SJ-07-0019 : Kubur

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0019 : Kubur

Bolehkah ditulis perkataan seperti "Semoga dicucuri rahmat keatas rohnya", "Al-Fatihah" dan "Sentiasa diingati oleh anak2"(nama2 ditulis) yang biasa dilihat didinding kubur ditanah perkuburan orang2 Islam masa kini.
Soalan saya ialah: Bukan kah "membuat tulisan2" didinding kubur merupakan diantara larangan2 yg berkaitan dengan kubur atau ini dibolehkan sekadar perkataan biasa seperti diatas? Diharap boleh kiranya Ustaz jelaskan perkara sebenar tentang perkara diatas kerana kini saya sedang dalam proses memperbaikki kuburan ayah saya.
Wassalam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-07-0019 : Kubur

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr abdaziz dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Larangan menulis diatas kubur telah dinyatakan didalam hadith Jabir ra :

" äåì ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãä íõÌóÕøÕó ÇáÞÈÑ æÃä íõÞúÚóÏ Úáíå æÃä íÈäì Úáíå " ÑæÇå ãÓáã ( ÇáÌäÇÆÒ/1610) æÚäÏ ÃÈí ÏÇæÏ : " äåì Ãä ÊÌÕÕ ÇáÞÈæÑ æÃä íßÊÈ ÚáíåÇ æÃä áÇ ÊæØà " (ÇáÌäÇÆÒ/3226) æÕÍÍå ÇáÃáÈÇäí Ýí ÕÍíÍ Óää ÃÈí ÏÇæÏ/ 2763
"Nabi :saw melarang kita menampal (plaster) kubur, duduk diatasnya dan membina apa-apa diatasnya" (Riwayat Muslim al-Janaa’iz, 1610). Menurut Abu Daud, "Baginda melarang kami menampal kubur (plaster), menulis diatasnya atau memijaknya." - (al-Janaa’iz, 3226. dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Albani didalam Sahih Sunan Abi Daud, 2763).

Menurut bekas Pengerusi Fatwa al-Azhar, Syeikh Atiyah Saqr,

ÇáÙÇåÑ ãä åÐÇ ÇáÍÏíË Çáäåì Úä ÇáßÊÇÈÉ Úáì ÇáÞÈæÑ.þ Ïæä ÊÝÑÞÉ Èíä ßÊÇÈÉ ÇÓã ÇáãíÊ æßÊÇÈÉ ÛíÑå .þÞÇá ÇáÍÇßã :þ ãÚ ÕÍÉ ÇáÍÏíË ÝÇáÚãá áíÓ Úáíå ¡ ÝÅä ÃÆãÉ ÇáãÓáãíä ãä ÇáÔÑÞ æÇáÛÑÈ íßÊÈæä Úáì ÞÈæÑåã ¡ æåæ ÔìÁ ÃÎÐå ÇáÎáÝ Úä ÇáÓáÝ .þ áßä ÇáÐåÈì ÞÇá :þ Åä åÐÇ ÔìÁ ãÍÏË æáã íÈáÛåã Çáäåì .
"jelas hadith ini merupakan larangan mengenai menulis diatas kubur, tanpa membezakan antara menulis Nama mayat atau menulis selain darinya. al-Hakim berkata : hadith ini tidaklah difahami sebagaimana amalannya, kerana sesunguhnya Imam2 orang Islam dari timur dan barat ditulis atas kubur mereka, inilh perkara yang diambil oleh ulama' Khalaf dari salaf. Akan tetapi al-Dzhabi berkata : Jika ini merupakan sesuatu yang mulia maka dia tidak akan menyampaikan kepada mereka larangan tersebut"

Berikut adalah beberapa pandangan ulama' berkenaan dengan menulis diatas kubur yang disimpulkan oleh Sayid Sabiq rh.:-

- Mazhab Hanbali : larangan menulis, tidak disukai samada al-Quran atau nama mayat. Dipersetujui oleh Syafie akan tetapi berkata : Jika ia merupakan kubur ulama' atau orang Soleh, maka meletakkan namanya diperbolehkan agar dapat dikenali.

- Pandangan Maliki : Menulis al-Quran adalah haram, dan jika ia menjelaskan nama atau tarikh kematian maka ia adalah makruh.

- Berkata Hanafi : sesungguh Makruh Tahrim menulis diatas kubur melainkan jika kesan (tanda)nya hilang maka tidaklah makruh

- Ibn Hazm : Jika diukir namanya diatas batu, maka tidaklah makruh.

