SJ-12-0079 : Pertunangan dalam Islam..

Primary tabs

6 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0079 : Pertunangan dalam Islam..

:salam
Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan.ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing2 dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing2 ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.

Walaubagaimanapun disana terdapat batas2 terhadap perhubungan ini,yg dikatakan sebagai adab2 bertunang(ianya melibatkan kedua-dua belah pihak samada lelaki atau perempuan)

soalan ana:
-apakah adab2 bertunang dalam islam?
-Berapa lamakah tempoh pertunangan yg digalakkan oleh Islam?
-Apakah keperluan-keperluan yang dibenarkan bagi pasangan yang telah bertunang utk berhubungan kerana disegi islam hubungan mereka masih lagi mahram yang ditegah agama utk bergaul bebas..

ana sangat berharap mendapat penjelasan berdasarkan hukum syariat kerana dewasa ini dgn kemudahan internet membawa kepada perhubungan yg bebas sehingga pasangan yang telah bertunang tidak segan silu membicarakan perkara2 yang masih terbatas antara mereka.
atas penjelasan yang arif....jazakumullah khairan kathiran.. Syukran..
:wassalam

Re: Pertunangan dalam Islam..

:wassalam

ÇáÌæÇÈ

Muqaddimah: Permintaan anda ini dinamakan permintaan satu tajuk Fiqih yang besar. Maka kami akan perturunkan dalam bentuk siri, mungkin dalam 10-20 siri (itupun bergantung kepada masa yang ada) permintaan jenis ini jarang kita kabulkan kerana kami suka dalam soal-jawab era cyber (fiqh cyber), soalan hendaklah pendek dan spesifik sahaja. Manakala soalan berbentuk fiqih yg besar sepatutnya anda sendiri kena buat homework dan baca terlebih dulu dan jika ada kesulitan memahami hendaklah bertanyakan kpd kami.

Ini kerana kami dapati dalam pasaran buku di Malaysia, kitab2 mengenai perkahwinan adalah tajuk2 yg paling banyak. Ini kerana ia memenuhi permintaan kepada calon2 muda-mudi sebelum mereka mengikuti kursus2 perkahwinan.

FIQH KHITBAH (Fiqih Pertunangan)

Siri 1: Takrifan dan Konsep Meminang (Khitbah)

Meminang bukan bid'ah agama melainkan ia disebut dalam nas. Dalilnya:

1. AQ 2:235 (tidak ada dosa kamu MEMINANG wanita2 itu dgn sindiran)

2. alHadith
(sesungguhnyadi antara keberkatan seorang wanita ialah kemudahan dalam meminangnya) HR Ahmad, dihasankan oleh al-Albani dalam Sahih alJami'/2231

Dari dalil ini, maka anda telah memulakan muqaddimah soalan anda dengan cantik sekali. Bahawa adat meminang perempuan dalam budaya Melayu itu sebenarnya bukanlah suatu yang baru, melainkan ada dasarnya dalam AQ dan Sunnah.

Hikmah khitbah:

1/ membuka jalan perkenalan antara yg meminang dgn yang dipinang utk perkenalan

2/ menumbuhkan bibit cinta kerana perkahwinan hendaklah diasaskan kepada cinta antara satu sama lain

3/ mengujudkan kestabilan jiwa dan emosi pasangan yg bertunang kerana bebas dari gangguan dari pria dan perempuan yg lain. mereka boleh fokus kepada pertunangan itu utk mengenali hatibudi masing2.

(Dr Su'ad Ibrahim Salleh, Cairo, Dar alDiyaa', ms 49-50)

.........>>>//2

Re: Pertunangan dalam Islam..

Fiqh Khitbah (siri 2): Cara meminang

1. Lelaki mengajukan pinangan kepada keluarganya. Ini adalah cara yg paling populer dan lazim dan mengikut adat resam kaum.

Cth: Nabi SAW meminang Aisyah kepada bapa Aisyah(Abu Bakar RA)

ketika Nabi SAW menyatakan hasratnya utk meminang Aisyah RA. Abu Bakar menyatakan : Duhai RasuluLlah, engkau adalah saudaraku" (maksudnya Abu Bakar merasakan diri RasuluLlah itu darah dan dagingnya sendiri)

Tapi Nabi SAW bersabda," (memang) engkau adalah saudaraku dalam agama Allah, dan dia (Aisyah) adalah halal bagiku." (sahih alBukhari, 11, ms 25, #4691)

Nabi SAW juga meminang Hafsyah melalui Umar (ayahnya):

Umar berkata:," Nabi SAW meminang Hafsyah kepadaku, lalu aku nikahkan beliau." (sahih alBukhari, 11, ms 95, # 4728)

2. Meminang terus kepada si perempuan itu sendiri.

Dalil: Ummu Salamah ra berkata, " Nabi SAW mengutus Hathib bin Abi Balta'ah kepadaku untuk melamarku buat baginda. (Muslim, Juz 3/ ms 37,# 1525)

Huraian: Ummu Salamah adalah janda anak satu , maka Nabi SAW terus meminang tanpa melalui keluarganya.

...............>>//3

Re: Pertunangan dalam Islam..

Fiqh Khitbah #3: Cara2 Meminang yg boleh diamalkan

Cara #3: Wali perempuan menawarkan anak (perempuannya) atau saudara (perempuannya) kepada Ahlil Khair (orang2 yg baik)

Imam Bukhari (alSahih/Juz 11/ms 80) meriwayatkan perihal Umar alKhattab RA bila Hafsyah bte Umar bercerai dgn Khunais (bercerai wafat). Selepas Iddah, Umar menawarkan Hafsyah kepada Uthman alAffan dan bila Uthman tidak bersedia, Umar menawarkan pula kepada Abu Bakar.

