Bolehkah ditulis perkataan seperti "Semoga dicucuri rahmat keatas rohnya", "Al-Fatihah" dan "Sentiasa diingati oleh anak2"(nama2 ditulis) yang biasa dilihat didinding kubur ditanah perkuburan orang2 Islam masa kini.
Soalan saya ialah: Bukan kah "membuat tulisan2" didinding kubur merupakan diantara larangan2 yg berkaitan dengan kubur atau ini dibolehkan sekadar perkataan biasa seperti diatas? Diharap boleh kiranya Ustaz jelaskan perkara sebenar tentang perkara diatas kerana kini saya sedang dalam proses memperbaikki kuburan ayah saya.
Wassalam.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-07-0019 : Kubur
Primary tabs
Wed, 15/06/2005 - 11:34am
#1
SJ-07-0019 : Kubur
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr abdaziz dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Larangan menulis diatas kubur telah dinyatakan didalam hadith Jabir ra :
Menurut bekas Pengerusi Fatwa al-Azhar, Syeikh Atiyah Saqr,
Berikut adalah beberapa pandangan ulama' berkenaan dengan menulis diatas kubur yang disimpulkan oleh Sayid Sabiq rh.:-
- Mazhab Hanbali : larangan menulis, tidak disukai samada al-Quran atau nama mayat. Dipersetujui oleh Syafie akan tetapi berkata : Jika ia merupakan kubur ulama' atau orang Soleh, maka meletakkan namanya diperbolehkan agar dapat dikenali.
- Pandangan Maliki : Menulis al-Quran adalah haram, dan jika ia menjelaskan nama atau tarikh kematian maka ia adalah makruh.
- Berkata Hanafi : sesungguh Makruh Tahrim menulis diatas kubur melainkan jika kesan (tanda)nya hilang maka tidaklah makruh
- Ibn Hazm : Jika diukir namanya diatas batu, maka tidaklah makruh.
Berkata al-hafiz al-Imam al-Nawawi rh didalam Sharh al-Muhazzab :
Syiekh Nasyiruddin al-Albani rh menyatakan bahawa jelas nas diatas menunjukkan tentang pengharaman menulis diatas kubur. Namum demikian beberapa ulama' menjelaskan bahawa kebenaran diberikan agar dapat dibezakan diantara satu kubur dengan kubur yang lain. Nas ini diambil dari hadith Uthman Maz'un, dimana Nabi :saw telah :-
Islam Online didalam memberi komentar terhadap fatwa Syiekh Atiyah Saqr menyebut :-
Dr Abdullah Faqih juga menyimpulkan :
Kesimpulannya, jelas menunjukkan amaran Nabi :saw keatas menulis2 diatas kubur. Kebenaran mengukir diatas batu atau kayu adalah semata2 tanda pengenalan bagi kubur tersebut. Menurut al-Albani, kebenaran tersebut bukanlah alasan yang membenarkan menulis apa2 diatas kubur. Objektif menulis adalah sebagai membezakan kubur tersebut, dengan kata lain mencukupi hanya mengukir nama dan tarikh kematiannya sahaja. :aklam
Sila baca jawapan arkib :
SJ - 2846 : Batu Nesan
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=16797
wassalam
=========
Rujukan :
1. Sheikh Attiyyah Saqr .áßÊÇÈÉ Úáì ÇáÞÈÑ URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=37661
2. Shiekh Sayed Sabiq. Íßã ßÊÇÈÉ ÇÓã ÇáãíÊ Úáì ÇáÞÈÑ. URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=7965
3. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Ahkam Al-Janaaiz wa bida'uhaa. cetakan baru. Riyad : Maktabah Al-Ma'arif, 1992.
4. Markas Fatwa dibawah penyeliaan Dr Abdullah al-Faqih. åá ßÊÇÈÉ ÇÓã ÇáÃÓÑÉ Úáì ÇáãÞÇÈÑ ÌÇÆÒ Ãã áÇ ¿ URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=45649&Option=FatwaId
خيرالأمين