:salam kepada ustaz2 al-ahkam.net sekalian,
1) Bagi seseorang yang mempunyai penyakit kencing tidak lawas, sekiranya dia mempunyai solat fardhu yang perlu diqadhakan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, adakah dia perlu berwudhuk 2 kali iaitu untuk solat fardhu waktu itu dan solat qadha atau cukup hanya sekali?
:wassalam
Ini adalah bid'ah was-was ketika kencing bagi orang awam yg mengidap penyakit kencing beser atau tidak tus.
Sebenarnya penyakit ini tidak perlu dilayan dan sentiasa difikirkan sangat dgn berlebihan hingga kita mencipta hukum satu wudhu', satu solat, sedangkan hukum asal, wudhu' sah untuk sebanyak mana solat kecuali wudhu' batal dengan jelas (kentut atau keluar najis). Jika hanya was-was dengan setitik dua kencing, ia tidak menjadi masalah.
Dr Qardhawi, Fiqh Taharah memetik dua kitab yg masyhur memerangi sikap was-was yg berlebihan seputar kencing dari kitab Ighatsah alLahafan oleh Ibn qayyim dan talbis Iblis oleh ibn jauzy.
sekian