Berkata al-hafiz al-Imam al-Nawawi rh didalam Sharh al-Muhazzab :

ÞÇá ÇáÔÇÝÚí æÇáÃÕÍÇÈ: íßÑå Ãä íÌÕÕ ÇáÞÈÑ æÃä íßÊÈ Úáíå ÇÓã ÕÇÍÈå Ãæ ÛíÑ Ðáß¡ æÃä íÈäì Úáíå¡ æåÐÇ áÇ ÎáÇÝ Ýíå ÚäÏäÇ¡ æÈå ÞÇá ãÇáß æÃÍãÏ æÏÇæÏ æÌãÇåíÑ ÇáÚáãÇÁ¡ æÞÇá ÃÈæ ÍäíÝÉ: áÇ íßÑå¡ ÏáíáäÇ ÇáÍÏíË ÇáÓÇÈÞ
"Al-Syafie dan rakan2 berkata : (makruh) dibenci mengkhusus menulis Nama empunya (kubur) atau selainnya, dan dibina diatasnya, dan ini tidak ada khilaf (perselisihan) mengenainya dari kami, Malik, Daud dan umum ulama', dan berkata Abu Hanifa : Tidak makruh (dibenci), dalilnya seperti hadith yang lalu* (hadith Uthman Maz'un seperti dibawah)"

Syiekh Nasyiruddin al-Albani rh menyatakan bahawa jelas nas diatas menunjukkan tentang pengharaman menulis diatas kubur. Namum demikian beberapa ulama' menjelaskan bahawa kebenaran diberikan agar dapat dibezakan diantara satu kubur dengan kubur yang lain. Nas ini diambil dari hadith Uthman Maz'un, dimana Nabi :saw telah :-

Íãá ÍÌÑÇ¡ ÝæÖÚåÇ ÚäÏ ÑÃÓ ÚËãÇä ãÙÚæä¡ æÞÇá : ÃÊÚáøóã ÈåÇ ÞÈÑ ÃÎì¡ æÃÏÝä Åáíå ãä ãÇÊ ãä Ãåáì
"Meletakkan batu disisi kepala Uthman Maz'un, dan Nabi :saw bersabda : 'Tahukah kau akan kubur saudaraku, agar dikebumikan orang mati dari kalangan keluargaku" [Hadith riwayat Abu Daud (2/69) dan al-Baihaqi(3/412) dengan sanad hasan]

Islam Online didalam memberi komentar terhadap fatwa Syiekh Atiyah Saqr menyebut :-

æÃãÇ ßÊÇÈÉ ãÇ íÏá Úáì ØáÈ ÞÑÇÁÊåÇ ãä ÇáÒÇÆÑ ááÞÈÑ ¡ Ãæ ßÊÇÈÉ ÇÓã ÇáãíÊ áíÚÑÝ ãßÇäå æäÍæ Ðáß ÝáÇ ÈÃÓ Èå .
"Bagi bab tulisan yang memberi arah tuju (direction) kepada seseorang pelawat ketika menziarahi kubur atau nama mayat ditulis agar mereka tahu akan tempatnya dan jenis yang seperti itu maka tidaklah menjadi masalah dengannya"

Dr Abdullah Faqih juga menyimpulkan :

æÃãÇ ÊÚáíã ÇáÞÈÑ ÈÚáÇãÉ ãä ÍÌÑ Ãæ ÎÔÈ Ãæ äÍæåãÇ¡ ÝÌÇÆÒ ÚäÏ ÇáÌãåæÑ æãÓÊÍÈ ÚäÏ ÇáÔÇÝÚíÉ
"Bagi menandakan kubur diatas batu atau kayu atau sejenisnya, maka diperbolehkan oleh jumhur, dan mustahab dikalangan Syafie"

Kesimpulannya, jelas menunjukkan amaran Nabi :saw keatas menulis2 diatas kubur. Kebenaran mengukir diatas batu atau kayu adalah semata2 tanda pengenalan bagi kubur tersebut. Menurut al-Albani, kebenaran tersebut bukanlah alasan yang membenarkan menulis apa2 diatas kubur. Objektif menulis adalah sebagai membezakan kubur tersebut, dengan kata lain mencukupi hanya mengukir nama dan tarikh kematiannya sahaja. :aklam

Sila baca jawapan arkib :

SJ - 2846 : Batu Nesan
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=16797

wassalam
=========
Rujukan :

1. Sheikh Attiyyah Saqr .áßÊÇÈÉ Úáì ÇáÞÈÑ URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=37661

2. Shiekh Sayed Sabiq. Íßã ßÊÇÈÉ ÇÓã ÇáãíÊ Úáì ÇáÞÈÑ. URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=7965

3. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Ahkam Al-Janaaiz wa bida'uhaa. cetakan baru. Riyad : Maktabah Al-Ma'arif, 1992.

4. Markas Fatwa dibawah penyeliaan Dr Abdullah al-Faqih. åá ßÊÇÈÉ ÇÓã ÇáÃÓÑÉ Úáì ÇáãÞÇÈÑ ÌÇÆÒ Ãã áÇ ¿ URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=45649&Option=FatwaId

خيرالأمين