SJ-12-0088 : Qabul dulu baru ijab....

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0088 : Qabul dulu baru ijab....

:bismillah

:salam

Moga dirahmati Allah,

Lama sudah tidak bertanyakan soalan...kini timbul pulak masalah dan memerlukan penyelesaian dalam bab perkahwinan:

1) Bolehkah kita qabul dulu baru ijab dalam urusan akad pernikahan???

2) Bolehkah si isteri mengenakan syarat tertentu utk menyuruh si suami berta'lik??
cthnya... si isteri mengenakan syarat...'abg tak leh bercakap atau berkenalan dgn mana2 perempuan'...dgn tujuannya utk menjaga keharmonian r/tangga....
si suami pulak...ikut ler...dgn tujuan yg sama....padahal si suami terdedah pd semua tu terutama dlm pekerjaan...

-Adakah boleh si isteri menyuruh si suami melakukan ta'lik???...
-adakah jatuh cerai ta'lik pada isteri bila si suami melakukan perkara tersebut???
-selepas cerai ta'lik....kena akad baru utk bersama kembali atau cukup sekadar rujuk????

Jika mampu persoalan ini dpt perhatian dr pihak panel...utk saya menerangkan kembali kepada 'client' saya dgn kadar segera...

:wassalam

SJ-12-0088 : Qabul dulu baru ijab....

:wassalam

Soaljawab ringkas:

1. Susunannya ialah ijab-qabul bukan qabul-ijab. Ijab maksudnya adalah tawaran wali, qabul ialah penerimaan oleh pengantin lelaki. Mana ada dalam prosedur pernikahan qabul dulu baru ijab! Ini sungguh anih.

2. Syarat ta'lik itu ada syarat yang sah, menasabah, menepati maksud nikah dan tidak bercanggah dengan sifat manusia biasa. Syarat yang dikenakan oleh perempuan itu hendaklah di olah semula yang bermaksud, dia mensyaratkan tidak boleh berpoligami. Jika suami bersetuju, maka takliq itu adalah sah.
Jika syarat2 ta'liq itu menasabah, memenuhi matlamat pernikahan dan dipersetujui dengan redha oleh kedua-dua mempelai, maka ia adalah sah menurut semua madzhab yg empat, dan jika suami melanggar atau isteri melanggarnya, ia bergantung kepada butiran ta'liq itu.

[Fiqh Islami, Jld 7/77]