ÈÇáäÕ æÇáÅÌãÇÚ : Ãä íÚÇÑÖ Þæá Çááå æÑÓæáå ÈãÇ íÎÇáÝ Ðáß ßÇÆäÇ ãä ßÇä ÇáãÎÇáÝ áÐáß
"Didalam al-Quran Allah mengutuk mereka yang berpaling dari mengikuti (ittiba') ajaran Rasul aka tetapi mengikuti agama yang dicipta oleh bapa-bapa mereka. Ini merupakan Taqleed yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya : iaitu seperti mengikut seseorang selain dari Rasul didalam sesuatu perkara yang bertentangan dengan Rasul. Ini adalah HARAM kepada semua orang menurut sepakat orang Islam, kerana sesungguhnya Tidak ada keta'atan kepada makhluk didalam bermaksiat kepada Tuhannya. Ketaatan kepada Rasulnya adalah wajib bagi setiap orang, samada golongan khas (elit) atau umum, pada setiap masa dan tempat, dalam atau luar, dan didalam setiap keadaan...... Allah mewajibkan taat kepada Rasul keatas semua manusia, hampir 40 tempat didalam al-Quran.
Taqleed dibenarkan kepada sesiapa yang tidak berupaya mengambil dari ulama', menurut padangan jumhur ulanma'..... dan Taqleed yang haram menurut ijmaa' adalah : sesuatu yang bertentangan dengan kalam Allah dan Rasulnya" [Majmuu’ al-Fataawa, 19/260-266]
Untuk lebih jelas lagi, sila baca SoalJawab dibawah ini :-
1. SJ-01-0037 : bertaklid pada mazhab........haramkah ia..?
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=34228
2. SJ-01-0029 : Berubahnya mazhab di dalam kalbu...ewah!
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=27496
Sekian, wassalam
خيرالأمين