SJ-13-0103 : Soalan: Status Hadis Bercakap Semasa Azan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0103 : Soalan: Status Hadis Bercakap Semasa Azan

Ana ingin bertanya tentang status hadis ini..

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Adakah betul ini hadis dari Nabi atau hadis maudhu'...?

Dan kalau dibolehkan bercakap semasa azan, adakah percakapan itu hanya untuk menjawab azan ataupun boleh bercakap berkaitan perkara lain ?

Re: Soalan: Status Hadis Bercakap Semasa Azan

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr squid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Setelah merujuk kepada beberapa buku hadith, termasuklah al-Silsilah al-Dha'efah himpunan Syiekh Nasyiruddin al-Albani, saya masih tidak berjumpa dengan status hadith diatas. Walaubagaimanapun, saudara boleh melihat perbincangan didalam al-ahkam berkenaan tanggapan masyarakat bahawa tidak dibenarkan bercakap langsung ketika azan didalam SoalJawab dibawah ini :-

SJ - 3011: [Z] azan
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=19117&highlight=3011

Selain dari isu diatas, Isu bercakap didalam azan yang disentuh oleh para fuqaha' adalah muazzin tidak disukai bercakap sebelum selesai melaungkan azan. Menurut Dr Abdullah al-Faqih bahawa sebahagian ulama' membenarkan bercakap2 dengan muazzin yang sedang melaungkan azan, dan membataskan percakapan tersebut kepada perkara2 yang diperlukan sahaja dan dikalangan mereka yang membencinya secara mutlak. Imam al-Syafie rh. didalam Kitab al-Umm menyebut :

æáÇ ÃÍÈ ÇáßáÇã Ýí ÇáÃÐÇä ÈãÇ áíÓÊ Ýíå ãäÝÚÉ ááäÇÓ æÅä Êßáã áã íÚÏ ÃÐÇäÇð.
"Aku tidak menyukai berkata2 didalam azan dimana ia tidak munafaatkan kepada manusia, dan jika bercakap tidak mengembalikan azan"

Didalam kenyataan yang lain, Imam al-Syafie rh menyukai muazzin hanya bercakap selepas selesai melaungkan azan.
-----------

Menyentuh berkenaan dengan tugas makmum ketika azan dilaungkan ada adalah menjawab lafaz2 azan tersebut, dan ini merupakan sunnah Nabi saw sebagai hadith sahih riwayat Abu Sa'id al-Khudri ra. bahawa Nabi saw bersabda :-

ÅÐÇ ÓãÚÊã ÇáäÏÇÁ ÝÞæáæÇ ãËá ãÇ íÞæá ÇáãÄÐä
"Apabila kamu mendengar azan, maka jawablah sebagaimana yang diperkatakan oleh muazzin" [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Bekas Mufti Besar Arab Saudi pernah ditanya mengenai mana yang lebih afdal; membaca al-Quran atau menjawab azan, beliau mengatakan :-

æáÃä ÅÌÇÈÉ ÇáãÄÐä ÓäÉ ÊÝæÊ ÅÐÇ ÇÓÊãÑ Ýí ÇáÞÑÇÁÉ ¡ æÇáÞÑÇÁÉ áÇ ÊÝæÊ ¡ æÞÊåÇ æÇÓÚ . .
"Kerana sesungguhnya sunnah menjawab muazzin akan tertinggal jika seseorang itu meneruskan membaca al-Quran, sunnah membaca al-Quran tidak akan tertinggal, kerana waktu membaca itu luas." [Soalan : 162, Majmu' Fataawa Sheikh ibn Baaz, 4/178].

Kesimpulannya, tidaklah dilarang berkata2 semasa muazzin melaungkan azan, akan tetapi adalah menjadi sunnah menjawab azan apabila mendengarnya dilaungkan. Malahan ada dikalangan ulama' yang mensyaratkan perbicaraan yang dilakukan pada waktu tersebut hendaklah berkisar perkara berkenaan solat semata2. WA.

wassalam
==============
Rujukan :

1. Markas Fatwa Dr Abdullah al-Faqih. Íßã ÇáÊÍÏË ãÚ ÇáãÄÐä ÃËäÇÁ ÇáÃÐÇä. URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=50386&Option=FatwaId

2. Maj'mu' Fataawa samaahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Baaz - 4. susunan Dr Abdullah bin Muhammad Ahmad al-Thayaar [dan] Syiekh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Riyad : Daar al-Watan, 1999.

خيرالأمين