Imam Bukhari juga menyebut kisah di Madyan, di mana syaikh Madyan menawarkan salah seorang anak gadisnya kepada Musa AS. Ada yg berkata syaikh Madyan itu adalah Syu'aib AS. Lihat alQasyasy: 27-28

Cara #4: Si lelaki meminang perempuan melalui Ketua Kaum atau orang yg berpengaruh atau Pemimpin dalam masyarakat.

Imam Bukhari-Muslim meriwayatkan dari Sahl bin Sa'ad, bahawa ada seorang perempuan datang menyerahkan dirinya kepada RasuluLlah SAW (utk menjadi isteri baginda atau utk diuruskan). Tiba2 datang seorang sahabat dan meminta jasa baik RasuluLlah SAW supaya memberi perempuan itu kepadanya. Nabi SAW kemudian mengizinkan dan menikahkan perempuan itu kepada lelaki tadi (Bukhari, Juz 10/ms 454, kitab Fadhail Qur:an; Muslim, Kitab Nikah (4/143)

Cara Pinangan # 5: Ketua kaum atau Pemimpin meminang untuk sahabatnya

Imam Muslim dalam Sahihnya (Kitab alFitan; 8/203) meriwayatkan ketika aku janda, datang rombongan peminangan yg diketuai oleh Abdul Rahman bin Auf RA yg mewakili RasuluLlah SAW yang meminang aku untuk diberikan kepada anak angkatnya Usamah bin Zaid
Imam Ibn Hibban dalam kitab sahihnya (kitab anNikah 9/365) meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW meminang wanita Ansar untuk Julaybib alHabsyi.

.............>> bersambung

SJ-12-0079 : Pertunangan dalam Islam..

Fiqh Khitbah #4: Cara Meminang yg diharuskan

Cara #6: Wanita menawarkan dirinya (offer) kepada lelaki Soleh

Imam alBukhari (alSahih # 4726) meriwayatkan dari Tsabit alBunnani bahawa ketika dia sedang bersama RasuluLlah saw yang turut ditemani oleh Anas dan anak perempuannya. Tiba-tiba muncul seorang perempuan dan dia menawarkan dirinya kepada RasuluLlah saw. Putri Anas mencela perempuan tu sebagai tidak ada sifat malu lantas ditegur oleh Anas bahawa perempuan itu lebih baik dari dirinya (anak Anas) kerana sifat telusnya ingin menawarkan diri kepada RasuluLlah SAW.

Berkata alHafiidz dalam alFath (11/79) maka dari hadith ini dibolehkan perempuan menawarkan dirinya kepada lelaki kerana menyukai kesolehannya.

Cara #7: Lelaki meminang secara sindiran kepada wanita dlm Iddah

Dalilnya: AQ 2: 235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 (dalam iddah))

alMujtahid Ibn alArabi (ahkamul Qur:an) berkata, bahasa kiasan atau sindiran itu terbuka luas oleh syara'. Imam Malik ra berkata boleh berkata, " aku berkenan padamu, aku suka kamu, aku kagum padamu, aku berhajat padamu atau aku cinta kepadamu."

Rumusan:

Lazimnya masyarakat hanya mengamalkan metod pertama sahaja, meminang melalui wali perempuan itu sedangkan ada 6 cara lain yg boleh digunakan untuk meminang.

>>>>>5

SJ-12-0079 : Pertunangan dalam Islam..

Fiqh Khitbah #5
[Berbanyak kema'afan kerana sudah agak lama siri Khitbah* ini tertangguh kerana beberapa kesulitan dan kesibukan yg saya alami akhir-akhir ini.]

* Khitbah adalah bermaksud seorang lelaki meminta perempuan tertentu untuk menikah dengannya

--------------------------------

[/b]Proses Khitbah[b]

Langkah Pertama: Merisik/meninjau

Sebelum seorang pemuda meminang seorang perempuan, ia hendaklah mengetahui dan mencari hal-hal yang membuatnya tertarik kepada seorang wanita. Biasanya di zaman dahulu, ia mengutus seorang wanita yg amanah untuk merisik si gadis tertentu, menentukan samada ia belum berpunya, latarbelakang agamanya, rupa parasnya, dan sebagainya.

Adapun cara yang dilakukan oleh umat yg muttakhir ini dengan cara2 yg asing dalam budaya Islam spt dating, chatting internet atau pergaulan bebas bertemu itu bukanlah cara Islam dalam merisik dan meninjau.

Antara garispanduan Islam spt mana yg digariskan oleh Syaikh Atiyah Saqr ialah:

1. Ayah atau ibu kepada si teruna adalah orang yg sebaiknya melihat bakal perempuan yg disukai oleh anak lelakinya. Pandangan dan tinjauan dari ibubapa adalah amat berguna.

2. Latarbelakang ekonomi juga perlu di selidiki

3. Baik sekali jika rekod kesihatan diperolehi supaya mereka berdua bebas dari sebarang penyakit berbahaya

4. Latarbelakang agama juga perlulah diselidiki kerana inilah kunci kebahgiaan rumahtangga. Asas Latarbelakang agama perempuan ialah melihat pakaiannya (hijab) dan pergaulan hariannya

5. Keturunan dan nasab juga hendaklah diperiksa. Ini kerana kaum salaf memilih perempuan2 dari keturunan orang2 soleh kerana kesalihan juga menurun mengikut genetik.

[Syaikh Atiyah Saqr, al Mawsu'atul Usrah, Jld 1, Maktabah Wahbah, 2004]

>>>>>>>6