Assalaamualaikum waramatullahi wabarakaatuh kepada ahli panel sekalian dan semua yang membaca.
Bismillaahirrahmaanirrahiim..
Terlebih dahulu terima kasih kpd ahli panel di atas jasa yang telah anda curahkan,semoga diberkati Allah sentiasa,insyaAllah
Soalan saya:
Apakah definisi silaturrahim?
Antara siapakah silaturrahim itu wujud?
Apakah dia "memutuskan silaturrahim"?
Perbuatan bagaimanakah yang dikategorikan sebagai memutuskan silaturrahim?
Apakah hukum memutuskan silaturrahim?
Apakah pula hukumnya jika terpaksa memutuskan silaturrahim kerana takut akan murka Allah?
Contohnya jika seorang lelaki(A) itu memutuskan persahabatan dengan rakan lelakinya(B) kerana rakannya itu(B) pernah memberitahunya bahawa dia(B) seorang yang "meminati kaum sejenis" dan sebenarnya rakannya itu(B) mempunyai perasaan terhadapnya malah pernah membayangkan perkara yang tidak baik ketika berada di sampingnya sedangkan lelaki(A) itu ikhlas berkawan dengannya(B) dan takut akan murka dan azab Allah?Lelaki(A) pernah menasihati (B) namun dia(A) khuatir jika dia berterusan berkawan dengan (B),dia takut akan menanggung dosa kerana (B) selalu berkhayal perkara yang tidak patut tentangnya.
Apakah cara terbaik yang patut diambil oleh lelaki(A) itu?Adakah memutuskan sahaja silaturrahim dengan rakannya(B) itu?Atau andai kata memutuskan silaturrahim itu adalah berdosa,maka adakah dia(A) dikira masih berdosa jika tidak menghubungi rakannya itu seperti dulu,tapi berusaha untuk mengekalkan silaturrahim dengan cara mengirimkan hadiah semasa hari jadinya kerana sabda Rasulullah s.a.w: " Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan " (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Apakah hukumnya menuduh seseorang memutuskan silaturrahim?
Saya amat berharap agar ahli panel al-ahkam.net dapat menghuraikan kerumitan ini dengan izin Allah dan saya dahulukan dengan ucapan syukran ::D
:wassalam
alJawab: (diringkas kerana membersihkan bank soalan)
a. Definasi silaturrahim = berbuat baik kepada kaum kerabat yang memiliki ikatan nasab (ibn Athir)
b. antara siapa silaturahim ujud = antara kaum kerabat yg ada ikatan nasab (keturunan)
c. memutuskan silaturrahim = tidak mengindahkan kaum keluarga hatta berkirim salam sekalipun, ini kerana memutuskan silaturrahim bermakna lawan kepada menyambung silaturrahim.
d. perbuatan yg tergolong dalam memutuskan silaturrahim = tidak berbelanja atas mereka, tidak memberi sedeqah, mengutamakan orang bukan kerabat ke atas mereka, tidak mendamaikan mereka, tidak menghubungi mereka, dsbnya (syaikh atiyah saqr, mausu'ah usrah, jld 5)
e. hukum memutuskan silaturrahim = ianya haram, dilaknat dan dihukum neraka. walaupun tiada hukum di dunia, ia diancam dengan keras di akhirat. Dalil : AQ 13:25
f. kes A dan B bukanlah silaturrahim melainkan bab persahabatan pulak. Jika B menyatakan perasaan gay atau homoseksual kepada A, maka menjauhi si B bukanlah memutuskan silaturrahim, tapi menjaga diri dari maksiat. Tidak boleh sama sekali melayan perasaan kaum Lut.
g. menuduh seseorang memutuskan silaturrahim adalah fitnah jika tiada bukti; pembuat dusta dan pemfitnah, anda pun tahu akan dosanya..
sekian